Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kebocoran Minyak Hitam Sekitar Bawah Engine

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada hari sabtu. Jadi apabila esoknya nak balik terperasan ada tompokan minyak di lantai tempat parking kereta.
Banyak pulak tuh...pening kepala bila pikir nak balik rumah dah jauh,kang dia meragam di tengah jalan atau highway.

Jadi admin bawa kereta cari bengkel dan apabila di check pomen tuh cakap kena ganti oil seal dekat fly wheel sebab dah haus katanya. Tapi pomen tuh tidak boleh buat sebab dia sibuk.Pomen cakap boleh bawa lagi kereta cuma pastikan minyak hitam kena check selalu takut kering. Admin pun tanya kos untuk tukar oil seal.Dia conggak dalam RM 130 sebab kena buka gearbox. Admin pun balik rumah ambil isteri dan anak-anak terus ke Perak dan alhamdulillah selamat sampai.

Admin tinjau-tinjau pomen kat sini kos tukar oil seal kat pomen dekat rumah.Dia cakap dalam RM220 sebab bagi alasan kena buka gearbox.Pastu dia cakap alang buka baik tukar sekali clucth sekali kalau lama dah tak tukar.Bila pikir memandangkan tak pernah lagi tukar clutch jadi admin tanya kos semua sekali. Dia cakap oil seal jenis silicon,set clucth dari jepun dengan sekali upah RM 420.Hmm sebelum ini admin ada pernah tanya dia kos tukar clutch dia cakap dalam RM 350..Pikir-pikir harga dia bagi boleh tahan harga dia.Tapi mungkin ada lagi murah namun disebabkan pomen ini memang dah biasa berurusan dengannya jadi mau tak mau kena terima la harga yang dia bagi.Sebab kalau hari mendatang kalau ada problem berkaitan clutch ka atau bocor lagi senang kawtim..hehehehe

 Nak memuaskan hati admin dengan penjelasan hasil dari 2 pomen pasal masalah kebocoran minyak itu,jadi admin google dan dapat maklumat ringkas mengenainya.

 Jenis-jenis kebocoran minyak nampak basah kat enjin?

  1. Kalau belah atas : mungkin cuma gasket rocker cover je (brg tu murah je)
  2. Kalau belah bawah dekat ngan gearbox : oil seal utk flywheel (upah turun gearbox la)
  3. Kalau belah bawah kat oil-sump : gasket oil sump dh bocor - biasa jadik kat keta wira. cuma perlu bukak oil-sump dan bubuh gam gasket.. murah je
  4. Kalau kat tepi-tepi belah timing belt : oil seal utk camshaft/tensioner/
Jadi,selepas ini kereta akan masuk bengkel untuk pembaikan.Harap-harap tiada masalah dah lepas ini.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca