Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

S.Shamsuddin Trio Bujang Lapok Telah Meninggal Dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin rasa masih tidak terlewat untuk merakaman ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham pelakon veteran S Shamsudin yang  telah meninggal dunia pada 4 Jun 2013. Dimaklumkan ketika itu beliau sedang menikmati sarapan bersama isterinya Puteh Ismoon di rumah mereka di di Blok 101 Bukit Batok, West Avenue 6, #07-34, Jurong, Singapura. Puteh Ismoon, 77 tahun, berkata beliau sebelum itu baru sahaja menyuap mee rebus kepada arwah yang duduk di atas katil sebelum arwah memintanya mengambil air di dapur."Apabila saya kembali semula ke bilik, saya tengok arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan saya terus menjerit memanggil anak bongsu saya yang berada di bilik sebelah untuk melihat keadaan ayahnya.

"Ipin (anak bongsu) cuba beberapa kali memberikan bantuan pernafasan tetapi arwah masih tidak sedar sehinggalah apabila dibawa ke National University Hospital dan akhirnya doktor mengesahkan ayah telah meninggal dunia," katanya. Katanya, doktor mengesahkan ayahnya meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira 10.56 pagi, Selasa. Katanya arwah sebelum ini terlantar sakit hampir tiga tahun akibat menderita penyakit parkinson dan batuk kering.Jenazah yang dibawa pulang ke rumahya dijangka akan dikebumikan Rabu di Pusara Abadi Chua Chu Kang, kira-kira pukul 10.30 pagi.- The Star

Seba sedikit maklumat mengenai pelakon veteran S.Shamsudin adalah merupakan pelakon komedi era 1950-an seniman .Shamsuddin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali berkahwin dengan Puteh Esmoon pada 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak.Allahyarham yang dilahirkan pada 1 Jan 1929 di Pasir Panjang, Singapura merupakan pelakon komedi seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham A R Tompel dan Datuk Aziz Satar. Gandingan mereka bertiga begitu popular dalam siri filem 'Bujang Lapok'.




Filem Pendekar Bujang Lapok

Sepanjang hayatnya Allahyarham membintangi kira-kira 30 filem termasuk 'Nujum Pak Belalang', 'Nasib Si Labu Labi dan 'Tiga Abdul'.Penglibatan  Allahyarham dalam bidang perfileman terjadi secara tidak dirancang apabila beliau ke Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas, Singapura pada 1948 untuk melihat penggambaran filem 'Cempaka'. Beliau diambil berlakon sebagai pelakon tambahan dalam filem itu.

Pengarah filem itu B S Rajhans membayar Shamsuddin RM3 untuk lakonannya yang merupakan bayaran bagi pelakon tambahan ketika itu.Beberapa hari kemudian, beliau memohon bekerja dengan MFP untuk sebarang pekerjaan dan diterima sebagai tukang kayu untuk membina set dan latar belakang filem itu dengan gaji sebanyak RM50 sebulan.

Selain itu, Shamsuddin diberi bayaran tambahan apabila menjadi pelakon tambahan ataupun penari dalam sesebuah filem.Bintang Shamsuddin mula menyinar apabila dipilih sebagai pelakon utama dalam filem 'Tas Tangan Wanita' arahan L Krishnan pada 1952.'Tas Tangan Wanita' merupakan filem komedi yang dilakonkan beliau bersama Osman Gumanti, Neng Yatimah dan Siti Tanjung Perak.

Namanya memuncak selepas P. Ramlee mengarah filem berunsur komedi pertama pada 1957 iaitu filem 'Bujang Lapok' yang menggabungkan tiga watak utama sebagai tunjang cerita iaitu Shamsuddin, Aziz dan P.Ramlee.Berikutan kejayaan besar filem itu, P. Ramlee melanjutkan watak 'Bujang Lapok' melalui tiga buah filem lagi iaitu 'Pendekar Bujang Lapok', 'Seniman Bujang Lapok' dan 'Ali Baba Bujang Lapok'.



Trio lagenda Bujang Lapok



Sumber  - Bernama/The Star

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca