Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Motosikal Pilihan Untuk Ulang Alik Ke Pejabat (jarak jauh)



Jika anda terpaksa berulang alik ke tempat kerja pada jarak yang jauh dalam lingkungan 100km -150 km sudah pasti  kereta menjadi pilihan terbaik ke tempat kerja tetapi faktor kos minyak petrol dan tol mungkin menyebabkan anda beralih kepada motosikal. Namun anda perlu lebih berhati-hati kerana anda lebih berisiko mengalami kemalangan ketika  ulang-alik ke tempat kerja. .Anda dinasihatkan menitikberatkan aspek-aspek keselamatan pemanduan motosikal seperti memakai jaket motosikal berpemantul, kasut  tahan lasak, sarung tangan serta topi keledar jenis baik bagi perlindungan tambahan.

Pemilihan motosikal  bagi tujuan ulang alik ke tempat kerja yang paling sesuai dengan anda adalah motosikal yang mempunyai kelajuan maksimum lebih tinggi daripada had laju lebuh raya, saiz tangki yang besar, enjin yang tahan kelajuan tinggi berterusan, dan  jimat penggunaan minyak petrol. Ada beberapa model yang boleh dicadangkan kepada anda:-


1.) Modenas GT128
Menawarkan nilai untuk wang yang sangat baik kerana dengan harga sekitar RM5,200 anda ditawarkan sebuah jentera 130 cc yang cukup berkuasa di lebuh raya. Setakat ini, saya dapati model ini paling jimat minyak (lebih kurang 64 km/L @ 80 km/j). Kelajuan maksimum sebenar ialah sekitar 130 km/j.Selain itu saiz tempat duduk uang lebar dan luas member keselesaaan bagi pemanduan jarak jauh.



2.) Yamaha 135LC
 Model ini merupakan model kapcai besar paling popular kerana ia sangat berkuasa dan laju. Ia mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 140 km/j. Namun, model ini sangat manja kerana anda mesti menggunakan minyak enjin sekurang-kurangnya semi-sintetik. Penggunaan sistem sejukan cecair juga menambah kos penyelenggaraan. Namun, kelemahan paling utama 135LC ialah motosikal ini sering menjadi sasaran pencuri.


3.) Suzuki Belang 150
 Motosikal kapcai paling berkuasa serta mempunyai saiz enjin terbesar kerana enjinnya pernah digunakan pada model sports kecil Suzuki FXR150 suatu ketika dahulu. Penunggang bebas memilih antara 3 setting enjin mengikut kesesuaian iaitu Economy, Normal dan Power. Namun, saiz tangki minyaknya terlalu kecil untuk enjin sebesar ini, dan agak kuat makan minyak dalam mod Power (setangki penuh petrol hanya mencukupi untuk perjalanan sekitar 100 km sahaja). Kelajuan maksimumnya ialah sekitar 150-160 km/j.


4.) Honda Future
 Terkenal dengan reputasi enjinnya yang tahan lasak, mudah diselenggara dan jimat minyak. Saiz tangki minyaknya adalah yang terbesar dalam kelasnya iaitu 536 L, lebih besar daripada rekod terdahulu oleh Modenas CT110 (5.3 L). Mampu mencapai kelajuan maksimum 120-130 km/j.

Seterusnya, saya serahkan kepada anda untuk membuat pilihan.

2 comments:

  1. Pembetulan, "Seterusnya, saya serahkan kepada anda untuk membuat pilihan."

    ReplyDelete
  2. Senang saja cari yg jimat dan murah..ertinya second hand baru setahun pakai..dekat mudah.com byk pilihan murah

    ReplyDelete

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca