Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Bahaya aluminium dalam anti-perspirant punca penyakit Alzheimer dan kanser payu dara

Kebanyakan deodoran adalah berasaskan alkohol. Alkohol pada asalnya merangsang pengeluaran peluh dan juga dapat memusnahkan bakteria. Bagaimanapun alkohol juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan ada kalanya menjadi radang kemerah-merahan. Selain itu, kebanyakan cecair deodoran memiliki sifat-sifat anti-perspiran, yang mana ia berupaya menghentikan atau mengurangkan pengeluaran peluh secara ketara.

Dengan yang demikian, ia mengurangkan lembapan yang diperlukan oleh bakteria. Bahan yang paling kerap digunakan sebagai agen anti-perspiran adalah aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium zirkonium. Anti-perspiran yang berasaskan aluminium ini akan bertindak balas dengan elektrolit yang ada dalam air peluh, membentuk gel plugs dalam 'sweat glands ducts'. Gel plugs tersebut akan menghalang 'sweat glands ducts' dari mengeluarkan cairan peluhnya. Bagaimanapun ia akhirnya akan dikeluarkan juga melalui pertukaran sel-sel kulit.

Penemuan terakhir telah menunjukkan bahawa aluminium adalah bersifat 'poisonous neurotoxin', yang boleh terkumpul di dalam tubuh. Ia didapati boleh menyebabkan pemendakan amyloid proteins yang menjadi punca kekusutan sel-sel otak dalam kebanyakan kes 'dementia'. Hasil dari kajian tersebut juga mereka menemukan bukti bahawa paras aluminium fluorida serendah 1ppm, boleh menyebabkan kesan buruk terhadap perkembangan otak. Aluminium yang bersifat ‘poisonous neurotoxin’ berpotensi merubah fungsi ‘blood brain barrier’, dan ia adalah salah satu unsur yang tidak ada fungsi dan manfaat terhadap sel-sel hidup.

Tidak menghairankan bahawa penggunaan aluminium dalam anti-perspiran dikatakan mempunyai hubung kait dengan ‘systemic accumulation of aluminium’ , punca meningkatnya risiko  penyakit Alzheimer.

Telah ditemukan juga melalui satu kajian yang dilakukan pada tahun 2004 oleh Dr Kris McGrath, seorang ahli alergi Chicago yang mendakwa telah menemui hubungan antara antiperspiran, mencukur ketiak dan kanser. Beliau percaya bahan penyebab yang terdapat di dalam antiperspiran adalah racun dalam garam aluminium seperti aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium  zirkonium.  Beliau mengatakan, walaupun bahan-bahan tersebut biasanya tidak menembusi kulit dan tidak menimbulkan masalah, namun dengan mencukur boleh mengakibatkan perkara yang sebaliknya terhadap kulit. Perlakuan mencukur sebenarnya, mengganggu kulit seumpama membuka pintu untuk kemasukan bahan-bahan berkenaan, kerana tepat di bawah kulit terdapat sistem lymphatic, yang bersambung dengan payudara.

Dalam kajian tersebut, lebih dari 400 pengidap kanser payudara di Chicago memperakui bahawa mereka biasa menggunakan antiperspirans dan mencukur ketiak. Beliau mendapati bahawa wanita yang melakukan pencukuran ketiak yang kerap mengalami serangan kanser payudara 22 tahun lebih awal dari yang tidak melakukannya.

Terakhir para penyelidik British, telah menemui juga jejak bahan kimia lain yang disebut paraben, digunakan sebagai pengawet dalam deodoran, pada rangkaian yang diambil dari wanita yang mengidap kanser payudara. Mereka juga telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam Journal of Toxicology yang memberikan pandangan kemungkinan bahan kosmetik yang digunapakai pada ketiak menjadi antara faktor penyebab kanser payudara. Walaupun tidak jelas bagaimana berlaku mekanisma yang diajukan, tapi yang pasti adalah lebih selamat untuk mengelakkan semua antiperspiran dan deodoran, yang mengandungi bahan-bahan tersebut demi keselamatan.

Sumber- Bioasli

Bahaya memakai ubat ketiak jenis anti-perspirant,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda pernah menggunakan ubat ketiak ataupun dikenali Deodoran.Ia adalah produk penjagaan kebersihan, yang biasa digunakan dan mudah didapati hampir dalam setiap rumah. Boleh didapati dalam berbagai bentuk, samada pepejal, cecair, ataupun serbuk. 

Digunakan terutamanya di bawah ketiak, bagi menghilangkan bau badan yang berpunca dari aktiviti penguraian bakteria terhadap peluh. Bakteria berkenaan 'memakan' peluh dari apocrine glands, sel-sel kulit mati dan sel-sel bulu roma, lalu mengeluarkan asid 3-methyl-2-hexenoic.

 Apa itu Antiperspiran?

Kebanyakan orang berfikir bahawa antiperspiran dan deodoran adalah sama. Hakikatnya keduanya adalah produk yang sangat berbeza. Perbezaan terletak pada mekanisma fungsi produk ini dan potensinya mempengaruhi kesihatan. Pada dasarnya kedua-duanya merupakan bahan kimia yang menggunakan proses yang berbeza untuk mengurangkan bau badan. Sebahagian bahan tertentu dalam produk berkenaan dikatakan tidak baik untuk kesihatan. Walaubagaimanapun deodoran sering disebut sebagai alternatif yang lebih baik daripada kebanyakan antiperspiran.

Antiperspiran, selain mengandungi bahan wangian, ia juga mengandungi sebatian kimia yang berfungsi menyumbat, menutup atau menghalang pori-pori liang roma dengan astringents kuat seperti garam aluminium klorida, aluminium klorohidrat dan aluminium zirkonium sehingga peluh tidak dapat dilepaskan.

Apa itu Deodoran biasa ?

Sementara deodoran biasa berfungsi dengan meneutralkan bau keringat dan dengan bertindak sebagai antiseptik yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak. Deodoran tidak menghalang keringat, tetapi mencegah bau.Ramai yang mempunyai persepsi yang salah tentang deodoran, iaitu dengan beranggapan bahawa ia hanya bahan beraroma yang menutupi bau badan. 


Oleh itu mereka lebih cenderung untuk memilih antiperspiran, yang mereka anggap berfungsi menghilangkan bau, berbanding deodoran yang pada anggapan mereka hanya menutupi bau.

Kesimpulannya deodoran adalah lebih baik kerana ia tidak mengganggu proses perpeluhan, proses pendinginan tubuh semulajadi.Kumpulan-kumpulan persatuan pengguna serata dunia kini terus menyuarakan keprihatinan atas alasan keselamatan dan kesihatan awam yang berhubung kait dengan produk kecantikan dan tidak terkecuali deodoran dan antiperspiran. Beberapa kajian menunjukkan potensi risiko kesihatan yang berkaitan dengan sebatian aluminium ditemui di dalam kebanyakan antiperspiran. Kajian yang serupa juga telah menemukan risiko yang mungkin disebabkan oleh paraben di dalam beberapa deodoran. Kedua-duanya telah dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik, termasuk kanser payudara.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca