Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Pelawak Popular Malaysia, Nabil Dapat Anak Perempuan

NAZIRAH Ayub, isteri pelawak tanah air Nabil Ahmad, selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi pada 25 November 2012.
Nabil ketika dihubungi Sinar Harian Online memberitahu isterinya melahirkan anak melalui kaedah pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam.

“Doktor mencadangkan pembedahan memandangkan bayi sudah besar.

“Alhamdulillah semuanya selamat, isteri pun sihat dan anak perempuan lahir pukul 8.40 pagi tadi,” katanya.

Ketika ditanya berat anak pertamanya itu, Nabil menjawab, “saya hanya sempat tengok untuk iqamahkan tadi, jadi saya belum tahu berapa beratnya.”

Menurut Nabil, setakat ini nama bagi anaknya masih belum diberi.

Bergelar bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil.

“Saya gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak),” katanya.

Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga 30 September tahun lalu.

PS: Tahniah diucapkan kepada Nabil,semoga dengan kehadiran cahaya mata baru akan memberi seribu kemanisan dalam hidup rumahtangga anda.

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca