Hari ini admin nak berkongsi dengan anda semua sebuah filem yang telah admin tonton. Apa yang boleh perkatakan tentang filem romantik komedi ini ialah suatu cerita yang segar dan lain dari yang lain setelah disogok dengan cerita hantu dan cerita gangster. Jalan ceritanya memuaskan dan mampu menarik minta admin untuk menontonnya sehingga habis.
Apa yang pasti karektor Dian yang dilakonkan oleh Lisa amat menjadi dan menjadikan cerita lebih hidup walaupun dipasangkan dengan hero filem baru iaitu Tomok sebagai Azad namun ianya dilihat satu percubaan yang baik dibawa ke layar perak. Bagi hero kedua iaitu Haris lakonan Beto dilihat cukup mantap menjadikan cerita ini lebih berperisa.
Filem ini dilihat banyak menampilkan babak peluk-peluk yang pastinya akan mengundang komen negatif dari pengkritik dan penonton. Apa yang admin nampak secara tersiratnya pengarah filem /penulis skrip ini membongkar realiti sebenar pasangan bercinta hari ini yang mungkin terjadi di kalangan pelajar di luar negara. Dan mungkin alangkah bagus kalau ada adegan peluk-pelik ini di mana hero utama sesuai digantikan dengan Hans Isaac dan heroinnya pula siapa yea kalau bukan islam ? Jadi kena fahamlah bila pengarahnya adalah Bernard Chauly. Keseluruhan filem ini bagi pendapat admin adalah OK dan tidak rugi sekiranya beli VCD atau DVD untuk disimpan sebagai koleksi. Bagi yang belum menyaksikan filem ini eloklah segera menonton .
Istanbul Aku Datang menceritakan tentang kehidupan seorg gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.
Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.
Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.
Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.
Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment