LUNAS - Hasrat seorang pemuda berusia 21 tahun yang melakukan kerja
sukarela menggantung bendera parti politik disokongnya bagi Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13), berakhir dengan tragedi apabila mangsa terlibat
dalam kemalangan kira-kira jam 10.45 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa
menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Lunas menuju ke Batu 6
dan ketika kemalangan berlaku.
Menurutnya, kali ini merupakan PRU pertama bagi mangsa untuk menunaikan kewajipannya sebagai pengundi.
“Mangsa dipercayai ke Lunas untuk menghantar seorang rakan setelah
selesai bermesyuarat tentang penugasan menggantung bendera parti politik
disertai mereka. Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengelak
lori muatan 10 tan yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh
belakang sebelah kanan lori terlibat.
"Akibat rempuhan kuat, mangsa terperosok di bawah lori sebelum terhumban
ke tepi jalan. Mangsa cedera parah di kepala maut di tempat kejadian
dan mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya.
Menurut Ghuzlan, lori terlibat ditahan sebelum dihantar ke Puspakom Sdn
Bhd (Puspakom) untuk menjalani pemeriksaan lanjut, selain kes itu akan
disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana
mengakibatkan kemalangan
maut.
Katanya jika sabit kesalahan, pemandu lori berkenaan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.
Katanya lagi, dari siasatan awal dijalankan, polis mendapati lori itu
tidak diletakkan sebarang papan tanda kecemasan atau amaran selain
menyalakan lampu kecemasan di belakang lori untuk memastikan pengguna
jalan raya lebih berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka kerana
kawasan itu gelap.
“Sepanjang bulan April, sembilan kemalangan maut melibatkan penunggang
motosikal dilaporkan berlaku di Kulim. Saya menasihatkan kepada semua
pemandu kenderaan berat supaya lebih bertanggungjawab ketika meletakkan
kenderaan mereka.
"Sekiranya berlaku kerosakan, pemandu seharusnya meletakkan papan tanda
amaran atau memasang lampu kecemasan untuk memastikan kenderaan lain
dapat melihatnya. Kecuaian pemandu berbuat demikian boleh mengakibatkan
perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
Sementara itu, pemandu lori terlibat ketika ditemui berkata, dia membawa
muatan kain dari Kemunting ke Kulim, sebelum kira-kira jam 7 petang,
lori yang dipandunya rosak dan diletakkan di tepi jalan berhampiran
rumahnya.
Kira-kira jam 10.30 malam dia menerima panggilan telefon daripada
adiknya menyatakan mangsa telah merempuh bahagian belakang lori.
Sinar Harian 27 Apr 2013
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Dunia seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penyanyi "Cinta Melankolia" yang popular sekitar tahun 80...
-
Daun Rerama yang kini semakin popular dipercayai mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat penyakit KANSER atau BARAH serta sakit-sakit ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment