Baru-baru ini admin berkesempatan mendapatkan rawatan di Hospital Perdana Di Kota Bharu.Di hospital tersebut ada sebuah kafeteria di tingkat bawah yang menyediakan makanan berlauk dan makanan bergoreng.Makanan yang dijual adalah dari menu tempatan hingga ke menu western.
Salah satu menu yang menarik perhatian admin semasa di sana yang takkan admin lupakan. Admin ingin berkongsi satu menu makanan yang agak sedap itu adalah Mee Gulong. Secara spontan admin boleh gambarkan baha sejenis menu mengandungi mee yang digulung.
Tetapi setelah admin mencuba dan dihidangi mee gulong ini,admin agak terkejut denagn rupanya.Inilah pertama kali admin berjumpa dengan mee gulong.Ianya adalah Mee goreng yang dibungkus oleh telur dadar dan dibanjiri dengan kuah lada hitam. Perghhhh...bila admin makan..terangkat habis.
Bagi sesiapa yang ingin mencuba mee gulong ini.Silalah mendaftar di Hospital Perdana Kota Bharu.Hahahaha..gurau saja..
No comments:
Post a Comment