Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Strategi mantap Celcom menarik kembali pelanggan setia yang lari ke telco lain dengan memperkenalkan Magic Sim Celcom

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nampaknya Celcom telah keluarkan pelan prepaid terbaru.Dimaklumkan Celcom  secara rasminya telah memperkenalkan pelan prabayar mereka yang terbaru tahun 2015, di mana seperti pada penawaran Hotlink Hashtag iaitu Celcom menawarkan internet asas 64kbps tanpa had secara percuma. Ini kerana rata-rata pengguna setia Celcom amat pihak Celcom mengikuti langkah Maxis Hotlink Hashtag dengan free basic internet akhirnya termakbul juga impian mereka menerusi Magic Sim ini.


Kad sim prabayar ini akan ditawarkan pada harga RM5, dan ia hadir dengan masa penggunaan selama 5 hari selepas sim ini diaktifkan..Untuk pembelian kad-SIM pihak Celcom menawarkan 200MB secara percuma, selain untuk setiap tambah-nilai, mereka turut menawarkan data tambahan secara percuma. . Pengguna perlu memastikan akaun mereka terus kekal aktif dengan membuat tambah-nilai. Untuk tambah-nilai RM5 pengguna akan menerima 50MB data internet laju secara percuma, 100MB untuk RM10, dan 300MB untuk RM30.




Apa yang menarik dan kelebihan Celcom Xpax Magic SIM  2015

  •  Unlimited Internet (Free Basic Internet) sepanjang tempoh sah aktif untuk aplikasi social seperti Whatsapp, Wechat dan LINE.
  •  200MB Internet berkelajuan tinggi (high speed internet 4G LTE up to 75Mbps)
  •  20 minit panggilan percuma dan 20 SMS percuma kepada nombor Celcom yang lain.
  • Plan Prepaid Celcom termurah setakat ini dengan harga pek cuma RM5.
  • Call rate serendah 12 sen/min kepada semua nombor.
  • Tiada caj PPU Celcom dikenakan jika kehabisan kuota cuma speed internet akan dikurangkan
  • Kuota Internet yang belum habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya
Xpax Magic SIM ini juga didatangi dengan Plan Internet yang harian, mingguan dan bulanan seperti berikut:


Bagi pelanggan Celcom sedia ada, pengguna boleh beralih ke rangkaian Magic SIM ini dengan menghantar SMS “MIG MAGIC” ke 28882, selain Celcom turut menawarkan MNP ke pakej baru ini bagi pelanggan dari rangkaian lain.

Kesimpulannya, satu pelan yang menarik.yang pasti free basic internet adalah kunci tarikan sebenarnya untuk pengguna setia Celcom  untuk terus bersama mereka.Mungkin pengguna pengguna celcom yang "berpaling tadah" sebelum ini  akan kembali ke Celcom Magic Sim.Kita tunggu dan lihat.

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca