Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Pelawak Popular Malaysia, Nabil Dapat Anak Perempuan

NAZIRAH Ayub, isteri pelawak tanah air Nabil Ahmad, selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi pada 25 November 2012.
Nabil ketika dihubungi Sinar Harian Online memberitahu isterinya melahirkan anak melalui kaedah pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam.

“Doktor mencadangkan pembedahan memandangkan bayi sudah besar.

“Alhamdulillah semuanya selamat, isteri pun sihat dan anak perempuan lahir pukul 8.40 pagi tadi,” katanya.

Ketika ditanya berat anak pertamanya itu, Nabil menjawab, “saya hanya sempat tengok untuk iqamahkan tadi, jadi saya belum tahu berapa beratnya.”

Menurut Nabil, setakat ini nama bagi anaknya masih belum diberi.

Bergelar bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil.

“Saya gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak),” katanya.

Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga 30 September tahun lalu.

PS: Tahniah diucapkan kepada Nabil,semoga dengan kehadiran cahaya mata baru akan memberi seribu kemanisan dalam hidup rumahtangga anda.

Cara Letak Link Berkaitan di Bawah Post Blog Anda

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Hari adamin nak berkongsi cara nak letak link berkaitan di bawah post dalam blog. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelawat untuk membaca artikel yang dicari dan membuatkan pelawat supaya lebih lama berada di blog kita. Admin cuba google di internet namun kebanyakkannya kaedah kena mengedit html dan ianya pasti menyusahkan bagi para blogger yang kurang ilmu dalam ICT ini.

Langkah 1 : Klik ke link http://linkwithin.com     

Langkah 2 : Lengkapkan maklumat blog anda seperti di gambar bawah

Selepas itu klik pada Get Widget.

On the next page click on Install Widget.

It will now take you into Blogger. On this screen choose your blog if you have multiple ones on your account then click on Add Widget.



Your Linked In widget has now been added to your layout. All that is left to do is drag the widget from the top of your sidebar to the bottom.


Ok dah siap.Selepas ini anda dapat lihat link post berkaitan akan terpapar di bahagian bawah post. Selamat mencuba.

Tips Cara Untuk Menjimatkan Minyak Petrol Kereta

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Seperti yang kita tahu, sekarang harga minyak dunia makin melambung.Manakala harga minyak di Malaysia tengah tunggu masa untuk naik lagi mungkin kerajaan pun tengah serba salah nak naikkan sekarang ke, atau tunggu lagi....takut rakyat mengamuk...almaklumlah pilihanraya tunggu masa jer.

Dalam keadaan sebegini, apakah langkah-langkah kita....antara kaedah yang digunapakai oleh sebilangan orang adalah, dengan berkongsi kereta...ada yang mula kongsi kereta dengan kawan-kawan, jiran-jiran...ada pula yang sebelum ni tak pernah-pernah kongsi kereta dengan hubby/wife masing-masing, dah mula berjinak-jinak berkongsi kereta



Posting kali ini aku nak kongsi tips atau panduan nak jimat minyak yang aku selalu praktikkan. Kekadang tu tak semuanya aku ikut, tapi bila dah ada panduan ni, aku selalulah beringat terutama di tengah-tengah bulan bila duit dalam poket dah mula kering.


Isi minyak sebaiknya pada waktu malam hari. 
Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang diisi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya.

Isikan minyak sehingga tangki penuh. 
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap.
Biasakan memandu tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Kelajuan 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. 
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

Angin tayar perlu sentiasa diperiksa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. 
Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

Kurangkan penggunaan penghawa dingin. 
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.

Kurangkan beban kereta. 
Barang-barang yang tidak perlu dalam kenderaan perlulah dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan. Mengikut kajian, penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.


Diharap tips dan nasihat ini boleh membantu dalam menjimat penggunaan petrol kenderaan anda.

Mesti baca: Kenapa Anda Perlu Ketawa Setiap Hari Demi Kesihatan

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda mesti pernah dengar istilah ‘laughter is the best medicine’ kan ?  Ketawa merupakan satu bentuk senaman yang sangat mudah untuk dilakukan. Selain memberi faedah kepada badan, dengan ketawa manusia akan hidup dengan lebih ceria. 

Dan kali ini admin ingin berkongsidengan anda semua, beberapa kebaikan ketawa untuk kesihatan. Jom kita tengok apakah kebaikan ketawa untuk kesihatan semoga maklumat ini memberi manafaat kepada anda semua.Cuba jadikan amaln ketawa dalam kehidupan seharian kita tetapi harus diingat ketawa dengan penuh adap dan janganlah ketawa melampaui batas yang boleh menganggu ketenteraman orang lain.


Mengurangkan stress
Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV.


Memperbaiki aliran dan tekanan darah
 Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.


Merupakan senaman
 Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.


Meningkatkan ketahanan tubuh
Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.


Menghilangkan kesakitan
 Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.



Meningkatkan kemahiran bersosial
Perasankah anda dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.



Mengurangkan agresif
 Dengan ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.



Memberi tenaga kepada organ dalaman
Seperti yang telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.

Tips Cara Letak Facebook Like Box Widget Terapung Di Blog

Contoh Facebook Like Box Widget
Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Admin hari ini nak berkongsi dengan anda semua untuk membuatkan Facebook Like Box Widget dalam keadan terapung di dalam blog.Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi jumlah kilk "like" bagi blog anda.Untuk itu, anda kena terlebih dahulu anda daftar dan mendapatkan kod Facebook lLke Box terlebih dahulu. Bagaimana cara untuk memasang Widget Facebook Like dalam keadaan melayang pada blog anda.




Cara Membuat Widget Melayang Facebook Like Box
 
1. Go to Design > Page Elements.
2. Click Add A Gadget.
3. In Add A Gadget window, select the HTML/Javascript .
4. Paste the following code inside it,


<script type="text/javascript">
 /*<![CDATA[*/
 jQuery(document).ready(function() {jQuery(".abtlikebox").hover(function() {jQuery(this).stop().animate({right: "0"}, "medium");}, function() {jQuery(this).stop().animate({right: "-250"}, "medium");}, 500);});
 /*]]>*/
 </script>
 <style type="text/css">
 .abtlikebox{background: url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhqgmkoxe1BINYThOrM8mjWQczuYqjXYsBDf7gzmQno25qFasMOXzV86NJsBWLjji6RBRZ4gZYN6o1a1WRuGP1zYpp5R4f7oSfCj0VARkEB0LJ26L10BQkNaZ7xWP1eIWoWSB-/s320/fb1-right.png") no-repeat scroll left center transparent !important; float: right;height: 270px;padding: 0 5px 0 46px;width: 245px;z-index:  99999;position:fixed;right:-250px;top:20%;}
.abtlikebox div{ padding: 0; margin-right:-8px; border:4px solid  #3b5998; background:#fafafa;}
.abtlikebox span{bottom: 4px;font: 8px "lucida grande",tahoma,verdana,arial,sans-serif;position: absolute;right: 6px;text-align: right;z-index: 99999;}
 .abtlikebox span a{color: gray;text-decoration:none;}
 .abtlikebox span a:hover{text-decoration:underline;}
}
</style>
 <div class="abtlikebox" style="">
     <div>
     <iframe src="http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?href=http%3A%2F%2Ffacebook.com%2Fallbloggingtips&amp;width=245&amp;colorscheme=light&amp;show_faces=true&amp;border_color=white&amp;connections=9&amp;stream=false&amp;header=false&amp;height=270" scrolling="no" frameborder="0" scrolling="no" style="border: white; overflow: hidden; height: 270px; width: 245px;background:#fafafa;"></iframe><span>Widget by :<a href="http://www.AllBloggingTips.com"> All Blogging Tips</a></span>
     </div>
 </div>





5. Klik pada Save button dan siap !

Not kaki:-

Gantikan allbloggingtips dengan Facebook URL anda sendiri.

Waspada Apabila Kanak-kanak/ Anak Anda Alami Cirit-birit, Muntah-muntah dan Sakit Perut



Simptom kanak-kanak alami dehydration
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini admin ingin berkongsi pengalaman tentang anak admin yang berumur 3 tahun  yang mengalami demam, cirit-birit dan muntah-muntah. Walaupun pada mulanya admin anggap cuma demam biasa tetapi apabila anak admin mula susut berat badan dan keadaan tidak bermaya menjadi admin agak risau.Admin telah bawa jumpa doktor dan diberi ubat antibiotik, ubat demam dan air garam.

Admin sebenarnya bimbangkan kerana setiap apa yang dijamahnya akan muntah balik. Ditambah pulak dengan cirit birit yang dialaminya menampakkan beratnya kelihatan menyusut dan juga bibirnya nampak kekeringan. Admin berdoa agar anak admin akan cepat sembuh. Admin ada buat google di internet untuk maklumat tambahan berkaitan cirit-birit,demam dan munta-muntah di kalangan bayi/kanak-kanak. Maklumat ini penting bagi ibubapa muda yang baru menimbang cahaya mata dan tiada pengetahuan dalam kanak-kanak.  Apa yang ingin admin sampaikan kepada anda adalah :-

Ini berdasarkan guideline yang diberikan oleh seorang Paedetrician (doktor pakar kanak-kanak) yang admin jumpai hasil google di internet. Dia kata guideline yang dia bagi tu bukan semua doktor tahu especially jika kita pergi jumpa doktor di klinik biasa. The guidelines adalah seperti berikut :-
JANGAN BERI ANAK ANDA !!!!

  • minum susu berlaktosa
  • makanan/minuman bersusu seperti milo, biskut Tiger, coklat dll
  • makanan/minuman bersantan seperti cendol, nasi lemak dll
  • makanan berminyak
  • makan buah-buahan dan jus
  • makan makanan pedas atau masin



5 perkara "jangan" di atas adalah makanan/minuman yang menggalakkan penghadaman makanan yang mana tidak sepatutnya berlaku apabila anak sedang cirit-birit. Perkara "jangan" yang terakhir adalah kerana bagi mengelakkan buasir/buasir sedia ada dialami semakin teruk. 

Guideline di atas adalah untuk sementara waktu sahaja. Lepas anak dah fully recover bolehlah minum semula susu asalnya dan makan/minum benda-benda yang perlu dielakkan tadi.


Apa-apa pun moral of the story, pastikan anda semua ambil serius kalau anak anda berak cair atau cirit-birit dan muntah-muntah sebab cenderung dapat dehydration atau kekeringan air dalam badan yang melampau. Tambahan lagi, kalau dia tak nak makan atau minum.

Bagaimana hendak tahu kanak-kanak mengalami simptom kekeringan air dalam badan atau tak?

  • Kanak-kanak akan kelihatan susut berat badan.
  • Mereka akan kuat minum tapi bila dah terlalu kering, minum pun dah tak larat.
  • Kanak-kanak tu akan nampak tidak aktif, lemah, suka tidur je.
  • Matanya akan cengkung atau termasuk ke dalam
  • Apabila bayi atau kanak-kanak tu menangis, air matanya kurang atau langsung takda.
  • Kulit, bibir dan lidahnya akan kelihatan kering
  • Air kencing dia kurang dan warna pekat kekuningan
  • Tangan dan kaki dia sejuk bila dah terlampau kering



  Kesan apabila kanak-kanak mengalami Dehydration yang melampau tanpa rawatan adalah MAUT.

Bayi ini meninggal dunia akibat Dehydration

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca