Dengan
perkembangan pesat tekologi kini serta persaingan yang hebat daripada
syarikat-syarikat telefon, kini para pengguna mempunyai banyak pilihan
bagi memiliki gajet ini. Bagi first user telefon smartphone ini mereka pasti keliru bagi membuat pilihan 'jenis' bagaimanakah smartphone berkamera yang harus mereka beli.
Ramai yang beranggapan bahawa semakin besar megapixel, semakin cantik gambar dapat dihasilkan. Sebenarnya hipotesis anda salah sama sekali! Megapixel sebenarnya merupakan saiz resolusi gambar yang membolehkan anda mencetak gambar tersebut sama ada besar atau kecil. Sebagai contoh 0.3 megapixel hanya mampu menghasilkan gambar bersaiz 640x480 pixels, manakala 8 megapixel membolehkan anda mendapat gambar bersaiz sehingga 3264x2448 pixels.Oleh yang demikian,handphone berkamera 5 mp adalah memadai.
Kebanyakkan pengeluar handphone cuba mencari alternative untuk menjadikan penggambaran handphone berkamera mereka menghasilkan penggambaran yang berkualiti. Antara pengeluar handphone yang menggunakan teknik itu ialah NOKIA dengan optic Carl Zeiss dan LG yang menggunakan Schneider-Kreuznach. Namun setakat ini,handphone berkamera terbaik setakat ini adalah menjadi milik Nokia menerusi :-
1. Nokia N82
2. Nokia N8
3. Nokia N808.
Anda juga perlu memastikan handphone yang anda ingin miliki mempunyai fungsi zoom yang baik. Ada 2 jenis zoom iaitu digital dan optical zoom. Namun begitu, hasil gambar yang menggunakan di zoom dengan optical zoom adalah lebih baik.
4. Fokus
Fungsi auto focus dan macro shot adalah penting untuk mendapat hasil gambar yang terbaik. Kini, terdapat juga teknologi auto focus yang menyokong focus jenis sentuhan dimana anda hanya perlu menyentuh mana-mana bahagian gambar dan kamera akan memfokus ia secara automatic.
5. Flash
Terdapat 3 jenis flash iaitu LED FLASH dan XENON FLASH. Diantara ketiga-tiga ini, XENON FLASH yang terbaik kerana ia turut digunakan di kamera-kamera biasa. Namun sejak kebelakangan ini pihak pengeluar handphone mengeluarkan kebanyakkannya jenis LED disebabkan factor kos murah dan meminima ketebalan handphone itu sendiri berbanding Xenon flash yang kos yang agak mahal dan menyebabkan saiz handphone agak tebal.Namun kekurangan yang ketaran bagi flash LED adalah ia tidak mampu memberi gambar kualiti terbaik pada waktu malam dan objek bergerak berbanding xenon flash.Jadi bagi mereka yang ingin handphone kamera terbaik factor flash adalah elemen yang penting yang perlu diberikan perhatian.
Ia berfungsi untuk memastikan tiada habuk atau debu yang terkumpul di permukaan kamera apabila ia tidak digunakan. Kebersihan permukaan lensa amat penting bagi memastikan hasil gambar tidak kabur. Terdapat dua jenis penutup lensa iaitu secara manual dan mechanical shutter.
No comments:
Post a Comment