Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

ETS Platinum tiada lagi sediakan snack rail untuk penumpang ?

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Baru-baru ni admin balik Alor Setar naik ETS kerana tak larat bawa kereta selama 3 jam setengah untu...

Post Paling Popular Minggu Ini

Hamil Anak Luar Nikah, Kepada Siapa Hendak Mengadu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pendedahan terhadap kes pembuangan bayi ini seolah-olah menggambarkan bahawa manusia sudah hilang sifat kemanusiaan. Semua ini berpunca daripada keruntuhan moral masyarakat di negara ini khususnya dalam kalangan generasi muda yang terjebak dalam pergaulan bebas sehingga melakukan hubungan seks luar nikah. 

Banyak pihak berpendapat bahawa generasi muda ini dipengaruhi gaya hidup bebas masyarakat Barat yang sering dipertontonkan di media massa mahupun Internet. Kebanyakan pasangan yang membuang bayi disebabkan mereka ingin menutup keaiban yang dilakukan sehingga melahirkan anak luar nikah.

Perbuatan anda pada hari ini sebenarnya telah mencorakkan kehidupan anda pada masa hadapan.Saya percaya tentu sekali setiap tahun anda sering kali mendengar kes-kes bayi yang tidak bersalah dibuang ke dalam tong sampah...bayi yang tidak berdosa diratah dengan lahapnya oleh anjing-anjing liar.

Jika Anda Kini Hamil Anak Luar Nikah

Sanggupkah anda membuat perkara yang begitu ‘kejam’ kepada darah daging anda sendiri? Sanggupkah anda menerima azab seksaan dari Allah SWT atas dosa perzinaan anda dan juga dosa membunuh?
Sanggupkah anda menghadapi ‘jemputan’ sakaratul maut ketika anda melahirkan anak luar nikah dalam tandas?

Anda masih belum terlambat. Masih ada lagi jalan penyelesaian untuk anda menghadapi masalah ini.Hadapilah dengan tabah dan penuh keinsafan dalam diri. Jangan hadapi semua ini dengan sendirian !!!
JANGAN SESEKALI MELAKUKAN PERKARA SEPERTI GAMBAR DI ATAS

Jika anda yang berusia 18 tahun ke atas dan kini mengandung luar nikah,  dapatkan khidmat nasihat atau tempat perlindungan.Sila hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat dengan kawasan anda.
Kakitangan JKM bukanlah HAKIM yang akan menjatuhkan hukuman terhadap apa yang berlaku. Pihak JKM akan membantu anda kerana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai sebuah rumah perlindungan khusus untuk Ibu Mengandung Anak Luar Nikah iaitu di Batu Gajah, Perak.
 
 

Petugas Gantung Bendera Maut Akibat Cedera Parah

LUNAS - Hasrat seorang pemuda berusia 21 tahun yang melakukan kerja sukarela menggantung bendera parti politik disokongnya bagi Pilihan Raya Umum  ke-13 (PRU13), berakhir dengan tragedi apabila mangsa terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 10.45 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Lunas menuju ke Batu 6 dan ketika kemalangan berlaku.

Menurutnya, kali ini merupakan PRU pertama bagi mangsa untuk menunaikan kewajipannya sebagai pengundi.

“Mangsa dipercayai ke Lunas untuk menghantar seorang rakan setelah selesai bermesyuarat tentang penugasan menggantung bendera parti politik disertai mereka. Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengelak lori muatan 10 tan yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh belakang sebelah kanan lori terlibat.

"Akibat rempuhan kuat, mangsa terperosok di bawah lori sebelum terhumban ke tepi jalan. Mangsa cedera parah di kepala maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurut Ghuzlan, lori terlibat ditahan sebelum dihantar ke Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) untuk menjalani pemeriksaan lanjut, selain kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengakibatkan kemalangan
maut.

Katanya jika sabit kesalahan, pemandu lori berkenaan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.

Katanya lagi, dari siasatan awal dijalankan, polis mendapati lori itu tidak diletakkan sebarang papan tanda kecemasan atau amaran selain menyalakan lampu kecemasan di belakang lori untuk memastikan pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka kerana kawasan itu gelap.

“Sepanjang bulan April, sembilan kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dilaporkan berlaku di Kulim. Saya menasihatkan kepada semua pemandu kenderaan berat supaya lebih bertanggungjawab ketika meletakkan kenderaan mereka.

"Sekiranya berlaku kerosakan, pemandu seharusnya meletakkan papan tanda amaran atau memasang lampu kecemasan untuk memastikan kenderaan lain dapat melihatnya. Kecuaian pemandu berbuat demikian boleh mengakibatkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu, pemandu lori terlibat ketika ditemui berkata, dia membawa muatan kain dari Kemunting ke Kulim, sebelum kira-kira jam 7 petang, lori yang dipandunya rosak dan diletakkan di tepi jalan berhampiran rumahnya.

Kira-kira jam 10.30 malam dia menerima panggilan telefon daripada adiknya menyatakan mangsa telah merempuh bahagian belakang lori.

Sinar Harian 27 Apr 2013

Motosikal Pilihan Untuk Ulang Alik Ke Pejabat (jarak jauh)



Jika anda terpaksa berulang alik ke tempat kerja pada jarak yang jauh dalam lingkungan 100km -150 km sudah pasti  kereta menjadi pilihan terbaik ke tempat kerja tetapi faktor kos minyak petrol dan tol mungkin menyebabkan anda beralih kepada motosikal. Namun anda perlu lebih berhati-hati kerana anda lebih berisiko mengalami kemalangan ketika  ulang-alik ke tempat kerja. .Anda dinasihatkan menitikberatkan aspek-aspek keselamatan pemanduan motosikal seperti memakai jaket motosikal berpemantul, kasut  tahan lasak, sarung tangan serta topi keledar jenis baik bagi perlindungan tambahan.

Pemilihan motosikal  bagi tujuan ulang alik ke tempat kerja yang paling sesuai dengan anda adalah motosikal yang mempunyai kelajuan maksimum lebih tinggi daripada had laju lebuh raya, saiz tangki yang besar, enjin yang tahan kelajuan tinggi berterusan, dan  jimat penggunaan minyak petrol. Ada beberapa model yang boleh dicadangkan kepada anda:-


1.) Modenas GT128
Menawarkan nilai untuk wang yang sangat baik kerana dengan harga sekitar RM5,200 anda ditawarkan sebuah jentera 130 cc yang cukup berkuasa di lebuh raya. Setakat ini, saya dapati model ini paling jimat minyak (lebih kurang 64 km/L @ 80 km/j). Kelajuan maksimum sebenar ialah sekitar 130 km/j.Selain itu saiz tempat duduk uang lebar dan luas member keselesaaan bagi pemanduan jarak jauh.



2.) Yamaha 135LC
 Model ini merupakan model kapcai besar paling popular kerana ia sangat berkuasa dan laju. Ia mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 140 km/j. Namun, model ini sangat manja kerana anda mesti menggunakan minyak enjin sekurang-kurangnya semi-sintetik. Penggunaan sistem sejukan cecair juga menambah kos penyelenggaraan. Namun, kelemahan paling utama 135LC ialah motosikal ini sering menjadi sasaran pencuri.


3.) Suzuki Belang 150
 Motosikal kapcai paling berkuasa serta mempunyai saiz enjin terbesar kerana enjinnya pernah digunakan pada model sports kecil Suzuki FXR150 suatu ketika dahulu. Penunggang bebas memilih antara 3 setting enjin mengikut kesesuaian iaitu Economy, Normal dan Power. Namun, saiz tangki minyaknya terlalu kecil untuk enjin sebesar ini, dan agak kuat makan minyak dalam mod Power (setangki penuh petrol hanya mencukupi untuk perjalanan sekitar 100 km sahaja). Kelajuan maksimumnya ialah sekitar 150-160 km/j.


