Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Enjin Wira Tidak Boleh Start, Fuel Pump Rosak

Fuel pump

Adakah kita tahu bila fuel pump akan mengalami kerosakan atau tidak berfungsi?  tiada jawapan untuk soalan tersebut, mungkin orang-orang yang arif tentang kereta ada jawapannya. Jawapan  hanya berpandu kepada pengalaman terhadap masalah tersebut.

Aku dan rakan telah selesai lawatan ke kawasan banjir dan beransur untuk pulang ke pejabat.Jadi admin masuk ke dalam kereta Wira untuk menghidupkan enjin kereta, setelah suis di ON kan, starter pun bekerja untuk menggerakkan flywheel, tetapi gagal setelah beberapa kali percubaan. Pelik kenapa tidak mahu hidup enjin sedangkan tadi dari rumah tiada masalah.Kebetulan pulak ada mekanik lalu di kawasan itu datang membantu.Mekanik memaklumkan bahawa kereta admin hadapi masalah fuel pump  rosak dan perlu diganti.

Fuel pump ialah alat untuk mengepam minyak dari tank minyak ke sistem injention, jika pump rosak minyak tidak dapat disuntik oleh sistem injection. Kesan kerosakan fuel pump di mana kereta langsung tak boleh start langsung. Mekanik ada membuat percubaan untuk mengesahkan fuel pump rosak di mana minyak disedut masuk ke enjin. Jika fuel pump rosak, inilah terjadi, kena panggil kerete penunda untuk dihantar ke bengkel. Biasanya jangka hayat sesebuah alat fuel sistem ialah 8-10 tahun. Lokasi fuel pump kereta wira admin terletak di atas oil tank area bawah seat penumpang belakang.

Salah satu cara untuk kita mengesan sama ada fuel pump berfungsi atau tidak dengan perhati sewaktu suis ignition di ONkan tiada sebarang bunyi kedengaran. Jika fuel pump berfungsi dengan baik, sewaktu suis di ONkan akan ada kedengaran bunyi fuel pump (perlahan sekejap) energize.Kos ganti fuel pump dalam RM 185-RM 200 termasuk upah.


Tangki minyak ditanggalkan untuk proses penggantian fuel pump


 Rupa fuel pump jarak dekat

Senarai Telefon Pintar / Smartphone 3G Yang Dapat Rebat RM200

Untuk makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 kelak.

Bagi yang tidak mengetahui akan Pakej Komunikasi Belia ini, ia adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia.

Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk. Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual untuk mendapatkan telefon pintar daripadanya.

Pakej Komunikasi BeliaAntara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ.

Seperti biasa, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah;
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.

Pihak SKMM telah pun mengeluarkan senarai telefon pintar 3G yang akan ditawarkan melalui rebat ini.

Antaranya adalah termasuk:



Sumber :- SKMM

Setting 3G and MMS settings for Celcom, Digi and Maxis Untuk Android Phone



Android APN setting
1) Home -> Menu -> Settings -> Wireless & networks -> Mobile networks -> Access Points Name
2) Menu -> New APN

============================
APN SETTING FOR CELCOM
============================

Celcom 3G Setting
Name: Celcom 3G Internet
APN: celcom3g
Proxy: Not Set
Port: Not Set
MCC : 502
MNC : 19
Authentication type : PAP
APN type : internet

Celcom MMS Setting
Name: Celcom 3G Internet
APN: celcom3g
MMSC : http://mms.celcom.net.my
MMS Proxy: 10.128.1.242
Port: 8080
MCC : 502
MNC : 19
Authentication type : PAP
APN type :mms
......................................................................
*
The rest of the field is blank.

==============================
APN SETTING FOR MAXIS (3G)
==============================

Maxis Mobile Internet 3G
Access point name : unet
Username :
Password :
Account name : Maxis 3G WAP
Proxy server address : 202.75.133.49
Proxy server port : 80
Homepage : http://wap.maxis.com.my/

MMS 3G
Access point name : unet
Username :
Password :
Account name : Maxis 3G MMS
Proxy server address : 202.75.133.49
Proxy server port : 80
Service center address : http://172.16.74.100:10021/mmsc

*
Leave blank for Username & Password options.
*
The rest of the field is blank.

===============================
APN SETTING FOR MAXIS (2G)
===============================

Maxis Mobile Internet 2G
Access point name : net
Username :
Password :
Account name : Maxis WAP 2.0
Proxy server address : 202.75.133.49
Proxy server port : 80
Homepage : http://wap.maxis.com.my/

MMS 2G
Access point name : net
Username :
Password :
Account name : Maxis MMS 2.0
Proxy server address : 202.75.133.49
Proxy server port : 80
Service center address : http://172.16.74.100:10021/mmsc

*
Leave blank for Username & Password options.
*
The rest of the field is blank.


=========================
APN SETTING FOR DIGI
=========================

DiGi APN,
Name : DiGi Internet
APN: diginet
MCC: 502
MNC: 16
APN Type: default
(Others, blank)

DIGI MMS,
APN: digimms
username: mms
password: mms
Proxy: 203.092.128.160
Port: 80
MMSC: http://mms.digi.com.my/servlets/mms
MMS Proxy: 203.092.128.160
MMS Port: 80
MCC: 502
MNC: 16
APN Type: mms

Jeruk Madu Pak Ali Kompleks Medan Suri Sungai Nibong Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Kali ini admin nak berkongsi satu tempat yang popular di Pulau Pinang iaitu Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong. Kebetulan pulak pada 19 Disember 2012 admin diarahkan untuk menghadiri kursus di Pulau Pinang di mana admin telah  bermalam di Hotel Seri Malaysia. Sebelum balik admin sempatlah jugak google map untuk mencari jeruk yang cukup terkenal di Pulau Pinang ini  untuk dijadikan buah tangan untuk keluarga dan rakan sekerja. 

Siapa yang tidak kenal dengan Jeruk Madu Pak Ali ni kan. Gerai yang admin pergi ni terletak dekat Kompleks Medan Selera Suri, Sungai Nibong berhampiran dengan stesen bas Sungai Nibong. Admin pun tidak biasa jalan di situ dengan google map dan Garmin akhirnya sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk jeruk buatan orang Islam yang dipasarkan secara menyeluruh ke seluruh Malaysia.  Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali ni telah bermula sejak tahun 1985.

Apa yang bagusnya Jeruk Pak Ali ini dibuat menggunakan cuka epal dan madu lebah asli. Jeruk Madu Pak Ali tidak menggunakan ibu gula yang dipanggil sebagai SAKARIN tetapi menggunakan gula biasa. Sakarin ini yang menyebabkan kebanyakkan pelanggan yang makan jeruk akan batuk atau sakit tekak sejurus selepas memakan jeruk tersebut. Macam-macam jeruk madu yang dijual di kedai Pak Ali ni. Ada buah mangga, kedondong, betik, kelubi dab buah salak. Sebelum nak beli boleh rasa dulu jeruk mana yang berkenan di tekak. Ada tempat disediakan untuk rasa. Lepas tu barulah boleh buat pilihan mana yang nak beli.






Jom Pi Pesta Pulau Pinang 2012 Dengan Euro Fun Park

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini admin berkesempatan menjejakkan kaki ke Pesta  Pulau Pinang buat pertama kalinya selepas kali terakhir pergi pada tahun 1986.Memang meriah suasananya dengan lautan pengunjung yang datang dari seluruh pelosok negeri.Serba sedikit pasal info pesta Pulau Pinang ingin admin berkongsi bersama anda.

Pesta Pulau Pinang kembali lagi di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Telah bermula sejak awal Disember 2012 yang lalu dan akan berlangsung sehingga 1 Januari 2013. Pelbagai hiburan yang disediakan di Taman Hiburan Euro Fun Park.

Pelbagai pertujukkan khas dan unik disediakan seperti pertujukkan,gerai-gerai, persembahan tayangan dan pameran 3D , konsert artis-artis terkenal tanahair serta persembahan kebudayaan pelbagai negara.

List harga token 2011 tetapi tahun 2012 ada kenaikan 1-2 token dari tahun 2011.

Macam-macam leh dapat di pesta Pulau Pinang termasuk barang kraftangan, pakaian, tudung-tudung terkini, barangan dari Indonesia dan barangan elektronik, handphone dan sebagainya. Malahan kereta & motorsikal pun ada di jual.. serba serbi lah pada harga yang tidak kurang bestnya.Jemputlah beramai-ramai ke sana untuk memeriahkan Pesta Pulau Pinang sempena cuti sekolah ini.

Harga Tiket :   RM 3.00 -Dewasa  | RM 1.00- Kanak-kanak

Masa Pesta :   6.00pm- 11.30pm

    
Game Top Gun




Cara Tukar Astro Berbayar ke Pakej NJOI (Percuma Seumur Hidup)


Asslamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini admin nak berkongsi cara untuk convert pakej Astro yang berbayar ke pada pakej Njoi. Bermula daripada 1 Disember 2012 lalu, saluran TV3 dan TV9 telah melebarkan sayapnya di saluran Astro NJOI iaitu perkhidmatan televisyen satelit secara percuma selaras dengan usahanya untuk mengukuhkan lagi kedudukan dalam industri penyiaran Malaysia. 

Anda Berani: Mentara Panggil Langsuir/Puntianak

Seorang lelaki British iaitu, Sir Richard Olaf Winstedt (2 Ogos 1878 – 2 Jun 1966), atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt, merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentakbir koloni dengan kemahiran Malaya British.

Secara ringkasnya, Sir Richard Olaf Winstedt dilahirkan di Oxford, mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford, dari mana dia menerima MA.

Dalam tahun  1902 Sir Richard Olaf Winstedt telah menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana disitulah dia mempelajari bahasa dan budaya orang Melayu.

Pada tahun 1913 pula, dia dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916 menyertai jabatan pendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada Oxford.

Sir Richard Olaf Winstedt ini sebenarnya mempunyai satu sifat buruk. Bila dia ditugaskan ke negeri-negeri FMS, dia tidak buat kerja yang ditugaskan tapi dia selongkar istana-istana Melayu and belajar mengenai manuskrip lama dan ilmu orang melayu.

Hasil kerajinan beliau, akhirnya pada 1909 dia telah berjaya menulis dalam satu unpublished Journal by Asiatic Society, ILMU MEMANGGIL PUNTIANAK. Hasil tulisan tangan oleh Dato’ Amarabangsa Wiraja/Wijaya, Ketika era 1850'an, beliau adalah seorang bomoh yang amat hebat di zaman itu dari Temenggor, Perak



Anak Ikan Melayu Bogel Terjebak Aksi Terlarang

Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin ingin berkongsi pasal artikel akhbar yang menyiarkan tentang lelaki koleh kerugian RM 800 dan gambar bogel diupload di Youtube akibat terpedaya oleh wanita webcam.

Bayi Mengalami Alahan Laktosa dan Kenali Susu Tanpa laktosa / Susu laktosa Free

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apakah alahan laktosa? Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.

Mesti Cuba : Kulit Durian Crepe Menggunakan 2 / 5 / 7 jenis tepung


Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Admin ingin berkongsi dengan anda tentang resepi bagi menghasilkan kulit bagi durian crepe.Terdapat banyak jenis dalam menghasilkan kulit atau "batter" ini. Kalau yang nak mudah dalam membuat durian crepe mungkin hanya akan menggunakan tepung gandum sahaja.Hasilnya adalah sedap. Namun bagi yang jenis suka mencuba bolehlah anda buat kulit durian crepe..seperti di bawah ini:-


1. Batter crepe 2 jenis tepung

50 gm tepung hongkong/tepung superfine
1 sd besar tepung ubi
1 biji telur (size A)
2 sd besar gula castor
3 sd kecil butter (yg dicairkan)
200 ml air (nk guna fresh milk/santan cair pun ok)
1 sd kecil esen vanila

2. Batter crepe 5 jenis tepung
20 gm tepung superfine
10 gm tepung ubi
10 gm potato starch
10 gm tepung kastard
10 gm tepung jagung
1 bji telur (gred A)
1 sdu besar gula castor
1 sdu besar minyak jagung/butter cair
1 sdu kecil esen vanila
80 ml susu cair
110 ml air

3. Batter crepe 7 jenis tepung

10 gm tepung hongkong
10 gm tepung superfine
10 gm tepung ubi
10 gm potato starch
10 gm tepung jagung
5 gm tepung hoen kwe (warna kuning)
5 gm tepung kastard
1 sdu besar gula castor
2 bji telur (gred A)
1 sdu besar minyak jagung/butter cair
80 ml susu cair
110 ml air

sukatan menggunakan sudu (dr Chahaya Shiela)

2 sudu besar Tepung Hongkong
2 sudu besar Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar Tepung Kastard
2 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Tepung Kentang
2 sudu besar Tepung Superfine
4 sudu besar Tepung Naik Sendiri
2 sudu besar Gula Icing
2 biji Telur ~~ buang talipusat
1/2 tin Susu Cair
1 sudu kecil Garam Halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
2 cawan Air
3 helai Daun Pandan (kisar b'sama dgn 2 cawan air,kemudian tapis)
Sedikit Pewarna hijau

4. Batter crepe guna santan

400 gm santan (campur air) /santan dlm kotak (campur air)
40 gm tpg custard/tpg hoen kiew
60 gm tpg hong kong
50 gm tpg naik sendiri
15 gm tpg ubi
25 gm tpg jagung
1 biji telur (size A)
1 sd kecil esen vanilla
2 sdu besar buttercup cair

Cara2:
-satukan semua bhn2 kering dan ayak
-satukan semua cecair
-satukan dan gaul rata kesemua bahan,kemudian tapis utk sebatikan tepung yg berketul2 tu
-boleh terus masak atas fry pan tanpa mnggunakan minyak (atau utk permulaan bleh sapu sikit minyak pd fry pan) (sila adjust api,jgn tlalu kecik/besar)..bila mengelembung,trus angkat..x perlu masak kedua2 bahagian


Kredit to puansyurga

Mesti Tonton : Sinopsis Download Filem Istanbul Aku Datang

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini admin nak berkongsi dengan anda semua sebuah filem yang telah admin tonton. Apa yang boleh perkatakan tentang filem romantik komedi ini ialah suatu cerita yang segar dan lain dari yang lain setelah disogok dengan cerita hantu dan cerita gangster. Jalan ceritanya memuaskan dan mampu menarik minta admin untuk menontonnya sehingga habis.
Apa yang pasti karektor Dian yang dilakonkan oleh Lisa amat menjadi dan menjadikan cerita lebih hidup walaupun dipasangkan dengan hero filem baru iaitu Tomok sebagai Azad namun ianya dilihat satu percubaan yang baik dibawa ke layar perak. Bagi hero kedua iaitu Haris lakonan Beto dilihat cukup mantap menjadikan cerita ini lebih berperisa.

Filem ini dilihat banyak menampilkan babak peluk-peluk yang pastinya akan mengundang komen negatif dari pengkritik dan penonton. Apa yang admin nampak secara tersiratnya pengarah filem /penulis skrip ini membongkar realiti sebenar pasangan bercinta hari ini yang mungkin terjadi di kalangan pelajar di luar negara. Dan mungkin alangkah bagus kalau ada adegan peluk-pelik ini di mana hero utama sesuai digantikan dengan Hans Isaac dan heroinnya pula siapa yea kalau bukan islam ? Jadi kena fahamlah bila pengarahnya adalah Bernard Chauly. Keseluruhan filem ini bagi pendapat admin adalah OK dan tidak rugi sekiranya  beli VCD atau DVD untuk disimpan sebagai koleksi. Bagi yang belum menyaksikan filem ini eloklah segera menonton .


Sinopsis filem Istanbul Aku Datang
Istanbul Aku Datang menceritakan tentang kehidupan seorg gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.

Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.

Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.

Pelakon Istanbul Aku Datang: Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok  dan Aizat

Mesti Cuba : Resepi Durian Crepe / Bantal durian / Durian Pancake / Bantal Busuk

Durian Crepe
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekarang ini kan sana-sini tengok blog tengok facebook tengok twitter diorang semua update padal Durian Crepe ni.. Admin memula dulu rasa pelik juga apa bendalah makanan crepe crepe ni.. sebab sekarang dah jadi fenomena pasal Durian Crepe.

Maklumlah sekarang kan musim durian jadi resepi terbaru tu jadi bualan hangat semua orang. Maka admin pun google cari resepi dan nak berkongsi cara nak buat Durian Crepe ini dengan anda semua.Kesemua gambar-gambar ini admin ambik dari blog-blog di google sebagai contoh bagi memudahkan gambaran cara pembuatannya. Bukan aper admin masih belum mencuba resepi ini namun apabila admin sudah mencubanya maka gambar-gambar hasil tangan admin akan dimasukkan kelak nanti. Apa-apa pun mari kita tengok cara menyediakan cukup mudah sebenarnya.
 
  Bahan-Bahan Untuk Durian Crepe adalah seperti berikut :

    250g tepung gandum
    3 biji telur
    500ml santan (santan kotak)
    100ml air
    1/2 garam
    1 penutup botol esen vanilla

  

Bahan-Bahan Untuk Inti :

    Seberapa banyak isi durian
    1 cawan whipping cream


Bahan Untuk Inti Durian Crepe


Cara-Cara Penyediaan Kulit Crepe :

  • Campurkan kesemua bahan ke dalam blender basah. 
  • Tapis bahan tersebut ke dalam bekas.
  • Pastikan dapur anda mepunyai kuali leper
  • Panaskan kuali tersebut dan letakkan sedikit mentega/minyak masak.
  • Tuang bahan tadi kedalam senduk kecil & masak diatas kuali.
  • Setelah kelihatan kekuning-kuningan, angkat bahan tadi dan letakkan ke atas pelapik.



Cara-Cara Penyediaan Filling :

  • Pukul rata whip cream dalam mixes hingga kental
  • Asingkan isi durian dengan bijinya. Lumatkan sehingga sebati

Pukul whip cream sampai kental
Cara-Cara Membungkus :


  • Bentangkan 1 "helai" creepe
  • Letakkan sedikit whip cream & isi durian diatas creepe tersebut
  • Tutup creepe & lipat mengikut kreativiti anda



 


Akhir sekali, simpan durian crepe tersebut didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Makan Udang Bersama Vitamin C Meyebabkan Kematian Akibat Keracunan Arsenik Adalah Satu Pembohongan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semua sedia maklum pernah menerima email suatu masa dahulu ataupun baru-baru ini yang memberi amaran kepada pngguna agar  tidak makan udang  ketika mengambil vitamin C kerana ia boleh menyebabkan tindak balas kimia yang boleh membawa kepada kematian mengejut akibat keracunan arsenik.

Kandungan email tersebut adalah tidak berasas dan karut sama sekali.Terdapat tiada rujukan yang boleh dipercayai bahawa sandaran tuntutan dalam mesej email tersebut dan tiada kematian dilaporkan seperti yang digambarkan. Gambar yang dimasukkan ke dalam mesej menunjukkan seorang wanita muda yang ditembak dan dibunuh dalam protes dan tidak mempunyai kaitan pun dengan keracunan arsenik.

Email berantai tentang amaran mesej kesihatan telah diedarkan sejak sekurang-kurangnya tahun 2001, sesiapa yang mengambil vitamin C tidak perlu makan udang (udang) kerana kedua-dua boleh bergabung dalam badan dan menyebabkan tindak balas kimia yang membawa kepada kematian mengejut dan ganas oleh arsenik keracunan. Mesej mendakwa bahawa vitamin C boleh menukar unsur-unsur bukan toksik dalam makanan untuk arsenik sekali gus menyebabkan keracunan dan kematian. Kandungan email menerangkan satu insiden di mana seorang wanita tiba-tiba meninggal dunia selepas makan udang dan mengambil vitamin C dan juga termasuk gambar kononnya menggambarkan muka berdarah keracunan arsenik mangsa malang selepas kematian beliau.

Walau bagaimanapun, tuntutan dalam mesej email itu adalah karut semata. Dakwaan bahawa vitamin C boleh mengubah unsur-unsur bukan toksik ke arsenik dan menyebabkan kematian tidak mempunyai asas fakta. Dan, ada telah tiada kematian dilaporkan atau penyakit yang berkaitan dengan gabungan kononnya toksik vitamin C dan makanan laut.

