Apakah alahan laktosa? Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.
Aalahan laktosa terbahagi kepada 2 iaitu Alahan laktosa mungkin kekal (primary) iaitu Congenital (sejak lahir) di mana ianya jarang berlaku manakala alahan laktosa lewat bagi golongan dewasa iaitu biasanya berlaku di kalangan orang asia dalam anggaran umur 20 tahun.Alahan Laktosa Sementara berlaku disebabkan kerosakan / kecederaan pada usus yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis),Penyakit usus seperti Coeliac Disease dan pembedahan usus.
Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala ini akan kelihatan ½ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa.Genjala - genjala yang boleh dikenalpasti adalah bayi merengek dan menangis,Perut kembung dan memulas,Berak cair yang berbau busuk,Kentut yang berlebihan,Kulit melecet dibahagian punggung.
Apakah masalah yang akan timbul akibat penyakit ini?
Alahan laktosa sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kes yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan:
- Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
- Kurang zat makanan
- Pembesaran terencat
Bagaimanakah cara merawat masalah ini?
Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat alahan lactosa. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang.
Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.
- Elak semua makananyang mengandungi laktosa.
- Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi lactosa. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.
- Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrient untuk pembesaran.
- Alahan laktosa yang sementara:
- Kurangkan makanan yang mengandungi lactosa.
- Selang-selikan penyusuan susu ibu dan susu formula yang tidak mengandungi lactosa.
- Mungkin perlu minum susu tanpa lactosa sahaja buat seketika.
- Selepas tiada gejala dalam masa 2-4 minggu, boleh mulakan penyusuan susu formula biasa untuk bayi.
- Apakah jenis makanan yang mengandungi laktosa?
- Makanan mengandungi laktosa termasuk:
- Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain.
- Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat.
- Aiskrim.
- Margerin.
- Roti dan biskut.
- Bijirin sarapan.
- Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu.
- Susu pekat manis.
- Susu cair.
- Laktosa juga terkandung dalam makanan berikut:
- Semua jenis susu.
- Gandum dan protein susu.
- Susu tepung.
Produk susu apa yang sesuai bagi bayi yang alahan laktosa?
Alternatif kepada mereka yang mengalami lactose intolerance boleh mengambil susu soya atau susu lembu tanpa laktosa.
Harga enfamil tanpa laktosa ni Brapa biasanya?
ReplyDeleteApe tu laktosa..ank saya ekzema..habis badan muka merah2..camne nak rawat ye
ReplyDeleteAnak yg ada ekzema dia alah pd susu lembu.jd kena bagi sama ada susu kambing@soya shj.anak sy pon ekzema terus.sy bg susu kambing.Alhamdulillah kulit dia bersih.cuma skrg bila dia dh mkn,kena pantang mkn dia je
ReplyDeleteSusu kambing tu yg jenis mna awk guna utk anak uh g eczema?
Delete