4.) Honda Future
 Terkenal dengan reputasi enjinnya yang tahan lasak, mudah diselenggara dan jimat minyak. Saiz tangki minyaknya adalah yang terbesar dalam kelasnya iaitu 536 L, lebih besar daripada rekod terdahulu oleh Modenas CT110 (5.3 L). Mampu mencapai kelajuan maksimum 120-130 km/j.

Seterusnya, saya serahkan kepada anda untuk membuat pilihan.

Helmet Custom Made Iron Man 3 Buatan Malaysia

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Dalam kehangatan aura filem Iron Man 3 semakin memuncak.Admin tertarik dengan semangat seorang rakyat Malaysia yang telah menghasilkan helmet Iron Man untuk dijadikan koleksi peribadi.

Secara peribadi admin kagum dengan kreativitinya menghasilkan helmet ini.Bagi peminat peminat fanatik filem  Iron Man sudah pastinya anda pasti teruja untuk memiliki satu helmet Iron Man ini. Mungkin faktor harga mungkin jadi satu masalah kalau remaja  jika ingin membelinya. Jika anda tidak kisah dengan harga pastinya ianya akan menjadi satu koleksi yang menarik untuk dijadikan salah satu barangan peribadi anda.

Untuk pengetahuan anda semua bahawa admin tiada kaitan  langsung dengan penjual ini.Admin hanya kagum dengan ciptaan beliau dan ingin berkongsi dengan anda di alam maya.Jika anda bermnat hendak membeli helmet ciptaan beliau ini.Sila berurusan dengannya melalui email di bawah dan bukannya admin dan admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang urusniaga anda dengannya. Ok. :)

Serba sedikit maklumat dari penjual helmet ini berkaitan tempahan helmet Iron Man untuk pengetahuan anda.

AMARAN: BUKAN UNTUK KEGUNAAN MOTOSIKAL

Harga


-RM 450 (pm atau email saya untuk harga bajet anda)

-RM 400 (Helmet sahaja tidak dispray color. Cuma disimen dan dispray undercoat color. Sesuai untuk yang DIY spray color sendiri).

-Duit Tempahan RM 200

-FREE Postage (Poslaju)

-COD Cheras (luar dari Cheras saya boleh hantar. Penambahan RM 3 duit minyak)

-Email sy di customys30@gmail.com untuk berurusan.


Helmet Material
-Gelcoat + Resin (2 Lapisan)
-Fiberglass Resin (2/3 Lapisan)
-Putty Filler

Paint
-Undercoat Color(Silver)
-Base Color

*Warna Ikut Pilihan Anda.
*MAXIMUM 2 Warna
*Lebih Dari 2 Warna Ada Penambahan Harga (bergantung jumlah warna yang digunakan)



Sticker Logo
-Akan Ditambah Atas Permintaan Anda

Saiz Dan Berat
-Berat Helmet Dalam 1.3kg~1.5kg
-Ukuran Lilitan Kepala = MAXIMUM 60cm
-Ukuran Bawah Dagu Ke Atas Kepala = 28cm
-Ukuran Depan Ke Belakang = 25cm
-Ukuran Lebar Telinga Ke Telinga = 19cm


Nota Kaki :-
*Tempahan Akan Siap Dalam 1~2 Minggu, Kalau Tak Banyak Tempahan Dalam Seminggu Dah Siap..

*Lampu LED Untuk Mata Dan Span Dalam Helmet TIDAK DISEDIAKAN Untuk Mengurangkan Kos Pembuatan (lebih jimat jika DIY sendiri)

*Projek helmet selain daripada Helmet Iron Man akan dipertimbangkan mengikut permintaan pelanggan.









Contoh helmet standart

padangan belakang helmet iron man 3

Ketahui Smartphone Android Jelly Bean Terbaik Tahun 2013



Galaxy S4
HTC One
Sony Xperia Z
OS
Android 4.2.2 Jelly Bean
Android 4.1.2 Jelly Bean
Android 4.1.2 Jelly Bean
Display
5"
Super AMOLED HD
4.7" Super LCD 3
5.0" TFT
Resolution
1920 x 1080
(441 ppi)
1920 x 1080
(469 ppi)
1920 x 1080
(441 ppi)
Height
Width
Thickness
136.6 mm
69.8 mm
7.9 mm
137.4 mm
68.2 mm
9.3 mm
139 mm
71 mm
7.9 mm
Weight
130 grams
143 grams
146 grams
Processor
Exynos 5410 Octa 1.6GHz
Quad-core Cortex-A15
Quad-core Cortex-A7
Qualcomm APQ8064T
Snapdragon 600
Quad-core 1.7 GHz Krait 300
Qualcomm MDM9215M
 / APQ8064
Quad-core 1.5 GHz Krait
GPU
PowerVR SGX544MP3
Adreno 320
Adreno 320
RAM
2GB
2GB
2GB
Storage
16GB / 32GB / 64GB
32GB / 64GB
16GB
microSD card slot
Yes, up to 64GB
No
Yes, up to 32GB
Primary camera
13 MP, 4128×3096 pixels,
autofocus, LED flash, 1080p@30fps, HDR, video stabilization
Simultaneous HD video and image recording
4 MP UltraPixels, 2688×1520 pixels, autofocus, LED flash, 1080p@30fps, HDR, video stabilization,
Simultaneous HD video and image recording
 13.1 MP, 4128×3096 pixels
autofocus, LED flash, 1080p@30fps, HDR, video stabilizer,
continuous autofocus, video light,
Simultaneous HD video and image recording
Front camera
2MP
1080p@30fps
2,1MP
1080p@30fps,
HDR
2.2MP
1080p@30fps
Battery
Li-Ion 2600 mAh
Li-Po 2300 mAh
Li-Ion 2330 mAh
Wi-Fi
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n,ac, dual-band, DLNA, Wi-Fi Direct,
Wi-Fi hotspot
Wi-Fi 802.11 a/ac/b/g/n, Wi-Fi Direct, DLNA, Wi-Fi hotspot
Wi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi Direct, DLNA, Wi-Fi hotspot
Bluetooth
Yes, v4.0 with A2DP, EDR
Yes, v4.0 with A2DP
Yes, v4.0 with A2DP
Network
GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
HSDPA 850 / 900 / 2100
HSDPA 850 / 900 / 1700 / 1900 / 2100
LTE 800 / 1800 / 2600
GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
LTE (market dependent)
GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 – C6602, C6603
HSDPA 850 / 900 / 2100 – C6603
HSDPA 850 / 900 / 1700 / 1900 / 2100 – C6602
LTE 800 / 850 / 900 / 1800 / 2100 / 2600 – C6603
NFC
Yes
Yes (Market dependent)
Yes
Speakers
Mono
Stereo speakers
Mono
Availability
April, 2013
March, 2013
March, 2013

Film Iron Man 3 Review



Iron Man 3 mengisahkan usahawan yang terkenal dan bijak Tony Stark/Iron Man juga menentang musuh yang menentangnya.Apabila Stark mendapati dunia peribadinya di ancam kemusnahan,
beliau cuba untuk mempertahankannya dengan mencari mereka yang  bertanggungjawab.

Dalam usaha mencari mereka yang terlibat, beliau menghadapi pelbagai dugaan serta rintangan yang menguji kecekalan beliau.Apakah yang akan berlaku seterusnya kepada Tony Stark? Berjayakah beliau menerima dugaan yang di hadapinya..?

Iron man 3 memberikan kelainan dari filem yang sebelumnya,dengan menyusun kronologi plot lebih cantik dan menarik..Tidak di nafikan kesan khas yang sangat hebat. Keseronokan di tambah apabila pengarah mengeluarkan boleh di katakan keseluruhan sut Iron Man di kemuncak cerita.  Rasanya musuh dalam trailer lagi best berbanding yang dalam film.


 Jangan lepaskan peluang menonton di pawagam berdekatan anda!!

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca