Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Saksi melihat pesawat disyaki MH370 terbang rendah pada jam 1.30 pagi

 Dua nelayan di Kelantan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah, kira-kira lapan batu nautika dari Pantai Kuala Besar, Kota Bharu, awal pagi Sabtu lalu.

Azid Ibrahim, 55, berkata dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, dia sedang memancing bersama seorang rakan apabila jelas dapat melihat pesawat terbabit terbang di bawah awan, tidak seperti biasa.

“Kami pelik kerana biasanya, pesawat tak terbang serendah itu. Kami takut ia terhempas, tapi pesawat terbabit terus terbang rendah menuju arah utara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azid berkata, dia menonton televisyen kelmarin dan terkejut apabila mengetahui kehilangan pesawat MH370 bersama 227 penumpang dan 12 kru sebelum rakan yang bersamanya ke laut, bercerita kisah mereka melihat sebuah pesawat terbang rendah kepada penduduk lain.

“Pagi tadi (semalam), beberapa anggota polis datang ke rumah mengambil keterangan bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu. Saya kemudian diminta ke balai polis untuk buat laporan selain menunjukkan lokasi terakhir melihat pesawat terbabit,” kata bapa lima anak itu yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa.

Ditanya sama sama ada melihat asap atau api dari pesawat itu, Azid berkata, mereka tidak melihat tanda menunjukkan pesawat berkenaan mengalami masalah.- Berita Harian 2014/03/10 - 05:44:29 AM

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca