Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Khasiat Limau Mandarin dan Vitamin C


Limau mandarin cukup sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Rasanya sedap dan manis sekali. Pokoknya sederhana tinggi dan rendang dengan daunnya berwarna hijau pekat dan bunganya berwarna putih serta berbau wangi.
 
Biasanya limau mandarin berukuran 6-8cm bergantung kepada varieti. Terdapat banyak variasi termasuk tangerine, clementine, dancy dan satsuma.


Limau Tangerine dimana kulitnya mudah dikupas manakala tangor pula kacukan limau mandarin dan oren yang dikenali sebagai limau tokong dimana kulitnya nipis, mudah dikupas dan isinya pucat sedikit. Kebanyakan limau mandarin yang ditinkan adalah dari varieti Satsuma.

Khasiat yang ada di dalam limau mandarin, kandungan Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.

Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.

Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.

Limau mandarin menjadi simbol kekayaan bagi masyarakat Cina dimana dijadikan buah tangan ketika berziarah dalam perayaan Tahun Baru Cina. Ramuan utama dalam kosmetik dan penjagaan wajah terutama losyen jerawat.

11 Peringkat Perkembangan Pesakit Kencing Manis







Berikut adalah peringkat-peringkat perkembangan pesakit kencing manis.


Peringkat Pertama:
Darah Yang Pekat dan Gelap
Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap serta lekit. Seterusnya menghalang pengaliran darah yang lancar.


Peringkat Ke-2: 

Kerap Rasa Panas dan Dahaga

Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air ‘diserap’ keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel tersebut menjadi semakin lemah dan seterusnya menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.


Peringkat Ke-3: 
Kerap Rasa Letih dan Mengantuk
Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak mampu membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak pesakit tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, kualiti tidur pesakit akan turut terganggu. Walaupun mereka tidur 8 atau 9 jam satu hari tetapi masih pesakit masih berasa letih dan mengantuk, terutama pada waktu tengah hari dan petang.


Peringkat Ke-4: 
Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk.
Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu keseimbangan sistem hormon dan pengaliran darah badan pesakit serta menjejaskan nafsu seks mereka.


Peringkat Ke-5: 
Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas
Ini merupakan tanda bahawa sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan memperlahankan pengaliran darah. Akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.


Peringkat Ke-6: 
Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.
Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi akan menyekat bekalan oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel-sel kulit. Ia seterusnya akan mengakibatkan sel-sel kulit tersebut mula mati dengan cepat.



Peringkat Ke-7: 
Gangrene Bernanah Mula Muncul di Hujung Jari Kaki

Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung. Darah yang sampai di kawasan tersebut sudah pun kehilangan daya tolakan dan ditambah dengan, darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar. Maka, ini merupakan situasi yang cukup “sempurna” untuk pertumbuhan bakteria. Sel darah putih yang berfungsi untuk membunuh bakteria tidak dapat sampai ke kawasan tersebut dan bakteria ini boleh merebak dalam masa amat singkat…


Peringkat Ke-8: 
Jangkitan Gangrene Merebak Sehingga Menampakkan Tulang!

Akibat dari jangkitan bakteria yang tidak terkawal, maka jalan penyelesaian (sementara) adalah… Potong! Mula-mula tapak kaki pesakit akan dipotong terlebih dahulu. Jika jangkitan masih tidak terkawal, betis pesakit pula akan dipotong, dan seterusnya paha…


Peringkat Ke-9:
Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Pengaliran darah (yang pekat) akan menjejaskan kapilari yang terdapat pada mata. Maka, sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau… Buta.


Peringkat Ke-10: 
Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.


Buah pinggang pesakit akan menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah akibat menanggung penapisan glukosa yang banyak dan ia perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia daripada ubat-ubat yang telah dimakan oleh pesakit.




Peringkat Ke-11: 
Peringkat Terakhir?

Anda pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa pesakit kencing manis ini berakhir… Jadi seeloknya, amalkan lah pemakanan yang sihat..




Sumber :rawatankencingmanis.com

Punca-punca rantai motosikal berbunyi kuat

Punca-punca rantai berbunyi kuat antaranya:

a) Bukan kerana rantai tersebut besar atau berat tapi disebabkan keadaan rantai tersebut berdebu, kotor dan berkarat. Debu yang mengandungi pasir akan melekat dan masuk dicelah-celah rantai dan menyebabkan ia menjadi tegang dan mengeluarkan bunyi bising. Lagi satu spoket juga akan cepat haus dan poket pun haus juga.
Jadi kenalah rajin cuci rantai motosikal kita dengan menggunakan apa-apa berus tapi saya lebih suka gunakan berus gigi terpakai. Gunakan minyak tanah jangan minyak petrol atau sabun sebab O-ring akan cepat rosak. Lepas tu minyakkan semula rantai dan selesai masalah bising.

b) Masalah ke dua punca rantai bising disebabkan rantai terlalu tegang atau kendur. Kadang-kadang kita tak perasan semasa menegangkan rantai kedudukan tayar tidak sejajar. Pomen sendiri pun tak ambil kisah perkara-perkara remeh macam ni. Sebab kita sebagai pengguna perlu ambil tahu. Pastikan garis penanda sebelah kiri dan kanan lengan ayun sama. Lepas tu cuba meniarap (kalau boleh) di belakang motor dan perhatikan apakah tayar belakang sejajar dengan tayar depan dalam keadaan lurus.

Gunakan minyak SAE80 atau 90 untuk menyapu pada rantai motor pada setiap 500km perjalanan. Boleh guna berus gigi terpakai untuk tujuan itu. Atau ada duit lebih beli dalam bentuk spray dalam tin mudah nak dibawa berjalan jauh. Pantang! jangan gris atau WD-40 kerana gris akan menyebabkan debu mudah terlekat dan WD-40 cepat merosakkan O-ring rantai.

Sekian tips ringkas berkaitan penjagaan rantai motor u all 

Kredit - Wira DuniaMoto

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca