Pesta Pulau Pinang akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin melawat pesta pulau pinang ini pada tahun 2012.Alhamdulillah tahun 2018 admin berkesempatan melawat pesta pulau pinang bersama keluarga. Tak sangka pesta pulau pinang 2018 mencatat pengalaman ngeri buat admin.Huhuhuhu...
Ceritanya begini, pada 22.12.2018 family admin bersama family adik ipar kira-kira 9 orang semua menaiki MPV Alza bergerak ke Pesta Pulau Pinang dari Bukit Mertajam pada jam 6.30 petang dan sampai ke Tapak Pesta Pulau Pinang jam 8.00 malam.Kami parking di sebelah stesen teksi 24 jam dengan bayaran RM 10.00. Kemudian kami berjalan kaki kami menyusuri stesen bas ke tapak pesta.
Pintu masuk pesta |
beratur beli tiket |
Khatam dulu pelan pelan tapak senang nak cari tandas nanti,Hehehe.. |
Gambar - Kredit FB Putra Kelana Ray |
Bab makan pula kami order nasi ayam,nasi goreng ikan masin,nasi goreng kampung,nasi goreng USA,nasi goreng paprik,nasi goreng pataya). Purata harga makanan dalam RM 7 sepinggan. Kat sini ada masalah sikit sebab nasi goreng paprik tak sampai-sampai.Admin terpaksa kansel kerana terlalu lama dan semua dah selesai makan.Admin jumpa pelayan dan minta kira.Pelayan tu terus cakap RM 68.00. Terkejut admin...apa lagi admin minta kira balik berdasarkan nota order yang ditulis.Namun nota order tak dijumpai dan admin terpaksa cirita balik order.Kira punya kira rupanya harga yang perlu dibayar RM 44.00 sahaja. Huh...Harey betui...kalo tidak sah sah kena tipu kaw-kaw punya.Kesimpulannya,rate makan kat gerai nama menara jati kott ...4/10 sahaja.Paling spoil nasi goreng USA..nak nangis admin tengok...RM 9.00 sepinggan.Sadis gila...
Sadis gila rupa Nasi goreng USA - RM 9.00 |
Destinasi kami ke bahagian permainan pulak.1 Token adalah RM 2.00.Admin telah membeli 50 token untuk permainan.RM 100 hangus di situ.hahahaha..anak-anak punya pasal...Di sini admin terpisah dengan dengan sebahagian family kerana terlalu ramai orang di bahagian permainan.Admin bersama 3 orang anak meneruskan untuk misi mencuba permainan di situ. Dengan 50 token admin hanya mampu 3 jenis permainan sahaja untuk anak-anak admin merasai permainan buat pertama kali dalam hidup mereka di Pesta Pulau Pinang ini
Harga tiket pun mahal...sadis |
Permainan pertama - Wave Swinger |
Jangan risau ye abah ada sebelah !!! |
Gagah naik walaupun tak muat.Malu ooo...anak punya pasal..hilang kemaluan. |
Seronok ja depa tuh... |
Suasana dari dari atas.Nak berdiri takut goyang.hehehe |
Habis selesai naik Euro Wheel admin bergerak cari family yang hilang dan berkumpul depan pintu masuk.Jam menunjukkan 11.30 malam dan semua dah letih dan kami bergerak keluar dari tapak pesta menuju ke parking lot.kami bertolak balik dan sampai di rumah adik ipar di Bukit Mertajam jam 1.00 pagi.
Kesimpulnya banyak pengalaman ngeri di Pesta Pulau Pinang.Yang pasti poket admin kempis teruk gara-gara pesta ini. Esok pula nak rancang nak beli barang persiapan persekolahan...Hangus lagi duit...wakakaka...sabo je lah...Ngeri betuiii...Itulah pengalaman ngeri admin...
selamat mengerikan.
No comments:
Post a Comment