Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Pengambilan Kopi, Teh dan Coklat Mengganggu Penyerapan Vitamin Dalam Badan



secawan kopi panas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda pengemar kopi/teh/nescafe? Tahukah anda bahawa Minum minuman disebutkan tadi mengandungi kafein yang boleh menganggu penyerapan vitamin ke dalam tubuh kita dengan sempurna. Minuman berkafein tinggi seperti kopi, teh, minuman berkarbonat dan coklat adalah makanan harian biasa yang mempunyai kafein. Sesetengah ubat-ubatan dan suplemen juga mempunyai kafien. Oleh itu,jika ada sedang mengambil suplimen vitamin pastikan minuman berkafein dielakkan dalam masa beberapa jam selepas vitamin.Ini bagi memastikan penyerapan vitamin oleh badan berlaku dengan sempurna bagi mengelakkan pembaziran berlaku.Di sini beberapa kesan kafein ke atas vitamin-vitamin adalah seperti berikut :-

Zat Besi

Kafein sebenarnya mengurangkan penyerapan zat besi ke dalam badan. Kopi dan teh mempunyai polyphenols, unsur kimia yang hanya didapati di dalam tumbuhan. Walaupun polyphenols adalah sejenis antioksida yang bagus, tetapi ia akan mengikat dirinya ke molekul zat besi itu sendiri, menyebabkan kesukaran kepada proses penyerapan.

Kalsium

Kafein akan menyebabkan kalsium untuk dikumuhkan sekali di dalam air kencing. Kafein juga boleh menganggu penyerapan kalsium di dalam usus, sekaligus mengurangkan kalsium di dalam tulang.

Vitamin B

Kafein bersifat diuretic, iaitu menyebabkan seseorang selalu membuang air kecil. Vitamin larut air seperti vitamin B di dalam badan boleh berkurangan kerana is juga terkandung di dalam air kencing. Semakin kerap seseorang itu membuang air kencing, semakin banyaklah vitamin B yang akan dikeluarkan di dalam tubuh.

Vitamin D

Pengambilan kafein yang tinggi juga boleh mengakibatkan kemerosotan reseptor sel untuk Vitamin D di dalam tubuh untuk wanita berusia/menghampiri menopause'**. Jika ini berlaku, seseorang mudah mendapat penyakit tulang rapuh/osteoporosis kerana vitamin D amat penting untuk penyerapan optimum kalsium ke dalam tulang.

**(November 2001 issue of the "American Journal of Clinical Nutrition)

Ingin Membeli Handphone Harga Termurah Secara Online?



Masih memakai handphone ketinggalan zaman? Masih pakai midi ringtone? Teringin nak pakai smartphone tetapi harga pulak mahal? Di mana nak beli handphone dengan harga yang murah?  Bukan handphone terpakai atau seludup, tetapi handphone original.  Ada sesiapa yang tahu?

Hari ini masa tengah google mencari pengganti handphone admin yang rosak iaitu Nokia N8. Admin terklik satu banner yang tengah promosikan handphone-handphone dengan harga murah.  Memang betul-betul murah. Potongan harga diskaun hingga RM100 ke atas. Murah bukan? Layarilah selalu web lazada untuk mendapatkan promosi diskaun terkini bagi pelbagai barangan dengan harga hebat.

Kalau anda tercari-cari di mana nak dapatkan handphone dengan harga murah, anda boleh ke laman web ini Kedai ini datang dengan ciri-ciri unik termasuk penghantaran percuma di seluruh negara untuk Timur dan Barat Malaysia, pulangan 14-hari dan dasar pertukaran, dan wang tunai atas perkhidmatan penghantaran untuk Lembah Klang, perkhidmatan tidak pernah sebelum ini ditawarkan di Malaysia.

Pada masa ini, LAZADA menawarkan 16.000 produk merentasi pelbagai kategori dengan jenama besar seperti Samsung, Nikon, Sony, Nokia, Philips, Yonex, Dunlop, Wilson, Carlton, Cornell, Huggies, Hello Kitty, One Drop Perfume dan banyak lagi di bawah sayap.

Namun admin masih lagi mencari pengganti Nokia N8 dengan budget yang agak ciput.Admin bukan gila adroid ataupun Apple tetapi admin mencari handphone yang mampu memberikan kualiti gambar setaraf kamaera digital dalam apa jua suasana.Setakat ini masih belum ketemui.Handphone yang mempunyai xenon flash susah dijumpai berbanding LED flash.Kenapa admin memilih handphone xenon flash kerana hanya xenon flash mempunyai keupayaan untuk memegun gambar bergerak dengan baik sekali atau mengambil gambar dalam keadaan gelap.Apa-apa pun laman Lazada mungkin tempatnya bagi admin untuk mencari budget phone idaman.



Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca