Berikut adalah peringkat-peringkat perkembangan pesakit kencing manis.
Peringkat Pertama:
Darah Yang Pekat dan Gelap
Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap serta lekit. Seterusnya menghalang pengaliran darah yang lancar.
Peringkat Ke-2:
Kerap Rasa Panas dan Dahaga
Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air ‘diserap’ keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel tersebut menjadi semakin lemah dan seterusnya menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.
Peringkat Ke-3:
Kerap Rasa Letih dan Mengantuk
Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak mampu membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak pesakit tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, kualiti tidur pesakit akan turut terganggu. Walaupun mereka tidur 8 atau 9 jam satu hari tetapi masih pesakit masih berasa letih dan mengantuk, terutama pada waktu tengah hari dan petang.
Peringkat Ke-4:
Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk.
Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu keseimbangan sistem hormon dan pengaliran darah badan pesakit serta menjejaskan nafsu seks mereka.
Peringkat Ke-5:
Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas
Ini merupakan tanda bahawa sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan memperlahankan pengaliran darah. Akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.
Peringkat Ke-6:
Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.
Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi akan menyekat bekalan oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel-sel kulit. Ia seterusnya akan mengakibatkan sel-sel kulit tersebut mula mati dengan cepat.
Peringkat Ke-7:
Gangrene Bernanah Mula Muncul di Hujung Jari Kaki
Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung. Darah yang sampai di kawasan tersebut sudah pun kehilangan daya tolakan dan ditambah dengan, darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar. Maka, ini merupakan situasi yang cukup “sempurna” untuk pertumbuhan bakteria. Sel darah putih yang berfungsi untuk membunuh bakteria tidak dapat sampai ke kawasan tersebut dan bakteria ini boleh merebak dalam masa amat singkat…
Peringkat Ke-8:
Jangkitan Gangrene Merebak Sehingga Menampakkan Tulang!
Akibat dari jangkitan bakteria yang tidak terkawal, maka jalan penyelesaian (sementara) adalah… Potong! Mula-mula tapak kaki pesakit akan dipotong terlebih dahulu. Jika jangkitan masih tidak terkawal, betis pesakit pula akan dipotong, dan seterusnya paha…
Peringkat Ke-9:
Penglihatan Menjadi Semakin Kabur
Pengaliran darah (yang pekat) akan menjejaskan kapilari yang terdapat pada mata. Maka, sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau… Buta.
Peringkat Ke-10:
Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Buah pinggang pesakit akan menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah akibat menanggung penapisan glukosa yang banyak dan ia perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia daripada ubat-ubat yang telah dimakan oleh pesakit.
Peringkat Ke-11:
Peringkat Terakhir?
Anda pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa pesakit kencing manis ini berakhir… Jadi seeloknya, amalkan lah pemakanan yang sihat..
Sumber :rawatankencingmanis.com
No comments:
Post a Comment