Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kenali Penyakit Batu Karang Dalam Hempedu dan Rawatannya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini admin ingin berkongsi maklumat berkaitan batu krang dam hempedu. Apakah Dia Batu Hempedu?Batu hempedu (gall bladder stones) terhasil dari pengumpulan sisa-sisa kolestrol dan pigmentyang tidak dapat disingkirkan dan dicernakan oleh cecair hempedu (dihasilkan dihati) didalampundi hempadu (bile duct). Pengumpulan bertahun-tahun dari sebesar pasir hingga sebesar telur angsa, pada mulanya tidak dirasai hinggalah gejala-gejala diatas timbul.

 Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, maka proses pencernaan lemak dan  kolestrol semakin kurang efektif lalu cecair hempedu dan kolestrol memasuki sistem darah menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salurdarah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang, usus dan sebagainya.Keadaan ini terjadi akibat tubuh tidak lagi dapat berfungsi secara efektif dalam menyingkirkantoksin dan menguatkan sistem pertahanan badan (defence mecanism).

 Antara yang menyumbang kepada keadaan ini adalah cara hidup moden yang serba mudah, kurang aktiviti fizikal, makanan yang banyak kolestrol, lemak, bahan perasa, pewarna sintetik, pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik mengandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok, ubat-ubatan mengandungi dadah, X-ray, kemoterapi, radioterapi, antibiotik, tekanan persekitaran, dadah sintetik dan lain-lain lagi.Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular di kalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.

Simptom-simptom Batu Karang Dalam Hempedu

1. Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

2. Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertuukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam. Selalunya rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, ia akan menular ke belakang atau bahu kanan. Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang itu mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu, ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.

3. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas. Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Ada kalanya batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui kuktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil. Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

4. Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, wana kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap dan demam panas dan sejuk, sila dapatkan rawatan kecemasan.

Jenis-jenis batu karang hempedu

1. Batu karang hempedu berkolesterol.
Batu-batu karang yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80% batu karang hempedu adalah batu kolesterol.

2. Batu karang hempedu berpigmen.
Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

3. Batu karang hempedu duktus primer.
 Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Apakah  Rawatan Untuk Batu Karang Dalam Hempedu

Rawatan Melalui Pembedahan

 
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil. Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.

Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.


Rawatan Melalui Bukan pembedahan
Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:

a) Pil garam hempedu.
Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.

b) Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal).
Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.








Memiliki senjata tiruan, senjata buatan sendiri adalah salah di sisi undang-undang

Obsesi rakyat Malaysia yang gemar menyimpan koleksi pistol dan senapang tiruan terutamanya dari negara jiran samada membawa masuk secara rahsia atau membeli secara internet bakal padah jika ditangkap

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca