Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Enjin Wira Tidak Boleh Start, Fuel Pump Rosak

Fuel pump

Adakah kita tahu bila fuel pump akan mengalami kerosakan atau tidak berfungsi?  tiada jawapan untuk soalan tersebut, mungkin orang-orang yang arif tentang kereta ada jawapannya. Jawapan  hanya berpandu kepada pengalaman terhadap masalah tersebut.

Aku dan rakan telah selesai lawatan ke kawasan banjir dan beransur untuk pulang ke pejabat.Jadi admin masuk ke dalam kereta Wira untuk menghidupkan enjin kereta, setelah suis di ON kan, starter pun bekerja untuk menggerakkan flywheel, tetapi gagal setelah beberapa kali percubaan. Pelik kenapa tidak mahu hidup enjin sedangkan tadi dari rumah tiada masalah.Kebetulan pulak ada mekanik lalu di kawasan itu datang membantu.Mekanik memaklumkan bahawa kereta admin hadapi masalah fuel pump  rosak dan perlu diganti.

Fuel pump ialah alat untuk mengepam minyak dari tank minyak ke sistem injention, jika pump rosak minyak tidak dapat disuntik oleh sistem injection. Kesan kerosakan fuel pump di mana kereta langsung tak boleh start langsung. Mekanik ada membuat percubaan untuk mengesahkan fuel pump rosak di mana minyak disedut masuk ke enjin. Jika fuel pump rosak, inilah terjadi, kena panggil kerete penunda untuk dihantar ke bengkel. Biasanya jangka hayat sesebuah alat fuel sistem ialah 8-10 tahun. Lokasi fuel pump kereta wira admin terletak di atas oil tank area bawah seat penumpang belakang.

Salah satu cara untuk kita mengesan sama ada fuel pump berfungsi atau tidak dengan perhati sewaktu suis ignition di ONkan tiada sebarang bunyi kedengaran. Jika fuel pump berfungsi dengan baik, sewaktu suis di ONkan akan ada kedengaran bunyi fuel pump (perlahan sekejap) energize.Kos ganti fuel pump dalam RM 185-RM 200 termasuk upah.


Tangki minyak ditanggalkan untuk proses penggantian fuel pump


 Rupa fuel pump jarak dekat

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca