Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Waspada Apabila Kanak-kanak/ Anak Anda Alami Cirit-birit, Muntah-muntah dan Sakit Perut



Simptom kanak-kanak alami dehydration
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini admin ingin berkongsi pengalaman tentang anak admin yang berumur 3 tahun  yang mengalami demam, cirit-birit dan muntah-muntah. Walaupun pada mulanya admin anggap cuma demam biasa tetapi apabila anak admin mula susut berat badan dan keadaan tidak bermaya menjadi admin agak risau.Admin telah bawa jumpa doktor dan diberi ubat antibiotik, ubat demam dan air garam.

Admin sebenarnya bimbangkan kerana setiap apa yang dijamahnya akan muntah balik. Ditambah pulak dengan cirit birit yang dialaminya menampakkan beratnya kelihatan menyusut dan juga bibirnya nampak kekeringan. Admin berdoa agar anak admin akan cepat sembuh. Admin ada buat google di internet untuk maklumat tambahan berkaitan cirit-birit,demam dan munta-muntah di kalangan bayi/kanak-kanak. Maklumat ini penting bagi ibubapa muda yang baru menimbang cahaya mata dan tiada pengetahuan dalam kanak-kanak.  Apa yang ingin admin sampaikan kepada anda adalah :-

Ini berdasarkan guideline yang diberikan oleh seorang Paedetrician (doktor pakar kanak-kanak) yang admin jumpai hasil google di internet. Dia kata guideline yang dia bagi tu bukan semua doktor tahu especially jika kita pergi jumpa doktor di klinik biasa. The guidelines adalah seperti berikut :-
JANGAN BERI ANAK ANDA !!!!

  • minum susu berlaktosa
  • makanan/minuman bersusu seperti milo, biskut Tiger, coklat dll
  • makanan/minuman bersantan seperti cendol, nasi lemak dll
  • makanan berminyak
  • makan buah-buahan dan jus
  • makan makanan pedas atau masin



5 perkara "jangan" di atas adalah makanan/minuman yang menggalakkan penghadaman makanan yang mana tidak sepatutnya berlaku apabila anak sedang cirit-birit. Perkara "jangan" yang terakhir adalah kerana bagi mengelakkan buasir/buasir sedia ada dialami semakin teruk. 

Guideline di atas adalah untuk sementara waktu sahaja. Lepas anak dah fully recover bolehlah minum semula susu asalnya dan makan/minum benda-benda yang perlu dielakkan tadi.


Apa-apa pun moral of the story, pastikan anda semua ambil serius kalau anak anda berak cair atau cirit-birit dan muntah-muntah sebab cenderung dapat dehydration atau kekeringan air dalam badan yang melampau. Tambahan lagi, kalau dia tak nak makan atau minum.

Bagaimana hendak tahu kanak-kanak mengalami simptom kekeringan air dalam badan atau tak?

  • Kanak-kanak akan kelihatan susut berat badan.
  • Mereka akan kuat minum tapi bila dah terlalu kering, minum pun dah tak larat.
  • Kanak-kanak tu akan nampak tidak aktif, lemah, suka tidur je.
  • Matanya akan cengkung atau termasuk ke dalam
  • Apabila bayi atau kanak-kanak tu menangis, air matanya kurang atau langsung takda.
  • Kulit, bibir dan lidahnya akan kelihatan kering
  • Air kencing dia kurang dan warna pekat kekuningan
  • Tangan dan kaki dia sejuk bila dah terlampau kering



  Kesan apabila kanak-kanak mengalami Dehydration yang melampau tanpa rawatan adalah MAUT.

Bayi ini meninggal dunia akibat Dehydration

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca