Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Hamil Anak Luar Nikah, Kepada Siapa Hendak Mengadu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pendedahan terhadap kes pembuangan bayi ini seolah-olah menggambarkan bahawa manusia sudah hilang sifat kemanusiaan. Semua ini berpunca daripada keruntuhan moral masyarakat di negara ini khususnya dalam kalangan generasi muda yang terjebak dalam pergaulan bebas sehingga melakukan hubungan seks luar nikah. 

Banyak pihak berpendapat bahawa generasi muda ini dipengaruhi gaya hidup bebas masyarakat Barat yang sering dipertontonkan di media massa mahupun Internet. Kebanyakan pasangan yang membuang bayi disebabkan mereka ingin menutup keaiban yang dilakukan sehingga melahirkan anak luar nikah.

Perbuatan anda pada hari ini sebenarnya telah mencorakkan kehidupan anda pada masa hadapan.Saya percaya tentu sekali setiap tahun anda sering kali mendengar kes-kes bayi yang tidak bersalah dibuang ke dalam tong sampah...bayi yang tidak berdosa diratah dengan lahapnya oleh anjing-anjing liar.

Jika Anda Kini Hamil Anak Luar Nikah

Sanggupkah anda membuat perkara yang begitu ‘kejam’ kepada darah daging anda sendiri? Sanggupkah anda menerima azab seksaan dari Allah SWT atas dosa perzinaan anda dan juga dosa membunuh?
Sanggupkah anda menghadapi ‘jemputan’ sakaratul maut ketika anda melahirkan anak luar nikah dalam tandas?

Anda masih belum terlambat. Masih ada lagi jalan penyelesaian untuk anda menghadapi masalah ini.Hadapilah dengan tabah dan penuh keinsafan dalam diri. Jangan hadapi semua ini dengan sendirian !!!
JANGAN SESEKALI MELAKUKAN PERKARA SEPERTI GAMBAR DI ATAS

Jika anda yang berusia 18 tahun ke atas dan kini mengandung luar nikah,  dapatkan khidmat nasihat atau tempat perlindungan.Sila hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat dengan kawasan anda.
Kakitangan JKM bukanlah HAKIM yang akan menjatuhkan hukuman terhadap apa yang berlaku. Pihak JKM akan membantu anda kerana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai sebuah rumah perlindungan khusus untuk Ibu Mengandung Anak Luar Nikah iaitu di Batu Gajah, Perak.
 
 

Petugas Gantung Bendera Maut Akibat Cedera Parah

LUNAS - Hasrat seorang pemuda berusia 21 tahun yang melakukan kerja sukarela menggantung bendera parti politik disokongnya bagi Pilihan Raya Umum  ke-13 (PRU13), berakhir dengan tragedi apabila mangsa terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 10.45 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Lunas menuju ke Batu 6 dan ketika kemalangan berlaku.

Menurutnya, kali ini merupakan PRU pertama bagi mangsa untuk menunaikan kewajipannya sebagai pengundi.

“Mangsa dipercayai ke Lunas untuk menghantar seorang rakan setelah selesai bermesyuarat tentang penugasan menggantung bendera parti politik disertai mereka. Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengelak lori muatan 10 tan yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh belakang sebelah kanan lori terlibat.

"Akibat rempuhan kuat, mangsa terperosok di bawah lori sebelum terhumban ke tepi jalan. Mangsa cedera parah di kepala maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurut Ghuzlan, lori terlibat ditahan sebelum dihantar ke Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) untuk menjalani pemeriksaan lanjut, selain kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengakibatkan kemalangan
maut.

Katanya jika sabit kesalahan, pemandu lori berkenaan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.

Katanya lagi, dari siasatan awal dijalankan, polis mendapati lori itu tidak diletakkan sebarang papan tanda kecemasan atau amaran selain menyalakan lampu kecemasan di belakang lori untuk memastikan pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka kerana kawasan itu gelap.

“Sepanjang bulan April, sembilan kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dilaporkan berlaku di Kulim. Saya menasihatkan kepada semua pemandu kenderaan berat supaya lebih bertanggungjawab ketika meletakkan kenderaan mereka.

"Sekiranya berlaku kerosakan, pemandu seharusnya meletakkan papan tanda amaran atau memasang lampu kecemasan untuk memastikan kenderaan lain dapat melihatnya. Kecuaian pemandu berbuat demikian boleh mengakibatkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu, pemandu lori terlibat ketika ditemui berkata, dia membawa muatan kain dari Kemunting ke Kulim, sebelum kira-kira jam 7 petang, lori yang dipandunya rosak dan diletakkan di tepi jalan berhampiran rumahnya.

Kira-kira jam 10.30 malam dia menerima panggilan telefon daripada adiknya menyatakan mangsa telah merempuh bahagian belakang lori.

Sinar Harian 27 Apr 2013

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca