1.
Memberus gigi selepas tergelincir matahari.
Pendapat
paling sahih ialah harus bersiwak (gosok gigi) pada setiap waktu ketika
berpuasa sama ada sebelum gelincir matahari atau selepasnya. Mengenai pendapat
yang memakruhkan bersiwak selepas matahari tergelincir berdasarkan hadis yang
teramat dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Darulqutni.
Sedangkan nabi s.a.w bersabda: Maksudnya:
"Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali berwuduk untuk mengerjakan solat." ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)-
2. Merasa Makanan dengan lidah
Menurut fatwa para ulama kontemporari, perbuatan itu tidak membatalkan puasa selagi hadnya tidak sampai kepada halkum. Hukumnya makruh begitu juga masalah berkaitan penggunaan ubat gigi. Abbas r.a berkata: Maksudnya:
"Tidak mengapa seseorang yang merasai cuka atau apa sahaja dalam keadaan berpuasa selagi ia tidak memasuki halkum." (Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah)-
3.Berbekam
Apabila seseorang itu berbekam di
siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalah di bolehkan dan tidak membatalkan
puasa tersebut. Kerana Rasulullah s.a.w pernah berbekam ketika Baginda sedang
berpuasa.Sebagaimana hadis yang diriwayatkan
oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa" (Hadis riwayat Bukhari)
4.Berkumur secara berlebihan
Berkumur-kumur secara berlebihan hukumnya makruh sahaja dan tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.
Berdasarkan
hadith :
"Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa. ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)
5.Terlalu kerap mandi
Tiada masalah
untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis
yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu
subuh. Namun, hukum makruh bagi orang yang terlalu kerap mandi.
No comments:
Post a Comment