Assalamulaikum,
PELAN PRABAYAR SEMUA-DALAM-SATU DENGAN KADAR TERENDAH
Hanya dengan harga RM5, Hotlink BAGUS adalah satu-satunya pelan
semua-dalam-satu yang memberikan pelanggan akses kepada kadar terendah
dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD
(Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan
Pelanggan prabayar Maxis yang sedia ada dan yang baru boleh mendapat
manfaat dari Hotlink BAGUS. Pelanggan sedia ada boleh berhijrah ke Pelan
Hotlink BAGUS dengan menaip *108*21# pada telefon mudah alih mereka dan
membayar yuran penghijrahan sebanyak RM1 sahaja untuk mengalami kadar
yang rendah yang ditawarkan oleh BAGUS.
Untuk pelanggan baru, mereka
hanya perlu membeli pek permulaan RM5 ‘BAGUS’. LIMA nilai penawaran
BAGUS:
1. Panggilan
Di bawah pelan Hotlink BAGUS, pelanggan boleh menikmati penjimatan
sehingga 50% untuk semua panggilan ke nombor Hotlink dan Maxis, dengan
hanya mengekalkan baki RM10 dalam pek BAGUS mereka. Dengan BAGUS 5,
kadar terendah sebanyak 12 sen/min akan diberi, dan ini diterjemahkan
kepada penjimatan sehingga 70%.
2. SMS
Di bawah pelan Hotlink BAGUS, pelanggan akan menikmati penjimatan
sehingga 50% untuk semua SMS ke nombor Hotlink dan Maxis, dengan hanya
mengekalkan baki RM10 dalam pek bagus mereka. Dengan BAGUS 5, pelanggan
akan menikmati hanya 1 sen/SMS, dan ini diterjemahkan kepada penjimatan
sehingga 90%.
3. Internet
Pelan Hotlink BAGUS menawarkan pelanggan pas-pas bersaiz kecil pada
kadar yang berpatutan. Pelan ini pada dasarnya membenarkan kelonggaran
dalam menguruskan keperluan pelayaran internet para pelanggan. Di bawah
kategori ini, BAGUS menawarkan Pas Internet Mudah Alih 1-hari yang
terendah sebanyak RM2 untuk 100MB, atau Pas Internet Mudah Alih 1-minggu
sebanyak RM8 untuk 100MB (bersamaan 200 laman web atau 50 e-mel atau 10
video).
4. IDD
Pada Disember 2011, Maxis melancarkan IDD132 ke 10 negara (Indonesia,
Filipina, Bangladesh, Nepal, Cina, India, Myanmar, Kemboja, Pakistan,
Vietnam) dan sejak itu, terdapat lonjakan dalam minit penggunaan
(minutes of use – MOU) kepada negara-negara ini, terutamanya Bangladesh,
Indonesia, Pakistan dan India. Dengan permintaan yang sedemikian, pada
Februari 2012, Hot IDD132 telah dilanjutkan kepada 50 buah negara. Pada
hari ini, IDD di bawah pelan BAGUS menawarkan kadar panggilan terendah
(blok pembayaran untuk setiap 30 saat) dan penjimatan sehingga 70%
kepada seluruh dunia (233 negara), sepanjang hari, tujuh hari seminggu,
dan kadar yang lebih rendah bagi negara-negara asing yang terpilih
termasuk Nepal, Cina, India, Myanmar dan Pakistan.
5. Perantauan
Dengan pek Hotlink BAGUS, pelanggan boleh menikmati kadar Perantauan
Data Prabayar yang terendah sebanyak RM5/MB (penjimatan sehingga 50%) ke
10 negara (semua pengendali) untuk keperluan pelayaran antarabangsa. 10
negara tersebut termasuk Australia, Hong Kong, India, Indonesia, Korea,
Macau, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.
PS: Terpulang kepada kemahuan masing-masing yang mana pelan yang terbaik untuk keperluan anda.Bagi saya, Pelan Maxis mungkin menguntungkan bagi pelan surfing tapi kurang untung bagi pelan panggilan. Ini kerana CELCOM masih mendahului...panggilan 28 sen untuk 10 minit berbanding 12 sen untuk seminit. Apapun pilihan di tangan anda. :)