Sasaran pemandu melebihi had laju |
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.
Anda memiliki kereta? Selalu berulang-alik dari tempat kerja? Pernah semak kereta anda kena saman had laju? Bagi sesiapa yang berasa dirinya pemandu yang berhemah yang mematuhi had laju yang dibenarkan di jalanraya biasa iaitu 90km sejam dan 110km sejam di highway.
Anda silap!!! Kalau ada kawasan yang had laju dibenarkan 60km sejam pun anda bantai bawa 90km sejam pun kena saman. Jadi di sini saya ingin berkongsi maklumat kalau sape-sape yang nak check saman senang aje. Semuanya dihujung jari aje.Setiap sms dikenakan 50 sen sahaja. Kira cukup murah berbanding kos hendak pergi ke balai polis terdekat untuk menyemak saman.

Semak Saman Trafik Dengan SMS
Ambil telefon bimbit anda dan taip SMS seperti dibawah untuk check atau semak saman trafik anda melalui SMS. Ikuti format dibawah.
POLIS SAMAN [jarak] No Kad Pengenalan
Hantar ke 32728.
Cara Periksa Semak Saman Nom Kenderaan
Ini pula cara periksa atau semak saman kenderaan seperti kereta atau motorsikal (bukan saman diri). Dimana kebiasaannya sangat berguna apabila ingin membeli kenderaan terpakai agar tiada masalah di kemudian hari. Ambil telefon bimbit anda dan taip SMS mengikut format dan cara dibawah.
POLIS SAMAN [jarak] Nombor Pendaftaran Kenderaan [jarak] SEMUA
Hantar ke 32728
Cara Semak Saman Trafik Melalui Email
Ini pula bagaimana result saman anda yang mungkin banyak akan di hantar secara online terus ke email anda untuk tujuan anda selanjutnya.
POLIS SAMAN [jarak] Nombor Pendaftaran Kenderaan [jarak] Alamat Email Anda
Hantar ke 32728.
Contoh saman yang dihantar ke email |
TQ...info yg berguna, baru shj semak saman..
ReplyDelete