Selain itu, gambar dalam versi ini mesej tidak menggambarkan keracunan arsenik victim. Malah, gambar menunjukkan muka yang berlumuran darah Neda Agha Soltan yang telah ditembak dan dibunuh semasa protes pilihan raya di Iran pada Jun, 2009.

Arsenik adalah elemen semulajadi berlaku dan diedarkan secara meluas ditemui dalam tanah dan mineral. Ianya diambil pada oleh manusia melalui makanan, air atau udara. Seafood adalah penyumbang utama kepada arsenik dalam diet manusia. Walau bagaimanapun, arsenik yang paling dalam makanan diperbuat daripada bentuk yang kurang berbahaya organik bukannya bentuk organik lebih berbahaya. Membuat kesilapan tidak, arsenik pastinya toksik kepada manusia. Tahap rendah pendedahan arsenik boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan manakala pendedahan yang tinggi boleh menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, vitamin C tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia ajaib mengubah unsur-unsur bukan toksik ke dalam arsenik.

Saintis perubatan telah, dalam beberapa kajian, mengkaji interaksi antara vitamin C dan arsenik. Ironinya, beberapa kajian perubatan telah mencadangkan bahawa pentadbiran vitamin C dan bahan-bahan lain digabungkan sebenarnya boleh memainkan berguna, jika terhad, peranan dalam counteracting ketoksikan arsenik kronik. Dan kajian lain telah disiasat bagaimana vitamin C digabungkan dengan trioxide Arsenik boleh meningkatkan keberkesanan dadah sebagai therap kanser. Tetapi, ada kajian yang boleh dipercayai telah mencadangkan bahawa vitamin C sebenarnya boleh membuat arsenik dalam badan kita dengan mengubah sifat-sifat kimia bahan-bahan bukan toksik lain. Tuntutan itu adalah lebih mirip kepada alkhemi daripada sains.

Memandangkan populariti makanan laut di seluruh dunia digabungkan dengan penggunaan meluas vitamin C tambahan, jika benar, keracunan maut itu akan menjadi perkara biasa. Jika gabungan adalah seperti berbahaya seperti yang diterangkan dalam amaran, walaupun orang-orang yang mengamalkan vitamin C daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan sitrus - buah-buahan yang sering mengiringi makanan laut - mungkin akan mengalami sekurang-kurangnya beberapa gejala keracunan arsenik. Tetapi, seperti yang dinyatakan di atas, tiada laporan kematian atau penyakit yang disebabkan oleh gabungan ini kononnya maut vitamin C dan makanan laut.

Dan, sudah tentu, jika bahaya itu dalam apa-apa cara yang sebenar, amaran mengenai ia tidak akan mengedarkan hanya dalam bentuk media buruk worded dan tidak disahkan mesej e-mel atau sosial. Jika benar, bahaya akan menjadi sangat baik didokumenkan dalam laporan perubatan dan disiarkan media masa dan media cetak.

Secara ringkas, mesej adalah pembohongan.  Ia adalah penting bahawa pengguna Internet sentiasa memeriksa kebenaran amaran perubatan yang mereka terima sebelum mereka menghantar atau forward email kepada orang lain.

Jika anda menerima email mesej seumpama di atas, jangan sesekali forward kepada orang lain.

Cara Memilih Suplemen Vitamin C Organik Terbaik Di Pasaran


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Vitamin C adalah penting untuk membina semua tisu penghubung anda - seperti kulit anda, rawan sendi, tendon, pembuluh darah.

Bolehkah Berkahwin Dengan Lelaki Pernah Berzina ?

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Admin ingin tertarik dengan soalan berkaitan bab kahwin dan ingin berkongsi dengan anda semua. Semoga ianya memberi manafaat pada anda dalam mencari teman hidup yang dapat memberi bimbingan ilmu agama dan kesejahtraan di dunia dan di akhirat.Bahawasanya cinta itu buta,dalam pemilihan calon teman hidup telah digariskan dalam islam ciri-cirinya.Tetapi sejauh manakah masyarakat masakini mencari teman bersandarkan garis panduan yang telah dinyatakan. Ini kerana punca berlakukan banyak penceraian adalah berpunca pasangan tidak menjaga solatnya.Jadi dalam hal ini,akhlak dan amalan agama seseorang dilihat cukup penting memastikan suatu perkahwinan itu akan kekal ataupun tidak.
 
Soalan
Saya merancang untuk bertunang dengan jejaka pilihan hati tidak lama lagi. Tetapi saya telah bertemu dengan seorang sepupunya yang menceritakan bahawa bakal tunang saya itu pernah terlanjur dengan bekas teman wanitanya. Sepupunya itu mengetahui perkara tersebut setelah diceritakan oleh bakal tunang saya itu, yang kononnya telah insaf dan mahu bertaubat.?

Sekarang saya berasa ragu-ragu yang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Selain memang menyayanginya, saya juga memikirkan faktor umur yang sudah masuk 30 tahun sekarang ini. Jika saya tidak berkahwin dengannya, tentu susah pula saya hendak mencari orang lain. Tetapi jika saya berkahwin dengannya, bererti saya berkahwin dengan orang yang pernah berzina. Adakah saya patut menerimanya atau membatalkan pertunangan tersebut. Harap ustaz dapat menolong.

- Risau, Kulai.
Jawapan Ust Zaharuddin
Bab perkahwinan bukannya perkara yang boleh di cuba-cuba, jangan kerana umur maka digadaikan agama dan masa depan keluarga saudari.Lelaki yang telah berzina sememangnya telah melakukan kesalahan yang maha besar, tetapi saudari masih tidak boleh mempercayai maklumat sepupunya dengan mudah tanpa penyelidikan. Allah SWT mengrahkan kita aagar menyelidik sebarang berita teruatamanya yang berat seumpama ini. 

( Rujuk surah al-Hujurat ayat 6 )
Ingatlah perkahwinan adalah suatu keputusan yang besar., Erti hadith: "Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain" ( Al-Hakim : Shohih menurut Al-Hakim dan Ibn Hajar, Talkhis al-Khabir, 2/16 ; Dhoif menurut As-Suyuti, Al-Jami' as-Shoghir , 2/168) 

Kriteria lelaki yang ingin dijadikan suami adalah amat penting bagi isteri kerana ia akan mencorakkan sesebuah keluarga, justeru, ciri-ciri yang disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadith wanita pilihan iaitu : mengutamakan agama dari kecantikan, keturunaan dan harta juga terpakai untuk wanita mencari lelaki.(dari hadith shohih riwayat al-Bukhari dan Muslim). Cuma hadith banyak menekankan cirri wanita kerana biasanya lelaki yang mencari dan memilih wanita (Nizom al-Usrah, 1/ 168)

Dalam hal kriteria bakal suami yang telah berzina 
Beberapa ayat berikut boleh dijadikan pedoman :
a)Firman Allah : " Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.' ( An-Nur : 3)
b) Firman Allah : " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( An-Nur : 26 )
Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.
Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. ( Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah )



Bagaimanapun, perkara berikut perlu dilakukan:-

a- Selidiki maklumat yang diberikan oleh sepupu. Dalam Islam hal berat seumpama ini tidak boleh dipercayai tanpa 4 saksi atau pengakuan si lelaki.
b- Selidiki akhlak lelaki tersebut dengan teliti sebelum membuat keputusan, jangan terburu-buru membuat keputusan walaupun umur sudah sedikit lanjut. Apa yang penting adalah suami yang baik. Benar, ia boleh bertaubat, dan harus di beri peluang, tetapi perlulah di pastikan taubatnya terbukti dengan amalan soleh yang dijaganya berbading dahulu, sekiranya tidak, pada hemat saya, seseorang yang telah sekali melakukan dosa zina, dengan mudah sahaja ia akan terjebak semula jika tiada ilmu dan taubat yang bersungguh-sungguh.
Lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya. Moga Allah memberikan petunjuk yang jelas dan baik untuk saudari. Wallahu a'lam
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman

Mesti Tahu : Tahukah Wahai Lelaki 4 Golongan Lelaki Yang Masuk Neraka ?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin ingin berkongsi tentang artikel bahawa tanggungjawab seorang lelaki adalah amat berat baik terhadap dirinya, keluarganya, adik -beradiknya mahupun kedua orang tuanya.

Mesti Beli : Seluar Dalam Tapis Kentut Kini Berada Di Pasaran


Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Dengan motto kentutlah dengan penuh keyakinan. Seluar dalam yang didakwa dapat meneutralkan bau 'kentut' terbukti mendapat sambutan hangat dalam kalangan ahli perniagaan rajin bekerja di sini yang gemarkan idea melepaskan bau tanpa masalah.

Sebuah syarikat tekstil tempatan membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakannya mencegah bauan tidak diingini.
“Ia mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah segera menghapuskan bau busuk,” kata Nami Yoshida, seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk itu. Ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari," Nami Yoshida, Jurucakap syarikat

“Pada mulanya kami terfikir untuk menjualnya kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan hospital. Namun amat mengejutkan kami, ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari,” katanya.

Seluar dalam itu dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau di dalam bahan gentian.

Seiren membangunkan teknologi itu selepas dihubungi seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan mereka yang menghidap sindrom usus.
Syarikat itu kini berkembang kepada 22 barangan, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau dan baju-t yang menutup bau ketiak. - Agens

Slogan Kentut Dengan Penuh Keyakinan

Mesti Baca : Sup Ketam Nipah Penawar Paling Mujarab Penyakit Demam Denggi

Sup Ketam Nipah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini . Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.

Kajian ringkas mendapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

Nyamuk Aedes

Sehingga kini observasi mendapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.

Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.

PS: Kalau sekiranya anda ingin berkongsi petua-petua lain bagi rawatan penyakit demam denggi dialu-alukan berkongsi di bahagian komen. Bukan apa kita mana tahu komen yang diberikan berguna pada orang lain yang mengalami demam denggi untuk mencuba petua-petua dari anda semua.

Mesti Tonton : Nenek Gayung Filem Komedi Yang Lucu dan Seksis

 Assalamualaikum dan Salm Sejahtera,

Admin berkesempatan menonton cerita Nenek Gayung di Astro yang mana film bergenre komedi horor yang dibintangi ole pelakon Nikita Mirzani, Zakky Zimma, Yadi Sembako, Bajaj, Kiwil, Yurike P dan lain-lain. Admin agak terhibur dan komedi yang ada dalam filem itu.Dengan ada sarikata bahasa Melayu lagi memudahkan admin untuk memahami dialog-dialog dalam filem ini yang kadangkala susah nak difahami.

Filem ini telah diangkatkan dalam layar perak bersandarkan  tentang legenda nenek gayung yang meresahkan masyarakat di Indonesia. Dikhabarkan sesiapa yang bertemu dan berbicara dengan arwah sang nenek gayung, maka akan meninggal dunia selepas7 hari kemudian. Gambaran tentang Nenek Gayung adalah  arwah sang nenek selalu membawa tikar dan gayung.

Serba sedikit cerita dari file mini iaitu Duta (Zakky Zimma) yang diputuskan oleh pacarnya, hampir bunuh diri di sebuah jembatan, tetapi diselamatkan oleh seorang gadis cantik bernama Dewi (Nikita Mirzani). Disinilah kedekatan mereka dimulai, hingga setiap malam Duta selalu menjemput Dewi di jembatan itu.

Anehnya sosok Dewi yang dilihat oleh Duta, berbeda dengan yang dilihat orang lain. Yang nampak di pandangan orang lain, Dewi adalah sosok Nenek Gayung. Teror mulai menghantui kontrakan Duta, ketika dia menghilang karena ingin di jodohkan oleh ibunya. Apakah kesudahan filem ini..seeloknya anda saksikan sendiri.
Jelmaan Nenek Gayung

Lakonan mantap Zakky Zimma, meningatkan admin kepada filem lakonan dalam filem Ada Apa dengan Pocong.Satu filem yang membuatkan admin tidak kering gusi melihatkan telatah lakonan Zakky Zimma,namun disebabkan admin muat turun di internet maka tiada sari kata dalam bahasa melayu untuk membolehkan admin lebih memahami jalan ceritanya.Walaubagaimana pun tanpa sarikata bahasa melayu pun,admin masih boleh ketawa terbahak-bahak…:)




Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca