Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

ETS Platinum tiada lagi sediakan snack rail untuk penumpang ?

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Baru-baru ni admin balik Alor Setar naik ETS kerana tak larat bawa kereta selama 3 jam setengah untu...

Post Paling Popular Minggu Ini

Sabun Paling Murah Atasi Masalah Kulit Berminyak dan Berjerawat

Salam Sejahtera

Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari pelbagai jenama telah dibeli dan digunakan namun kesannya tidak memuaskan.

Cara Semak Status Permohonan BR1M 2.0


Pembayaran BR1M kepada pemohon yang berjaya akan di buat dalam bentuk baucer tunai bermula 3 Feb 2013 yang akan dilakukan secara berperingkat sehingga 15 Mac depan.

Berikut adalah cara semakan keputusan BR1M 2.0.

Baucar boleh ditunaikan di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank dan CIMB di seluruh negara.

Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka dengan menghubungi talian hotline
1-800-222-500 @ 1-300-88-3010 mulai 4 Februari 2013 ini.

Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Pertanyaan melalui email pula dengan menghantar email ke belanjawan2012@treasury.gov.my

Penerima BR1M yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan pula boleh mendapatkan baucar bayaran masing-masing di Pejabat Daerah dan Pejabat Pembangunan Negeri untuk kawasan masing-masing.

Tempoh penyerahan borang BR1M juga dilanjutkan selama satu bulan sehingga 10 Feb ini. Kini dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013. Syarat-syarat permohonan adalah :

•   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.




Lelaki WAJIB Jalani 8 Jenis Ujian Kesihatan


Terdapat beberapa jenis pemeriksaan kesihatan yang perlu dilakukan oleh setiap lelaki demi untuk mengekalkan tahap kesihatan dan juga untuk mengesan sekiranya ada penyakit di peringkat awal. Seperti yang diketahui, mencegah lebih baik daripada mengubati dan penting bagi mengetahui penjagaan kesihatan sesuai keperluan usia. Berikut 8  pemeriksaan kesihatan yang boleh dijalani :

Ujian paras kolesterol

Kolesterol adalah sejenis lemak protein di dalam darah yang boleh menimbulkan masalah penyumbatan saluran darah jika di tahap tinggi. Maklumat tahap kolesterol darah dapat bantu usaha mengetahui tahap kesihatan jantung dan risiko saudara untuk mendapat penyakit jantung. Ada dua jenis kolesterol iaitu HDL atau High-density lipoprotein dan LDL atau low density lipoprotein. HDL adalah kolesterol yang ‘baik’ dan boleh melindungi dari penyakit jantung sementara LDL pula adalah kolesterol ‘buruk.’ Paras LDL yang tinggi boleh mengundang risiko penyakit jantung. Ujian ini boleh dilakukan seawal umur 20 tahun dengan kekerapan ujian setiap dua ke lima tahun sekali bergantung kepada paras normal. Jika paras tidak normal, ujian perlu berulang setiap enam bulan atau mengikut arahan doktor.

Tekanan darah

Pemeriksaan ini amat mudah dilakukan dan penting. Maklumat itu penting bagi mengelak penyakit serius seperti ‘angin ahmar’ dan sakit jantung koronari. Kajian menunjukkan satu bagi setiap lima dewasa iaitu lebih kurang 50 juta penduduk dunia mengalami masalah tekanan darah tinggi. Apabila tekanan darah melebihi 140/90 mmhg, ia boleh menimbulkan ketegangan pada jantung dan pada jangka masa panjang keadaan ini boleh membahayakan. Pemeriksaan ini tidak kira peringkat umur, tetapi elok dimulakan pada awal remaja dengan kekerapan setahun sekali jika dalam keadaan normal atau mengikut arahan doktor jika tekanan tidak normal.

Pemeriksaan darah untuk kencing manis/diabetes

Pemeriksaan darah ini perlu dilakukan dalam keadaan berpuasa. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘fasting blood sugar.’ Jika keputusan menunjukkan tahap yang tinggi, doktor akan menasihatkan saudara menjalani ujian ‘glucose tolerance test’ untuk mengesahkan simptom penyakit kencing manis. Pemeriksaan ini membabitkan pengambilan darah selepas saudara diberi minuman bergula. Ia boleh dilakukan pada usia 45 tahun jika saudara tiada faktor risiko kencing manis seperti berat badan berlebihan atau sejarah penyakit dalam keluarga. Sekiranya saudara mempunyai berat badan berlebihan dan sejarah keluarga atau mengalami tanda-tanda kencing manis, saudara perlu menjalani ujian darah ini lebih awal. Kekerapan menjalani ujian adalah setiap tiga tahun bagi mereka yang normal.

Ujian densiti tulang 

Lelaki juga boleh mengalami masalah pengurangan kekuatan tulang yang dikenali sebagai ‘osteoporosis.’ Kajian menunjukkan selepas usia 50 tahun, enam peratus lelaki mengalami masalah patah tulang pinggul dan lima peratus mengalami masalah patah tulang belakang akibat osteoporosis dan peratusannya meningkat mengikut peningkatan usia. Apabila umur kian meningkat, bahan mineral seperti kalsium akan mula berkurangan dalam badan. Ditambah dengan masalah penurunan paras hormon testosteron yang menyebabkan tulang rapuh. Lelaki 65 tahun sepatutnya sudah pun menjalani ujian ini. Pun begitu, lelaki yang mempunyai risiko mendapat osteoporosis seperti pesakit yang mengambil ubat ‘corticosteroid’ atau pernah mengalami patah tulang harus menjalani ujian ini lebih awal.

Pemeriksaan Colonoscopy 

Kanser kolorektal iatu kanser membabitkan usus besar dan usus bawah (rectum) sering menyerang lelaki dan ia boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Untuk mengesan pada peringkat awal, seseorang itu perlu menjalani ujian kolonoskopi. Ujian ini membabitkan alat berupa tiub yang mempunyai kamera dimasukkan ke dalam dubur dan seterusnya ke dalam usus besar. Melalui pemeriksaan ini, seluruh bahagian usus besar boleh diperiksa dan apa apa ketumbuhan atau tanda kanser usus besar dapat dikesan dan di ambil biopsy sekiranya perlu. Ia boleh dilakukan pada usia 50 tahun jika tiada faktor risiko.

Pemeriksaan mata

Ada pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan buta seperti glaukoma boleh dicegah dengan pemeriksaan mata secara berkala. Mengikut Akademi Oftahmologi Amerika Syarikat (AS), ada lebih kurang 43 juta rakyat AS mengalami masalah mata akibat penuaan dan hanya kurang satu pertiga rakyatnya menjalani pemeriksaan mata secara berkala. Ia boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali mengikut lingkungan usia 18 hingga 61 tahun bergantung kepada saranan doktor. Bagi pesakit diabetes pula, risiko untuk mendapat masalah penglihatan adalah lebih tinggi dan mereka ini perlu menjalani pemeriksaan lebih kerap.

Pemeriksaan buah zakar 

Kanser buah zakar sering melanda lelaki yang berusia antara 15 hingga 34 tahun. Sekiranya dikesan awal, 90 peratus dari pesakit kanser buah zakar boleh disembuhkan. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri dengan memegang buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk, permukaan buah zakar perlu dirasa untuk mengesan bonjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran buah zakar. Jika ada tanda-tanda itu, saudara perlu berjumpa doktor. Pemeriksaan dilakukan selepas baligh dengan kekerapan setiap bulan.

Pemeriksaan kanser prostat

Pemeriksaan yang perlu dilakukan. Pertama menerusi pemeriksaan fizikal di mana doktor memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang dubur untuk mengetahui sama ada terdapat bonjolan atas benda keras yang menandakan berlakunya kanser prostat. Pemeriksaan darah pula dikenali sebagai ujian ‘Prostate Spesific Antigen’ (PSA). Dapatkan nasihat awal doktor sebelum memilih menjalani ujian PSA. Pemeriksaan ini boleh dilakukan pada usia 50 tahun tetapi harus dilakukan lima tahun lebih awal jika ada saudara terdekat seperti ayah, abang atau bapa saudara yang mengalami kanser ini.

Khasiat Barli Dalam Merawat Panas Dalam Badan

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu.

Kajian klinikal di Australia, Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ' waxy' lebih tinggi kandungan beta glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggung jawab dalam menigkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.Pesakit diabetes perlu mngawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.


Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli. Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.


Secara ringkasnya, barli berkhasiat untuk:

  • Mencegah/mengurangkan risiko sembelit
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis
  • Menyejukkan badan
  • Memelihara buah pinggang.
  • Melawaskan kencing.
  • Membantu melancarkan penghadaman.


I LIKE !! Jom Bermain Permainan Binakata Android



Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Untuk kali ini,admin ingin berkingsi dengan anda satu permainan adroid yang menguji minda. Ianya sangat sesuai untuk semua golongan tidak kira muda ataupun tua.

Permainan ini memerlukan talian internet untuk bermain secara dalam talian namun anda boleh lagi bermain secara offline dengan menggunakan mode latihan. Apa-apa pun permainan ini sangat sihat untuk minda anda.Permainan ini amat baik untuk bermain bersama seisi keluarga di masa lapang menggunakan wifi di rumah.

Serba sedikit maklumat aplikasi android ini ialah BinaKata satu aplikasi permainan percuma berbahasa melayu yang dibawakan oleh syarikat Fugo kepada pengguna  Android. Ini bukan permainan teka-teki perkataan yang biasa anda main. BinaKata akan memerlukan masa tindak balas yang singkat serta kepintaran dan mata anda yang tajam untuk membina perkataan sebanyak yang mungkin berbanding pihak lawan dalam talian anda.

Jika anda mengaktifkan PRO  version, anda akan menerima faedah-faedah tambahan seperti: 10 saat waktu bermain tambahan dan nama samaran peribadi anda sendiri.

Seperti pada nama aplikasi ini, pemain perlu membina pelbagai perkataan daripada huruf-huruf yang diberikan. Ia dimainkan secara online, di mana pengguna akan bersaing dengan pengguna lain yang bermain permainan ini serentak. Permainan ini bukan sahaja sangat menarik dan mencabar bahkan ia boleh menambah kosa kata pengguna.



Pada permulaan permainan, pengguna akan diberi nama default iaitu TETAMU. Nama ini tidak boleh diubah sehingga pengguna mencapai tahap ke 4. Pemain boleh memilih 3 cabaran permainan iaitu Klasik, Rasional dan Idealis. Setiap cabaran ini mempunyai cara permarkahan yang berbeza walaupun template permainan adalah sama. Disebabkan BinaKata ini bermain secara online, pengguna perlu menunggu sekiranya permainan telah bermula.


Permainan dimulakan dengan pengguna diberi 16 huruf yang disusun secara 4×4. Perkataan dicari dengan menyeretkan jari di huruf-huruf tersebut untuk membina perkataan. Seretan tangan ini boleh pelbagai arah asalkan ia membentuk perkataan yang betul. 



Perkataan yang dibina juga boleh terdiri daripada 3 huruf sehingga boleh ke 9 atau 10 huruf. Perkataan yang berjaya dibina akan dipaparkan pada sebelah atas bahagian kiri skrin. Pengguna diberi masa 1minit 30 saat dalam setiap pusingan. Walau bagaimanapun, pada 10 saat terakhir, hanya pengguna versi Pro sahaja boleh meneruskan bagi membina perkataan.

 

Setelah tamat pusingan, BinaKata akan memaparkan semua perkataan yang boleh dibina di dalam pusingan itu dan seterusnya menunjukkan ranking pengguna bersama pemain lain. Permainan akan diteruskan sekiranya pengguna berminat meneruskan perjuangan.




BinaKata boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store.

Jika anda pernah bermain atau tengah bermain permainan ini please LIKE this post or share dekat facebook rakan anda. Ajak kawan-kawan anda bermain dan bersaing bersama untuk permainan binakata ini. 

Selamat Berjuang. 


Kredit : ohgeekz.com

Huawei Ascend G600 Smartphone Android Terbaik 2012 / 2013 Untuk Dimiliki


Huawei kembali mengenalkan smartphone Android terbaru dari keluarga Ascend. Sebelumnya, Syarikat daril China ini pernah menarik perhatian dunia dengan melancarkan smartphone tertipis di dunia, iaitu Ascend P1. Kini, Huawei Ascend G600 berada di pasaran smartphone sebagai peringkat mid-range (pertengahan).Dengan harga yang cukup menarik iaitu dalam lingkungan RM 799 pada harga pasaran pasti memikat sesiapa sahaja untuk mendekati.

Huawei Ascend G600 menggunakan sistem Android 4.0 Ice Cream Sandwich, didukung oleh CPU dual-core 1.2GHz, penyimpanan internal sebesar 4GB, dan RAM 768MB RAM. Pengguna boleh menambahkan sendiri microSD untuk penyimpanan lebih besar.

Skrin layar Ascend G600 berukuran 4.5 inchi, skrin Huawei G600 ini menggunakan teknologi IPS (In-Plane Switching) dengan resolusi QHD (960x540 pixels).  Perihal aspek multimedia pula, syarikat dari China ini menawarkan kamera belakang 8MP, baterinya menggunakan jenis lithium polymer dengan kapasitas sebesar 1.930mAh



Huawei Ascend G600 (Huawei U8950D) Specs
Release+Date:
October, 2012
Project+Codename:
Dimensions:
67.2 x 133.8 x 10.5 millimetres
Mass:
150 grams (battery included)
Software:Environment
Embedded;Operating-System:
Microprocessor,_Chipset
CPU+Clock:
1200 MHz
CPU:
Memory,:Storage:capacity
RAM;capacity:
768 MiB
ROM:capacity:
3.7 GiB
Display
Display:Type:
color IPS TFT , 16777216 scales
Display+Diagonal:
4.5 "
Display+Resolution:
540 x 960
Sound
Microphone(s):
Supported
stereo
Audio;Output:
3.5mm
Cellular-Phone
Cellular_Networks:
GSM900, GSM1800, GSM1900, UMTS900 (B8), UMTS2100 (B1)
Cellular_Data-Links:
GPRS, EDGE, UMTS, HSDPA, HSUPA
Call-Alert:
64 -chord melody
Vibrating;Alert:
Supported
Supported
Control_Peripherals
Positioning;Device:
Multi-touch screen
Primary;Keyboard:
Not supported
Directional_Pad:
Not supported
Scroll-Wheel:
Not supported
Interfaces
Expansion:Slots:
microSD, microSDHC, TransFlash
USB:
USB 2.0 client, 480Mbit/s
micro-USB
Bluetooth:
Bluetooth 3.0
Wireless-LAN:
802.11b, 802.11g, 802.11n
Infra Red::
Not supported
Multimedia_Telecommunication
Analog-Radio:Receiver:
FM radio (87.5-108MHz) with RDS
Digital_Media_Broadcast-Tuner:
Not supported
Satellite-Navigation
Built-in_GPS_module:
Supported
Complementary-GPS:Services:
Assisted GPS, QuickGPS, Geotagging
Built-in+Digital-Camera
Main:Camera:
8 MP
Autofocus+(AF):
Supported
Optical_Zoom:
1 x
Macro-Mode:
Supported
Built-in-Flash:
mobile light (LED)
Secondary-Camera:
0.3 MP
Additional:Details
Built-in+accelerometer:
Supported
Battery:
Supported
Battery+Capacity:


Kesimpulannya,sekiranya anda mempunyai budget rendah dan ingin kualiti bunyi,kualiti camera dan juga kelajuan prosesor yang mantap.Inilah smartphone yang anda wajib milik dengan harga serendah kini RM 680,anda boleh dapatkan di pasaran.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca