Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Info Cara Bermain Game Clash Royale

Clash Royale merupakan permainan terbaru dari playstore, telah hadir permainan menarik yang mempunyai jenis permainan seperti Clash of Clans. dibangunkan  oleh developer Supercell iaitu developer Clash Of Clan.

 Oleh kerana ianya merupakan game baru, ada banyak di luar sana ingin tahu bagaimana cara nak main Clash Royale ini. Sebelum itu, mari lihat dulu mengenai menu serta beberapa item game ini.


Arena
Arena adalah medan perang di mana Anda dan lawan Anda bertarung untuk dapat piala dan kemenangan. Ketika ini medan perang ada 6 Arena yang berbeza: Stadium Goblin, Bone Pit, Barbarian Bowl, PEKKAs Playhouse, Eja Lembah dan Royal Arena. Dalam game ini terdapat juga  Camp latihan berfungsi tempat latihaan sebelum bermain di medan sebenar.
 

Battle Deck
Battle Deck adalah mengandungi 8 karektor yang akan berperang bersama anda.Anda boleh menukar karektor mengikut keperluan berdasarkan Card Collection yang anda ada. Jadi anda kena pilih kad  yang kuat untuk berperang bersama anda. Pilihan  kad ini penting.Salah pilih kad.Anda akan kalah dengan mudah.


 

Piala
Jumlah piala menang atau kalah didasarkan pada perbedaan antara Anda dan musuh piala Anda. Secara umum, jika Anda menang melawan pemain yang memiliki lebih piala dari Anda, Anda akan dihargai dengan lebih piala.
 

Sudden Death
Ketika sesi perperangan anda dan lawan dalam keadaan seri, Anda dan lawan Anda diberi masa tambahan sehingga ada bangunan yang hancur selepas itu, dialah pemenangnya.


Camp Training
Camp Training dapat melatih kemampuan Anda sebelum menghadapi pemain nyata dalam multiplayer. Harap dicatat: Anda tidak bisa menang / kalah piala, atau mendapatkan segala jenis sumber daya / pengalaman dari Training Camp pertempuran.

Sudah terjebak game Clash Royale dan Jom join Clan Kedah Sempoi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bila dah jemu dengan Clash Of Clan tandanya apa?Hehehehe.Ya tandanya orag itu sudah meminati yang lain.Mungkin kebetulan ramai gamer Clash Of Clan sudah beralih dengan Clash Royale iaitu game yang sama menggunakan waktak dalam Clash Of Clan tetapi cara pertandingan yang sedikit berbeza 

Pada awal Januari lalu, Supercell developer kepada game Clash of Clan telah mengumumkan game baru yang disebut Clash Royale. Ianya bukanlah Clash of Clans 2, walaupun ada beberapa yang sama tapi game ini sama sekali berbeda. Setelah kejayaan dengan game Clash of Clans-nya, para developer Supercell mencipta game Clash Royale dengan lebih baik. Secara kasar game Clash Royale terlihat mirip dengan COC, dan masih merupakan game strategi yang memiliki banyak kesamaan troops, karakter, elixir, gems, mortar dan banyak lagi.

Namun, Clash Royale adalah game startegi berasaskan pengumpulan kad. Mirip dengan Hearthstone atau Card Wars dengan ada Liga kecil dicampur didalamnya. Walaubagaimanapun game Clash of Clans masih di antara game terbaik dan paling popular namun game Clash Royale mampu mencuri pemain mereka dalam beberapa bulan mendatang termasuk admin.



Dalam game ini admin join clan Kedah Sempoi yang mana ahli-ahlinya adalah ahli dari clan Kedah Sempoi Clash Of Clan.Banyak juga yang terjebak dalam game Clash Royale ni. Admin masih lagi tahap beginner...jadi banyak kad-kad yang belum dibuka.Admin masih lagi mengharapkan Free Chest dan Crown Chest dapat membuka dan beri kad Rare atau Epic.Dengan trophy 800 ni, memang susah sikit nak menang game Battle sebab pihak lawan lagi hebat.Dalam game ini kita boleh lawan sesama ahli.Ini yang syok nih.Hahahaha...

Jom main.Hahahaha !!!  

Aku sudah Bosan dengan Clash Of Clan setelah 2 tahun bermain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah hampir 2 tahun bermain game Clash of Clan.Siang dan malam berusaha mendapatkan tropi paling tinggi dan berjuang bersama-sama member clan Kedah Sempoi.Boleh dikatakan sepanjang 2 tahun bersama Clash Of Clan ini,ahli clan Kedah Sempoi sering bertukar ganti. 

Ada yang berhijrah ke clan yang lain malah ada yang sekadar mencari pengalaman dan kekuatan sehingga menubuhkan clan sendiri.Masa kegemilangan dulu clan Kedah Sempoi sentiasa penuh dan kini jumlah ahli tidak sampai belasan orang.Leader clan lebih suka berprinsip biar sedikit ahli tetapi berkualiti.

Bagi admin untuk menubuhkan clan sendiri bukan fokus utama admin kerana game ini hanya sekadar hobi.Untuk menjadi ketua clan perlu ada fokus pada game semata-mata dan sentiasa online pada game bagi memastikan ahli-ahli mendapat bantuan dan memperbaiki tripi masing-masing.

Tunjuk ajar dan nasihat juga diberikan bagi ahli yang masih baru dalam game tersebut.Walaupun admin pada asalnya berjawatan Elder kemudian dinaik pangkat menjadi orang kepercayaan Leader dan kini kembali menjadi Elder adalah satu lumrah.Bagi orang yang kejar pangkat dalam Clan jika situasi ini berlaku mungkin dah cabut lari ke clan lain.Admin masih setia dan sekali sekala akan buka game sekadar kutip syiling emas dan elixir sahaja.Game ini sudah sampai tahap tepunya...Admin dah tak larat untuk meneruskan permainan ini.

Pencapaian tertinggi admin dalam game ini adalah Lever 94 dan kedudukan trophy semasa adalah 1865.Mungkin salah satu penyebab admin jemu kerana upgrade lever amat tinggi iaitu jutaan diperlukan.Untuk dapatkan jumlah sebanyak itu memakan masa yang lama. Kesudahannya,itulah level yang termampu admin capai.Masa untuk berehat Clash Of Clan....



Petua elakkan bunga tayar kereta tidak rata,angin tayar kurang,tayar cepat rosak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahukah anda bahawa tekanan angin kenderaan anda tidak cukup atau sesuai dengan tayar kenderaan anda akan mendedahkan anda dengan kemalangan dan juga merabak wang poket anda.Semua sedia maklum bahawa harga tayar kenderaan bukannya murah.Sebiji tayar kenderaan saiz 15 inci dalam RM 150 ke atas.Kebiasaanya tayar baru bertahan minima selama 2 tahun sebelum diganti dengan yang baru.

Apa perasan anda jika anda perlu beli tayar baru walaupun tak sampai setahun pakai disebabkan permukaan tayar tidak rata dan makan dalam. Ianya antara kesan daripada masalah kekurangan tekanan angin kenderaan adalah :
1.    Stereng jadi berat dan ketat tambah-tambah lagi bila nak parking atau jika menelusuri jalan yang berselekoh.


2.    Tayar yang bergerak di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu dan pengurangan kemampuan membawa beban akibat lenturan dinding sisi yang berlebihan.


3.    Sudah tentu ianya mempercepatkan jangka hayat tayar anda. Tayar akan mudah rosak dan tidak seimbang.


4.    Menyebabkan penggunaan petrol bertambah dan sudah tentu menambah beban perbelajaan wang.


Masalah tayar selesai sekiranya tekanan anginnya mencukupi dan sentiasa dijaga dengan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.


Bila buat pemeriksaan tayar anda kena ke stesen minyak dan gunakan pam angin dengan setting tertentu megikut jenis tayar kenderaan anda memastikan keadaan angin tayar kenderaan dalam keadaan seimbang.Kadangkala pemeriksaan ini menyusahkan.

Bagaimana admin atasi masalah di atas iailah dengan pasang penutup tiub tayar yang memantau jumlah angin tayar kenderaan.Kalau angin tayar cukup,signal tiub menjadi warna hijau manakala kalau signal merah bermakna tayar anda kekurangan angin.Mudah bukan.

Nak tahu rupa tiub tersebut? Lihat post admin yang terdahulu. 

Mulai Jun 2016 isi rumah gagal asing sisa sampah di kompaun RM1,000

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya admin masih blur dan kurang pendedahan maklumat tentang pelaksanaan pengasingan sisa pepejal.Selama ini sampah rumah admin dimasukkan dalam satu plastik hitam sahaja (botol, plastil, kertas dan sisa makanan).

Nampaknya admin kena berubah sikap untuk belajar membuat pengasingan sampah sebelum diambil oleh lori sampah Majlis tempatan.Walaupun dimaklumkan bahawa hanya 7 negeri sahaja yang terlibat dengan Peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) iaitu  isi rumah di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta enam negeri iaitu Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah perlu mengasingkan sisa pepejal mereka.Namun pelaksanaan bagi seluruh negeri admin tidak pasti.Walaubagaimanapun admin yang tinggal di negeri Perak sepatutmya mula melatih diri dalam mengasingkan sampah pepejal seperti yang disarankan.



Menurut laporan dari BERNAMA, Kerajaan sedang dalam peringkat akhir untuk menentukan kadar kompaun terhadap isi rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal mereka dari punca mulai 1 Jun ini.Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Sadique berkata, bagi rumah atas tanah kompaun yang dicadangkan ialah RM50 bagi kesalahan kali pertama, RM100 bagi kesalahan kali kedua dan RM500 bagi kesalahan kali ketiga.

Bagi kediaman bukan atas tanah (non landed property), cadangan kompaun adalah RM100 bagi kesalahan pertama, RM200 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan kali ketiga.

"Bagi kesalahan kali keempat dan seterusnya, kami akan bawa mereka ke mahkamah dan denda maksimum ialah RM1,000," katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2015) 2016 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Akta 672 yang memandatorikan isi rumah mengasingkan sisa pepejal dari punca (rumah) berkuat kuasa sejak September lepas, namun kerajaan memberikan ruang masa sehingga 1 Jun ini untuk melaksanakan tindakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan itu. - Bernama


 

Tire Pressure Monitoring :pantau tekanan angin tayar automatik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lepas ini anda tak perlu risau status angin tayar kereta anda sama ada cukup angin atau tidak kerana ada alat khas dicipta untuk memantau angin tayar kereta anda setiap masa.Selalunya segelintir wanita cukup takut nak pam angin tayar di stesen minyak malah mengabai aspek penting dalam keselamatan pemanduan kereta.

Suatu kebiasaaan kita jarang menyemak tekanan angin sama ada mencukupi atau tidak sebelum memandu.Kesan kekurangan angin akan menyebabkan kehausan pada permukaan sisi tayar. Dalam tempoh yang lebih lama, ia pasti menyebabkan kerosakan lebih teruk hingga terpaksa digantikan dengan tayar baru.

Bagi sesiapa yang malas nak check angin tayar dalam keadaan seimbang selok-eloknya patut ada alat ini.Ianya dikenali Tire Pressure Monitoring.Berfungsi sebagai alat pemantau bagi status angin tayar kereta anda.



Cukup mudah pemasangannya,hanya pasang seperti gambar diatas menggantikan penutup tiub tayar anda.Sekiranya angin tayar anda seimbang maka warna hijau akan kelihatan dan jika angin tayar anda kurang  maka warna merah akan muncul.Anda hanya perlu tambah angin tanya sehingga warna merah bertukar menjadi hijau.

Setakat ini admin puas hati fungsi alat ini kerana memudahkan admin memantau keadaan angin tayar. Alat ini berharga tidak sampai RM 20 bagi 4 unit.Mungkin kelemahannya ianya mudah dicuri orang sama seperti nut tiub keluli yang seringkali menjadi tumpuan terutama budak-budak bikers.Anda boleh dapat beli set pemantau angin tayar ini di lelong.com.my dan lazada.com.my.

Selamat mencuba.

Sedapnya Mee Gulong di Kafeteria Hospital Perdana Kota Bharu

Assalamualaikum dan Salam Sejatera.

Baru-baru ini admin berkesempatan mendapatkan rawatan di Hospital Perdana Di Kota Bharu.Di hospital tersebut ada sebuah kafeteria di tingkat bawah yang menyediakan makanan berlauk dan makanan bergoreng.Makanan yang dijual adalah dari menu tempatan hingga ke menu western.

Salah satu menu yang menarik perhatian admin semasa di sana yang takkan admin lupakan. Admin ingin berkongsi satu menu makanan yang agak sedap itu adalah Mee Gulong. Secara spontan admin boleh gambarkan baha sejenis menu mengandungi mee yang digulung. 

Tetapi setelah admin mencuba dan dihidangi mee gulong ini,admin agak terkejut denagn rupanya.Inilah pertama kali admin berjumpa dengan mee gulong.Ianya adalah Mee goreng yang dibungkus oleg telur dadar dan dibanjiri dengan kuah lada hitam. Perghhhh...bila admin makan..terangkat habis.

 


Bagi sesiapa yang ingin mencuba mee gulong ini.Silalah mendaftar di Hospital Perdana Kota Bharu.Hahahaha..gurau saja..
 

Cara Atasi masalah WIFI ‘Limited Acess or No Connectivity’ pada Window 7

Bagi pengguna komputer, ada kala anda menghadapi masalah connection internet apabila muncul melihat pemberitahuan pop-up ini dalam taskbar sistem di sudut kanan bawah skrin komputer. Pemberitahuan ini muncul dengan tanda seru segi tiga kuning yang terdapat pada ikon sambungan rangkaian dalam taskbar sistem. Juga, teks pemberitahuan 'Limited or No Connectivity' boleh dilihat dalam Windows XP atau lebih awal versi Microsoft Windows.

Dalam Windows 7 dan Windows 8, tanda seru dalam segi tiga kuning adalah sama tetapi teks pemberitahuan itu adalah 'Tiada Akses Internet' dan ia dipaparkan hanya apabila penunjuk tetikus berlegar ke ikon rangkaian di taskbar sistem.

Pemberitahuan 'Limited or No Connectivity' atau mana-mana teks lain seperti bermakna komputer disambungkan ke rangkaian tetapi ia tidak dapat disambungkan ke Internet.


LANGKAH ATASI MASALAH LIMITED ACCESS WIFI

Pertama-tama, buka Control Panel (dari menu Start -> Control Panel) kemudian pilih Network and Internet, lalu Network and Sharing Center.

Kemudian klik pada Change adapter settings.

Kemudian klik kanan pada koneksi internet yang Anda gunakan, dan pilih Properties. Selanjutnya pilih Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) dan klik Properties.



Setelah itu ubah seting DNS-nya menjadi 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 dan klik OK.




Sepatutnya masalah limited access ini selesai.  

Selamat mencuba.

Zaquan,Qistina,Balqis,Najwa,Haikal dan Batrisha adalah nama – nama yang sering diganggu Jin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya memang enak didengar dan disebutkan tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang berarti ‘bersetubuh’. Jadi hindarilah memberi nama anak dengan nama-nama tersebut. Satu pandangan Ustaz Sharhan iaitu pengamal perubatan Islam di Malaysia, memaklumkan lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat dengan beliau yang sering kali terkena penyakit misteri adalah bernama seperti nama di bawah ini. Berikut nama-nama yang sering digunakan yang ternyata merupakan nama-nama yang digunakan di kalangan kaum Jin:

1. Zaqwan/Zaquan
2. Qistina/Kistina
3. Balqis
4. Najwa
5. Haikal/Haiqal
6. Badrisha/Badlisha/Herisha


Dalam satu ceramah Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan bahawa memang tidak ada dalam Al-Quran nama -nama tersebut, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) beliau lebih tahu kerana beliau adalah orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam. 

Walaubagaimanapun ramai masyarakat moden masakini seolah-olah tidak percaya dakwaan ini malah mempertikai dakwaan ini kerana tiada disebut dalam Al-Quran dan Hadis  tentang nama-nama anak jin tersebut malah ada yang mempertikai kreabiliti Ustaz Sharhan ini.
  Namun bagi admin, pandangan beliau selaku pengamal perubatan islam adalah satu pandangan yang jujur. Sekiranya ada pemilik nama-nama dia atas tidak mengalami masalah penyakit misteri semasa menjalani kehidupannya maka syukur alhamdulillah maka teruskanlah kehidupan dengan nama tersebut.Namun sebaliknya jika ada bayi/kanak-kanak yang diberikan nama seperti di atas menunjukkan tanda-tanda misteri maka sewajarnya mendapatkan rawatan islam.
 
Kesimpulannya adalah tidak salah jika anda bertekad juga hendak menamakan anak-anak anda dengan nama-nama di atas keranai adalah tidak wajib percaya nama seperti di atas tidak baik, namun tak salah jika kita mengambil kira pandangan seorang pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan penyakit misteri.Wallahua’lam

Dalam Kenangan : Komposer Datuk Adnan Abu Hassan 1959 - 2016

Dalam Kenangan : Dalam keadaan pasaran lagu tempatan dilambakkan dengan lagu-lagu yang tidak berkualiti dari segi penulisan lirik. Kehilangan komposer Adnan amat dirasai admin lebih-lebih lagi admin suka dengan lagu ciptaan beliau pada era 90 an awal tahun 2000. 

Malaysia sememangnya kehilangan sebutir permata di arena muzik tanahair.Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi di Hospital Selayang, di sini. Adnan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan tengah malam semalam kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Jenazah Adnan telah disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.Keadaan kesihatan komposer yang pernah mencipta kegemilangan pada era 1980-an hingga awal dekad 2000 itu mula diperkatakan apabila dirinya dilihat lemah ketika muncul pada Anugerah MeleTOP, dua tahun lalu untuk memberi penghormatan kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

Adnan bin Abu Hassan dilahirkan pada 6 Januari 1959) merupakan seorang penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik yang sangat berpengaruh di Malaysia. Beliau juga mempunyai dua orang adik iaitu Azlan Abu Hassan dan Azman Abu Hassan. Sebagai penerbit rakaman, beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid, dan "Janji Manismu" nyanyian Aishah . Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya "Bunga-bunga Cinta", "Camar Yang Pulang" dan "Di Persimpangan Dilema"

Sumbangan besarnya dalam industri hiburan melayakkan Adnan menerima pengiktirafan Anugerah Wirama pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 pada tahun 2010.


Al- Fatihah

Cara buang virus malware iklan popup / program spam yang bersarang dalam komputer anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jika pop-up iklan mula muncul pada setiap sesi surfing menggunakan seperti browser Mozila anda.  Admin yakin bahawa iklan tentang Name, ViewPassword, Offers4U, Jollywallet, Superfish atau adware lainnya, menjangkiti browser anda  atau program yang tidak diinginkan bersembunyi di latar belakang sistem anda dan menyebabkan iklan tersebut muncul dengan banyaknya dan mengganggu  pada saat anda surfing.

Hati-hati bahwa program tersebut dengan mudah menjangkiti setiap web browser (Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari, Opera, dll) sebab mereka yang kompatibel dengan masing-masing web browser. 

Jika Anda telah melihat iklan pop-up mengganggu yang muncul pada setiap browser web Anda tanpa henti.Munculnya iklan secara mendadak  pada web browser  dengan banyaknya adalah salah satu tanda yang paling jelas yang menunjukkan bahwa komputer Anda telah dipengaruhi oleh adware atau Program sejenisnya yang mungkin tidak diinginkan.Oleh yang demikian, Anda perlu menyelamatkan komputer anda dengan anti-spyware terkemuka.Tidak kira sama ada berbayar atau free version asalkan dapat membuang segala malware yang menjangkiti komputer anda.




Satu program yang berkesan untuk membuang malware adalah program UnHack Me.Apa yang best tentang program ini adalah ianya memberi 30 hari percubaan kepada pengguna.

Selamat mencuba. 




Bukti Income pengiklanan blog dari Mobicow bagi tahun 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. rezeki yang tidak disangka sangka.Tiba-tiba sahaja dapat email dari Mobicow bahawa bayaran komisen Mobicow dah masuk dalam akaun PayPal. Memang sangat mudah buat duit dengan Mobicow ni. Rugi siapa tak guna Mobicow. Cuma berapa banyak boleh dapat tu bergantung pada trafik blog kita juga, iaitu trafik melalui mobile sebab Mobicow ni program pengiklanan untuk mobile (smartphone).

http://www.mobicow.com/referral/publisher?ref=9412


Pihak Mobicow berbsar hati menyerahkan komisyen dari blog saya yang tak seberapa ini. Yang pastinya USD 31.47 sudah cukup memuaskan hati. Tak sangka jika sebelum ini saya join Nuffnang,komisyen tidak seberapa tetapi bolehlah.Tapi dengan join Mobicow pada bulan 8 2015. Saya sudah dapat income pertama saya pada bulan Mac 2016.

Ini menunjukkan masyarakat sekarang surfing internet melalui smartphone sudah ramai berbanding 5 tahun dahulu. Maka inilah peluang anda yang mempunyai blog untuk menjana pendapatan sampingan.

Jom Join Mobicow.

Tutorial Cara Daftar Mobicow, Tambah Blog dan paste script Mobicow kat HTML Blog anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin  akan terangkan serba sedikit untuk memudahkan anda untuk proses mendaftar dengan Mobicow.

  1. Mula-mula buka laman web Mobicow
  2. Kemudian anda klik Sign Up di bahagian bawah sekali.
  3. Isikan nama, kata laluan, pengesahan kata laluan dan alamat emel sebenar anda.
  4. Tunggu pengesahan dari Mobicow melalui emel anda daftarkan tadi.
  5. Buka emel tersebut dan copy paste link pengesahan yang disertakan dalam emel tersebut ke address bar pelayan internet anda. Tekan Enter.Pengesahan telah selesai.
  6. Login balik website Mobicow. Masukkan username dan password anda di ruang yang tersedia paling atas.
  7.  Kemudian isikan semua maklumat yang diperlukan seperti nama,alamat, no telefon, dan alamat emel untuk pembayaran melalui Paypal. 
 Pendaftaran anda telah selesai.Tahniah !!!


Bagaimana Tambah blog/website dalam akaun Mobicow

Login masuk akaun anda. Masukkan email dan kata laluan.
Klik bahagian Publisher. Seperti gambar di bawah ini. 



Kemudian anda klik Add Sites/ App dan kemudian klik add sites seperti gambar di bawah. Kemudian anda isi maklumat blog anda dan klik add.




Kemudian anda tunggu email dari pihak Mobicow bagi kelulusan blog anda.


Langkah seterusnya.. Dapatkan Kod Publishers Mobicow 

Login masuk akaun anda. Masukkan email dan kata laluan.
Klik bahagian Publisher. Sekiranya blog anda telah diluluskan anda akan lihat maklumat blog anda seperti di bawah ini.


Kemuadian anda  anda tick  dalam seperti di bawah ini.

 Dan anda klik Generate Ad Code 


Anda copy script dan paste di blog anda sebelum
.Macam mana caranya?

Anda login blog anda.

Klik pada Template. Klik pada Edit HTML

Anda copy script Mobicow dan paste pada bahagian yang diarahkan.Gambar adalah seperti di bawah.



Selesai sudah tugas anda. 

Selamat Mencuba. 

Jana pendapatan dari blog anda dengan Mobicow iaitu program pengiklanan melalui smartphone



Apa itu Mobicow ? Mobicow adalah satu pengiklanan yang menawarkan pendapatan sampingan kepada blogger yang menyertainya. Ianya amat mudah, berkesan dan paling cepat untuk menjana wang melalui blog anda.

Ia merupakan satu program yang membayar publisher berdasarkan eCPM. Secara ringkasnya model eCPM ini akan membayar publisher bagi setiap 1000 impresi.Kadar eCPM adalah antara USD 0.29 hingga USD 10 bergantung kepada lokasi. Kadar eCPM bagi Malaysia adalah antara USD 1.09 hingga USD 1.94. Pembayaran Pembayaran akan dilakukan melalui PayPal dan minimum pembayaran ialah USD5.00. Tempoh pembayaran ialah dalam masa 30 hari.


Kini anda sebagai blogger sepenuh masa atau apa sahaja boleh menjana pendapatan dari Mobicow. Anda tidak perlu risau untuk buat duit dengan Mobicow kerana ia tidak mengganggu iklan sedia ada yang mensasarkan pengguna PC, netbook atau laptop. Iklan Mobicow ini khusus kepada pengguna telefon pintar yang melayari blog anda. 

Oleh itu ia boleh digunakan bersama dengan iklan lain seperti Adsense, Nuffnang dan lain-lain.Dengan Mobico anda hanya perlu daftar dan biarkan sahaja. Bila cukup duit nanti pihak Mobicow akan hantar komisyen terus ke Paypal anda.

Klik link ini untuk daftar





Puas Hati menginap di Hotel Wess Inn Taiping dengan kadar serendah RM 58 semalam

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Admin berkesempatan menginap di sebuat hotel budget di Kamunting berdekatan dengan Tesco taiping dan Aeon Taiping dan  tidak jauh dengan Tune Hotel atas sebab urusan rasmi selama 3 hari.

Macamana admin boleh menginap di hotel ini ? Kebiasaanya admin akan cuba tempah hotel melalui Agoda,Booking.com dan Trivago namun hasil carian kadar harga hotel yang ditawarkan agak mahal bagi kawasan Taiping. Paling murah dalam RM 40 semalam tetapi admin rasa tak selesa sebab katil tilam jenis tingkat dan jenis berkongsi penginap yang lain dalam satu bilik.(4 orang satu bilik)

Admin google dalam internet dan menjumpai Hotel Wess Inn Taiping yang menawarkan kadar semalam yang agak berpatutan dengan kemudahan yang disediakan.Admin menginap dua malam di situ.Hari pertama admin kena bayar RM 100 bagi harga bilik starndar katil kelamin (harga bilik RM 68 + RM 32 (deposit) ). Hari kedua admin bayar RM 58 sahaja bagi harga bilik.

http://dattayamuthiah.blogspot.my/2012/08/new-hotels-in-taiping.html


Keadaan bilik agak luas dan mempunyai tingkap.Bilik hawa dingin dan mempunyai pancutan mandian air panas.Ada sabun mandi disediakan,tuala  dan 2 botol air minuman juga disediakan. Admin dapat bilik ditingkat satu dan terpaksa menaiki tangga.Tiada perkhidmatan lif disediakan.Parking pun juga disediakan.Kaunter hotel ada seorang petugas kaunter yang akan melayani keperluan anda. Apa apa keperluan barang lain admin boleh dapatkan di stesen minyak di sebelah hotel sahaja ataupun anda boleh berjalan kaki tidak sampai 100 meter ke Tesco Taiping.

Keseluruhan admin puas hati dengan layanan pihak hotel.Sekiranya anda ingin berjalan jalan di Taiping sebagai pelancong, hotel ini saya syurkan kepada anda bagi yang mempunyai budget yang kecil untuk penginapan.


Rasa serik sudah nak beli kat Guardian Malaysia Online shop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ingat tak post admin pasal beli barang online dari Guardian Online. Gara gara kerana sabun ketul Lifebuoy Clinic Care 10 yang menyebabkan admin sanggup mencari sejauh 200km hanya kerana ingin mendapatkan sabun ini di Guardian. 

Malangnya nasib admin kerana tinggal bukan di bandar besar tetapi agak terceruk di pendalaman.Jadi nak dapatkan sabun ini agak sukar kerana Guardian di bandar admin kedainya berskala kecil dan hanya jual jenis cecair sahaja.Itulah sebab admin ambil keputusan untuk membeli secara online memandangkan Guardian menyediakan perkhidmatan pembelian secara online.

Namun apa yang admin simpulkan bahawa langit tidak selalunya cerah. Tidak seperti pembelian admin secara online sebelumini seperti Lazada,Zalora,Lelong.com.my di mana rekod penghantaran barang adalah sangat memuaskan dan maklumbalas dari penjual sentiasa ada. Inilah pertama kali membeli di Guardian online.Selepas ini memang admin seperti trauma nak beli di Guardian Online lagi.



Bayangkan admin order 22.02.2016 sabun lifebuoy bernilai RM 14.50 (nilai tak mahal mana pun) baru 16.3.2016 baru barang yang dibeli sampai di tangan admin melalui khidmat courier GDEX.Itu pun berapa kali telefon tanya bahagian operator tentang status order dan seperti biasa jawapan klise  didengari.Selain admin call,ada juga admin tanya melalui Guardian Malaysia Facebook pada 1 Mac 2016 dan jawapan respon pada adalah "Hi Lilnaldo,  kami akan menyemak dengan E-store kami dan membalas anda secepat mungkin."

14.3.2016 baru dapat respon jawapan


Jawapan standart yang diberi selepas itu senyap sepi.Admin dah bengang dah waktu tuh..dok berkira nak report kat tribunal pengguna dah..tak kiralah nilai belian kecik pun asalkan puashati dapat suatu tindakan oleh pihak berkenaan berkiatan masalah admin.Tapi bila fikir-fikir balik admin batalkan hasrat itu.Admin cuba sekali lagi tanya status pada 11 Mac 2016 dan akhirnya jawapan yang dinantikan 14.3.2016 seperti sreenshot di atas.Susah benar nak bagi maklumbalas kapada pelanggan yang stok kehabisan. Akhirnya setelah menanti 23 hari barang yang ditunggu-tunggu telah selamat sampai di tangan.Alhamdulillah.



Kesimpulannya,bagi pendapat admin biarlah pembelian online melalui Guardian Online adalah yang terakhir dan tiada dah selepas ini.Mungkin nasib kita tak sama.Mungkin ada orang cakap ok je beli dan cepat aje diaorang hantar cepat aje.Semuanya bergantung kepada takdir.Apa-apapun Guardian.com.my kena tengok balik Syarat-syarat yang mengatakan penghantaran akan dibuat dalam masa 5 hari selepas pembayaran telah disahkan.

 

 

Cara buang virus malware program Tencent QQ dari komputer anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini admin ingin berkongsi dengan masalah yang admin hadapi iaitu berkaintan malware komputer.Baru-baru ini admin tersedar komputer admin terinstall satu software seakan fungsinya sistem utiliti versi bahasa china.

Admin dah cuba beberapa kali untuk uninstall namun tidak berjaya.Ia nya seolah-olah ada kembali walaupun admin sudah buang dari sistem.Program Tencent QQ adalah merbahaya kerana jika komputer yang mempunyai talian internet dan selalu digunakan untuk transaksi online banking,password akaun dan sebagainya

Yang mencemaskan admin apabila admin menyambungkan kepada smartphone admin secara tiba-tiba smartphone admin terinstall satu aplikasi china.Namun gitu admin berjaya membuangnya dari sistem smartphone.Melihat perkara ini,admin perlu ambil tindakan pantas sebelum program virus china ini menjahanamkan komputer admin dan mencuri maklumat penting dalam komputer.

Setakat ini antivirus Avast tak mengesannya sebagai ancaman.Jadi admin perlu satu program malware yang mampu membersihkan komputer admin.Admin google internet dan menemui software ini yang berkesan menbuang virus tencent QQ tanpa perlu membeli full version jika menggunkan fungsi sepenuhnya.  Yang terbaik setakat ini adalah software Unhack Me.




Admin lancarkan program itu pada Safe Mode dan mula membuat pembersihan.Setelah selesai komputer admin bebas dari malware tencent QQ. Alhamdulillah mujur software Unhack Me.

Selamat mencuba.

 

Penerima surat Kena denda 50 sen dari Posmen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernahkah anda menerima satu surat dari Posmen dan meminta anda membayar denda 50 sen bagi surat tersebut.Ketahuilah bahawa pengirim surat tersebut telah mengepos surat kepada anda denagn kadar setem yang tidak mencukupi. 

Kebiasaaanya bagi surat standart di mana setem yang dikenakan adalah 60 sen bagi berat tidak lebih dari 20 gram. Namun jika surat tersebut didapati melebihi 20 gram maka denda akan dikenakan kepada penerima angkara pengirim yang tidak mengenakan harga setem yang mencukupi bagi berat surat tersebut.




Kawan baik pula berhijrah dari Onexox ke Tune excel kerana kuota internet 1 GB percuma setiap bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salah seorang kawan baik yang memberi sokongan kepada admin ceburi dalam bisnes Onexox pada pertengahan tahun 2014 telah berhijrah dari Celcom ke Onexox  pada awal tahun 2015.Pada waktu itu,beliau memang seronok sangat sebab dapat tempoh masa aktif panjang iaitu 850 hari.Tak  perlu risau pasal topup selalu di samping kadar panggilannya yang lagi jimat berbanding telco lain menjadikan Onexox adalah pilihan terbaik pada waktu itu.Tambahan pula kawan baik admin ini jenis suka topup sikit contohnya RM 5 bila keperluan sahaja.Handponnya pula pakai jensi basic sahaja.

Baru-baru ini berjumpa dengan beliau, secara spontan kawan baik admin maklum sudah tak pakai Onexox ? Admin terkejut kenapa lalu bertanya ? Bla bla bla bla dapat internet 1 Gb percuma.Gara-gara pakai smartphone maka persepsi terhadap Onexox mula berubah apabila ada telco mula tawarkan internet percuma kelajuan tinggi bagi setiap kali topup.Tak sangka pula beliau sanggup  beli simkad Tune Excel berharga RM 90 semata-mata keran inginkan  internet percuma setiap bulan.

Katanya sudah 2 bulan pakai telco Tune Excel.Nak kata apa lagi...dia berhak memilih yang terbaik dengan keperluannya.Yang pasti strategi telco yang tawar internet kelajuan tinggi percuma setiap kali topup memang menarik minat pengguna.adakah telco Onexox akan mengikuti telco Umobile dan Tune Excel menawarkan internet percuma setiap kali topup ? Sama - sama kita nantikan.



Mulai 1 Mac 2016 semua nombor Starter Pack(SP) Onexox yang didaftarkan  layak mendapat tempoh sah 28 Bulan dengan hanya membuat topup RM10 SAHAJA. 

Promosi ini akan berjalan selama 3 Bulan bermula esok. Terma & syarat seperti yang di bawah.

- Topup RM10 dalam satu(1) transaksi.
- Topup RM10 dalam masa 24 jam selepas panggilan pertama berjawab (Activation Call) dibuat.
- Tempoh sah 28 bulan akan diaktifkan dalam masa 14 hari selepas topup RM10 dibuat.

Bagaimanapun, mekanisma topup RM50 masih berjalan seperti biasa. Bagi user SP yang terlepas tempoh topup promosi 24 jam(RM10), user tersebut masih layak mendapat tempoh sah 28 bulan dengan membuat topup RM50.


Berminat? Klik sini

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca