Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan ilmiah yang berguna untuk semua.

Tuesday, September 22, 2015

Celcom Magic Sim Internet Burung Hantu tawar internet berkelajuan tinggi percuma dari 1 pagi hingga 7 pagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pek prabayar Magic Sim dari Celcom semakin menarik nampaknya. Khas untuk pelanggan setianya, Celcom telah mengumumkan satu lagi tawaran terbaru untuk pelanggan Magic Sim, yang dipanggil Internet Burung Hantu percuma.

Pelanggan Magic Sim kini boleh menggunakan internet secara percuma tanpa had kuota, dari jam 1pagi sehingga 7 pagi, iaitu waktu bila spesis burung hantu berjaga. Untuk mengaktifkan tawaran ini, pengguna perlu mendaftar mana-mana pelan data mingguan atau bulanan Magic Sim, dari serendah RM10.

Untuk pengetahuan anda, Pek permulaan prabayar Magic Sim adalah berharga RM5 datang siap dengan RM3 kredit dan 200MB internet pantas 4G LTE. Kadar panggilannya serendah 2.5sen/minit dalam talian yang sama, dan 10sen/minit ke talian lain. 

 

Untuk lebih maklumat, layari lamanweb Celcom MagicSim.

No comments:

Post a Comment

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Pages

SoraTemplates

Best Free and Premium Blogger Templates Provider.

Buy This Template