Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Bahaya aluminium dalam anti-perspirant punca penyakit Alzheimer dan kanser payu dara

Kebanyakan deodoran adalah berasaskan alkohol. Alkohol pada asalnya merangsang pengeluaran peluh dan juga dapat memusnahkan bakteria. Bagaimanapun alkohol juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan ada kalanya menjadi radang kemerah-merahan. Selain itu, kebanyakan cecair deodoran memiliki sifat-sifat anti-perspiran, yang mana ia berupaya menghentikan atau mengurangkan pengeluaran peluh secara ketara.

Dengan yang demikian, ia mengurangkan lembapan yang diperlukan oleh bakteria. Bahan yang paling kerap digunakan sebagai agen anti-perspiran adalah aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium zirkonium. Anti-perspiran yang berasaskan aluminium ini akan bertindak balas dengan elektrolit yang ada dalam air peluh, membentuk gel plugs dalam 'sweat glands ducts'. Gel plugs tersebut akan menghalang 'sweat glands ducts' dari mengeluarkan cairan peluhnya. Bagaimanapun ia akhirnya akan dikeluarkan juga melalui pertukaran sel-sel kulit.

Penemuan terakhir telah menunjukkan bahawa aluminium adalah bersifat 'poisonous neurotoxin', yang boleh terkumpul di dalam tubuh. Ia didapati boleh menyebabkan pemendakan amyloid proteins yang menjadi punca kekusutan sel-sel otak dalam kebanyakan kes 'dementia'. Hasil dari kajian tersebut juga mereka menemukan bukti bahawa paras aluminium fluorida serendah 1ppm, boleh menyebabkan kesan buruk terhadap perkembangan otak. Aluminium yang bersifat ‘poisonous neurotoxin’ berpotensi merubah fungsi ‘blood brain barrier’, dan ia adalah salah satu unsur yang tidak ada fungsi dan manfaat terhadap sel-sel hidup.

Tidak menghairankan bahawa penggunaan aluminium dalam anti-perspiran dikatakan mempunyai hubung kait dengan ‘systemic accumulation of aluminium’ , punca meningkatnya risiko  penyakit Alzheimer.

Telah ditemukan juga melalui satu kajian yang dilakukan pada tahun 2004 oleh Dr Kris McGrath, seorang ahli alergi Chicago yang mendakwa telah menemui hubungan antara antiperspiran, mencukur ketiak dan kanser. Beliau percaya bahan penyebab yang terdapat di dalam antiperspiran adalah racun dalam garam aluminium seperti aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium  zirkonium.  Beliau mengatakan, walaupun bahan-bahan tersebut biasanya tidak menembusi kulit dan tidak menimbulkan masalah, namun dengan mencukur boleh mengakibatkan perkara yang sebaliknya terhadap kulit. Perlakuan mencukur sebenarnya, mengganggu kulit seumpama membuka pintu untuk kemasukan bahan-bahan berkenaan, kerana tepat di bawah kulit terdapat sistem lymphatic, yang bersambung dengan payudara.

Dalam kajian tersebut, lebih dari 400 pengidap kanser payudara di Chicago memperakui bahawa mereka biasa menggunakan antiperspirans dan mencukur ketiak. Beliau mendapati bahawa wanita yang melakukan pencukuran ketiak yang kerap mengalami serangan kanser payudara 22 tahun lebih awal dari yang tidak melakukannya.

Terakhir para penyelidik British, telah menemui juga jejak bahan kimia lain yang disebut paraben, digunakan sebagai pengawet dalam deodoran, pada rangkaian yang diambil dari wanita yang mengidap kanser payudara. Mereka juga telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam Journal of Toxicology yang memberikan pandangan kemungkinan bahan kosmetik yang digunapakai pada ketiak menjadi antara faktor penyebab kanser payudara. Walaupun tidak jelas bagaimana berlaku mekanisma yang diajukan, tapi yang pasti adalah lebih selamat untuk mengelakkan semua antiperspiran dan deodoran, yang mengandungi bahan-bahan tersebut demi keselamatan.

Sumber- Bioasli

Bahaya memakai ubat ketiak jenis anti-perspirant,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda pernah menggunakan ubat ketiak ataupun dikenali Deodoran.Ia adalah produk penjagaan kebersihan, yang biasa digunakan dan mudah didapati hampir dalam setiap rumah. Boleh didapati dalam berbagai bentuk, samada pepejal, cecair, ataupun serbuk. 

Digunakan terutamanya di bawah ketiak, bagi menghilangkan bau badan yang berpunca dari aktiviti penguraian bakteria terhadap peluh. Bakteria berkenaan 'memakan' peluh dari apocrine glands, sel-sel kulit mati dan sel-sel bulu roma, lalu mengeluarkan asid 3-methyl-2-hexenoic.

 Apa itu Antiperspiran?

Kebanyakan orang berfikir bahawa antiperspiran dan deodoran adalah sama. Hakikatnya keduanya adalah produk yang sangat berbeza. Perbezaan terletak pada mekanisma fungsi produk ini dan potensinya mempengaruhi kesihatan. Pada dasarnya kedua-duanya merupakan bahan kimia yang menggunakan proses yang berbeza untuk mengurangkan bau badan. Sebahagian bahan tertentu dalam produk berkenaan dikatakan tidak baik untuk kesihatan. Walaubagaimanapun deodoran sering disebut sebagai alternatif yang lebih baik daripada kebanyakan antiperspiran.

Antiperspiran, selain mengandungi bahan wangian, ia juga mengandungi sebatian kimia yang berfungsi menyumbat, menutup atau menghalang pori-pori liang roma dengan astringents kuat seperti garam aluminium klorida, aluminium klorohidrat dan aluminium zirkonium sehingga peluh tidak dapat dilepaskan.

Apa itu Deodoran biasa ?

Sementara deodoran biasa berfungsi dengan meneutralkan bau keringat dan dengan bertindak sebagai antiseptik yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak. Deodoran tidak menghalang keringat, tetapi mencegah bau.Ramai yang mempunyai persepsi yang salah tentang deodoran, iaitu dengan beranggapan bahawa ia hanya bahan beraroma yang menutupi bau badan. 


Oleh itu mereka lebih cenderung untuk memilih antiperspiran, yang mereka anggap berfungsi menghilangkan bau, berbanding deodoran yang pada anggapan mereka hanya menutupi bau.

Kesimpulannya deodoran adalah lebih baik kerana ia tidak mengganggu proses perpeluhan, proses pendinginan tubuh semulajadi.Kumpulan-kumpulan persatuan pengguna serata dunia kini terus menyuarakan keprihatinan atas alasan keselamatan dan kesihatan awam yang berhubung kait dengan produk kecantikan dan tidak terkecuali deodoran dan antiperspiran. Beberapa kajian menunjukkan potensi risiko kesihatan yang berkaitan dengan sebatian aluminium ditemui di dalam kebanyakan antiperspiran. Kajian yang serupa juga telah menemukan risiko yang mungkin disebabkan oleh paraben di dalam beberapa deodoran. Kedua-duanya telah dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik, termasuk kanser payudara.

Cara Dapatkan Sumber Vitamin D3 Yang Murah

Manfaat vitamin D untuk tubuh sangat banyak. Vitamin ini memiliki peran penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Vitamin D juga dapat menghancurkan bakteri dan virus yang ada dalam tubuh kita.

Jika vitamin D dalam tubuh tidak tercukupi, sel-sel pembunuh dari sistem kekebalan (sel T) tubuh tidak mampu melawan infeksi serius yang ada dalam tubuh. Agar sel T dapat melakukan tugasnya dengan baik, sel T harus dipersiapkan dari sel yang tidak aktif menjadi sel pembunuh yang siap untuk menghancurkan virus dan bakteri yang menyerang.

Selain untuk kekebalan tubuh, vitamin yang satu ini juga sangat penting untuk penyerapan kalsium, mineral yang sangat penting untuk menjaga kesehatan dan kekuatan tulang. Akibat kekurangan vitamin D yang paling nyata adalah tulang rapuh.

Vitamin D juga termasuk vitamin yang larut dalam lemak. Vitamin ini juga sangat diperlukan untuk menjaga kesehatan tubuh. Tapi jangan sampai mengkonsumsi vitamin ini secara berlebihan, karena dapat menjadi racun bagi tubuh.

Untuk lelaki dan wanita yang berusia 14-50 tahun dianjurkan untuk mengambil vitamin D sebanyak 200 IU per hari. Untuk usia diatas 51 tahun, kadar vitamin D dalam tubuh harus ditambah menjadi 400 IU per hari. Jika menjangkau usia 71 tahun, kadar pun bertambah menjadi 600 IU per hari.

 Untuk mendapatkan manfaat vitamin D, Anda dapat memperolehnya dari berbagai macam makanan yang biasa.Susu merupakan sumber vitamin D yang paling dikenal. Terlebih lagi sebagian besar produk susu pun saat ini sudah diperkaya dengan vitamin D. Selain susu, Anda juga bisa menemukan manfaat vitamin D dalam makanan seperti ikan tuna, sarden, telur, margarin yang diperkaya dengan vitamin, minyak ikan cod, salmon, makarel, serta sereal yang diperkaya dengan vitamin D.

Selain itu, ada cara yang lebih mudah lagi untuk mendapatkan manfaat vitamin D. Caranya adalah dengan berdiam diri sebentar di bawah sinar matahari pagi. Sinar matahari yang baik yaitu diantara pukul 7 sampai 9 pagi.Berjemur dibawah sinar matahari tidak perlu setiap hari. Hanya dua atau tiga kali dalam seminggu selama 15 minit untuk berjemur sudah mencukupi. Dengan begitu anda akan merasakan manfaat vitamin D selain dari asupan makanan.

Guna Garpu Ransang Seks, Lelaki Warga Emas Kesakitan

Canberra: Banyak cara untuk anda menikmati keseronokan seksual. Tetapi memasukkan garpu ke dalam kemaluan bukan satu daripadanya.

Doktor di Canberra, Australia baru-baru ini berjaya mengeluarkan garpu besi sepanjang 10 sentimeter dari kemaluan seorang lelaki yang memasukkan benda asing itu, kononnya untuk menikmati cara baru keseronokan seks Lelaki berusia 70 tahun itu mengunjungi jabatan kecemasan Hospital Canberra mengadu kemaluannya berdarah.

Dia mengaku memasukkan garpu itu ke dalam uretranya. Malangnya, keseronokan yang diimpikan menjadi mimpi ngeri baginya apabila garpu berkenaan tersekat menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau. Meskipun begitu, dia mengambil masa hingga 12 jam sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Menurut laporan dalam keluaran terbaru Jurnal Pembedahan Antarabangsa, garpu itu tersekat begitu teguh di dalam kemaluan mangsa hingga doktor berdepan dengan kesukaran untuk mengesannya.

Sebaik berjaya menentukan kedudukannya, pelbagai cara digunakan untuk mengeluarkan garpu itu dan akhirnya berjaya selepas mengguna forsep serta pelincir yang banyak.

Lelaki tua itu kemudian dibenarkan pulang dan dijangka tidak berdepan dengan masalah jangka panjang.

Menurut artikel itu yang berjudul “Benda asing yang aneh dalam uretra,’ kes benda asing tersekat di bahagian saluran kencing jarang berlaku.

Pengarang laporan itu berkata, bagaimanapun, ini bukan kali pertama seseorang lelaki cuba memasukkan benda asing ke dalam kemaluan mereka.

Pada masa lalu, kabel telefon, kokain, penyedut, guli, mentol lampu dan ular adalah antara yang pernah dikeluarkan dari kemaluan lelaki.

Doktor Krishanth Naidu, Maurice Mulcahy dan Amanda Chung berkata, mereka memilih untuk menerbitkan kes luar biasa itu supaya ia boleh dibincangkan di kalangan pengamal perubatan memandangkan kes memasukkan garpu ke dalam kemaluan jarang berlaku.

Menurut laporan itu, dalam 20 kes sepanjang sembilan tahun lalu, perbuatan memasukkan objek asing ke dalam kemaluan tidak banyak berlaku dengan lelaki 1.7 kali lebih ramai terbabit dalam perbuatan itu berbanding wanita. - Daily Mail

Masyakat Moden Kini Mudah Diserang Penyakit Akibat Kekurangan Suplemen Vitamin D3 (Vitamin Cahaya Matahari)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.




Bila kita bicara tentang vitamin D3 ini sudah pasti secara spontan kita terfikir kepanasan cahaya matahari.Seboleh-bolehnya masyarakat Malaysia akan mengelak dari terkena pacaran sinar matahari alasan panas dan cahaya UV membahayakan.

Vitamin D3 mengandungi Vitamin D3 (cholecalciferol) yang amat penting untuk kesihatan dan kehidupan. Kekurangan vitamin D dianggarkan menjejaskan 1/3 kepada separuh daripada penduduk dewasa di seluruh dunia. Hidup di tropika cerah Malaysia juga tidak bermakna anda mendapat cukup cahaya matahari nutrien Vitamin D.

Banyak kajian baru-baru ini telah mendapati bahawa Vitamin D - pernah dianggap penting sahaja untuk kesihatan tulang; tetapi ianya berguna seluruh badan, dari mengukuhkan sistem imun untuk mengawal pertumbuhan sel. Lebih daripada 2000 gen atau kira-kira 6 peratus daripada genom manusia dikawal selia (kawalan) dengan Vitamin D. Setiap tisu dalam badan mempunyai reseptor untuk Vitamin D, yang bermaksud bahawa Vitamin D diperlukan pada tahap yang optimum untuk tisu berfungsi dengan baik.

Banyak kajian telah mengaitkan tahap rendah vitamin D dengan 18 jenis kanser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, umur yang berkaitan fungsi mental, multiple sclerosis, artritis reumatoid (RA), kemurungan, osteoporosis (tulang rapuh), osteomalacia (tulang lembut ) dan penyakit gusi. Vitamin D tambahan di kalangan wanita hamil boleh membantu mencegah autisme, mengurangkan risiko pembedahan caesarean serta pra-eklampsia.

Bukti perubatan baru menunjukkan bahawa mendapat cukup Vitamin D boleh menjadi perkara yang paling PENTING yang boleh anda lakukan untuk kesihatan anda.

  • Untuk penyelenggaraan kesihatan umum
  • Sebagai tambahan setiap hari untuk mengurangkan risiko:
    • Osteoporosis dan osteomalacia
    • Kanser
    • Penyakit jantung dan strok
    • Selesema
    • Diabetes
    • Kemurungan
    • Umur yang berkaitan dengan penurunan mental, contohnya. Demensia, penyakit Alzheimer
    • Gangguan autoimun, contohnya. Multiple sclerosis, artritis reumatoid
  • Untuk Individu yang sihat
    1000 IU hingga 2000 IU (3 hingga 5 biji sehari) 
  • Untuk Wanita mengandung dan menyusu
    2000 IU (5 biji sehari)
  • Untuk Senior
    2000 IU (5 biji sehari)
  • Untuk Bayi dan Kanak-kanak
    • 1000 IU (2 atau 3 biji sehari)
    • 1000 IU hingga 2000 IU untuk meningkatkan kesihatan tulang dan untuk faedah jangka panjang (3 hingga 5 biji sehari)

Kesimpulannya, secara realitinya kulit badan kita memerlukan cahaya matahari untuk menjana vitamin D3  untuk kegunaan fungsi badan secara baik.Cara yang lebih mudah lagi untuk mendapatkan manfaat vitamin D. Caranya adalah dengan berdiam diri sebentar di bawah sinar matahari pagi. Sinar matahari yang baik iaitu di antara pukul 7 sampai 9 pagi.

Proton Preve Hatchback dikenali Proton Suprima S akan dilancarkan


Proton Holdings Bhd akan melancarkan model terbarunya, iaitu kereta hatchback lima pintu dengan enjin berkuasa turbo pada Sabtu ini. Pengenalan model itu adalah antara langkah yang diambil oleh pengeluar kereta nasional berkenaan untuk mengukuhkan daya saing bagi berdepan persaingan sengit dalam pasaran automotif tempatan serta meningkatkan kadar penembusan rangkaian modelnya di pasaran antarabangsa.

Proton Suprima S dilengkapi dengan 6 beg udara untuk semua varian, Assist Brek, Kawalan Kestabilan, Kawalan Penjejak, ISOFIX gunung dan sandaran kepala aktif. Selain daripada itu, kedua-dua Eksekutif dan Premium versi mendapat sensor letak kereta belakang, 7 "skrin sentuh sistem audio dengan sistem sat-nav (4 penceramah pada Eksekutif, ditambah 2 lagi tweeters pada Premium) dan melepaskan mobil lain terlalu dekat jauh. Memilih untuk versi Premium membawa anda depan dan sensor belakang tempat letak kereta, kamera undur, upholsteri kulit untuk tempat duduk dan stereng, cermin sisi auto-kali ganda, DRL, Button Permulaan, pengelap Auto, HEADLAMP Auto dan Kawalan Cruise.

Versi Premium juga merupakan aloi 17 inci dengan tayar 215/45, manakala tunggangan versi Eksekutif pada 16 unit inci dengan 205/55 tayar. Terdapat 5 warna yang ditawarkan iaitu Solid White, Fire Red, Silver genetik, Tranquility Black dan baru Atlantic Blue. Harga bermula pada RM76, 388 untuk Eksekutif Solid dan RM79, 638 untuk premium dalam warna solid. Memilih untuk cat metalik bayaran tambahan RM300. 


 

Kenali Penyakit-penyakit Semasa Bulan Syawal

Setelah sebulan berpuasa dan berdisiplin dengan tabiat pemakanan yang sihat kini bertukar wajah menjadi pesta makanan yang menyajikan pelbagai jenis juadah yang lazat dan menggiurkan pabila di bulan Syawal.
Kegilaan menjamu selera menjadi lebih parah dengan budaya rumah terbuka yang biasanya berlanjutan selama sebulan atau mungkin lebih. Walaupun tujuan asal rumah terbuka dan amalan ziarah menziarahi adalah sangat baik dan terpuji iaitu untuk merapatkan silaturrahim dan saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain.Apabila menghadiri jemputan rumah terbuka maka adakalanya secara tidak sedar kita akan terlebih makan dari yang sepatutnya maka secara tidak langsung menjemput penyakit-penyakit yang tidak diingini memasuki tubuh kita.Penyakit-penyakit tersebut adalah seperti berikut :-

Sakit perut dan cirit-birit

Masuk saja ke bulan Syawal, kejadian sakit perut, muntah dan cirit-birit adalah gejala yang sangat kerap berlaku. Ramai di kalangan kita yang mengidap acute gastro-enteritis (keracunan makanan), gastrik dan perut yang meragam akibat pengambilan juadah hari raya tanpa tabiat mengamalkan pemakanan yang sihat.

Kencing manis (diabetes)

Pada bulan Syawal juga ramai pesakit diabetes yang perlu dimasukkan ke hospital kerana kandungan gula di dalam darahnya yang meningkat di luar kawalan. Namun begitu, ada juga pesakit baru yang dikesan mengidap diabetes kerana tabiat pemakanannya yang tidak sihat di sepanjang Ramadhan dan Syawal.

Kegemukan (obesiti)

Sekiranya budaya rumah terbuka tidak diikuti dengan disiplin pemakanan yang baik, maka fenomena ‘seluar longgar’ dek keberkatan Ramadhan dan akan digantikan oleh gejala ‘seluar sendat’ dek kedahsyatan pesta makanan yang berpanjangan di sepanjang Syawal.

Kehebatan seseorang yang berjaya menurunkan berat badannya di bulan Ramadhan hanya boleh dipuji sekiranya dia berjaya mengekalkan berat badan tersebut sehingga di penghunjung Syawal setelah melepasi ujian marathon jamuan demi jamuan tersebut.

Malas untuk beramal

Biasanya kita mudah untuk membaca al-Quran dan solat berjamaah di bulan Ramadhan tetapi lain pula situasinya di bulan Syawal. Surau dan masjid yang biasanya penuh di bulan puasa akan kelihatan kosong dan kurang dikunjungi selepas Ramadhan. Al-Quran yang menjadi teman sehinggakan budaya mengkhatamkannya di sepanjang bulan Ramadhan akan berubah sekelip mata sehinggakan jarang sekali dibeleknya sebagai bekalan hidup dengan berlalunya Ramadhan.

Penyakit lidah

Umumnya adalah lebih mudah bagi umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan untuk menjaga lidahnya daripada tabiat mengumpat, suka berdebat dan kutuk mengutuk di antara satu sama lain. Namun keadaannya berubah setelah berlalunya bulan berkat dan bulan ibadah ini.Lebih menyedihkan lagi apabila gelanggang rumah terbuka ini mungkin menjadi medan mengumpat atau pesta yang bercampur-baur tanpa batasan.

Oleh itu, jadikanlah Syawal yang sedang kita lalui sekarang sebagai satu titik tolak untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik melalui pemakanan yang sihat.

Amalan duit raya kepada kanak-kanak menjadikan mereka mata duitan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ketika admin sedang sibuk memasukkan duit raya ke dalam sampul maka terdetik hati pasal duit raya ini. Sedia maklum bahawa, memberi duit raya sudah menjadi satu tradisi yang telah lama wujud dan terus diamalkan hingga ke hari ini.

Jika tahun 80 an dan 90 an, nilai duit raya kecil, mungkin 5 sen, 10 sen , 20 sen, 50 sen atau paling mahal RM1 dan terhad hanya untuk kanak-kanak. Namun hari ini nilai duit raya yang diberi semakin meningkat RM2, RM3, RM 5 dan ada juga RM10 bergantung kepada kemampuan seseorang.Malah kalau sekarang ini kalau duit raya diberi RM 1, mesti ada kanak-kanak yang mencebik mulut dan merungut-rungut tidak puas hati seolah-olah orang yang memberi duit raya macam pesalah pulak.Hehehehehe

Trend peningkatan jumlah pemberian duit raya dari tahun ke tahun menunjukkan graf kemampuan untuk memberi duit raya semakin meningkat.Kini duit raya tidak lagi untuk kanak-kanak sahaja, remaja dan golongan dewasa juga kadangkala turut menerima duit raya pemberian ahli keluarga yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Ada yang berpendapat semakin meningkat umur, semakin berkurang jumlah kutipan duit raya. Ada juga yang mengatakan bahawa semakin meningkat dewasa, nilai duit raya yang diterima semakin besar contohnya sanak saudara terdekat memberi aku duit raya bernilai RM5 atau RM10 berbanding RM1 ketika admin kanak-kanak.Kanak-kanak pula kalau dilihat daripada reaksi dan tingkah laku mereka, hari raya sememangnya waktu untuk mengumpulkan duit. Apabila bertandang ke rumah sanak saudara duit raya pasti akan jadi keutamaan. Tapi satu perkara yang aku kurang senang ialah, kanak-kanak sekarang dah pandai meminta-minta. Jika dahulu ibu bapa kita mengajar supaya jangan meminta-minta. Kalau orang beri, barulah kita ambil.

Lain pula yang jadi pada masa kini. Ada segelintir kanak-kanak yang gemar meminta-minta duit raya apabila berkunjung ke rumah-rumah. Apabila kanak-kanak mengungkapkan "duit raya takde ke?"  sambil menghulur tangan bersalam.Walaupun mereka masih mentah, usianya baru 5 atau 6 tahun tetapi sikap itu tidak seharusnya ada pada diri mereka. Ibu bapa perlu tegah anak-anak daripada bersikap demikian. Cuma aku terpikir, mungkin ada segelintir ibu bapa yang mengajar anak mereka sedemikian.

 Sebagai ibu bapa kita kena didik anak-anak bahawa ziarah ketika beraya bukan semata-mata untuk duit raya tetapi untuk merapatkan hubungan siratulrahim sesama insan dan saling bermaafan itu yang penting sebenarnya.Jika orang memberi kita terimalah dengan senang hati. Anak-anak perlu didik supaya tidak berkelakuan meminta-minta. Sesetengah orang sangat tidak suka dengan sikap tersebut kerana ia dikatakan satu sikap yang kurang sopan.

Cara Buat rintone lagu raya dengan software android

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Bila dekat raya ni,sudah menjadi trend rakyat Malaysia apabila handphone masing-masing akan set ringtone lagu raya. Admin nak berkongsi dengan anda untuk membuat ringtone raya dengan menggunakan aplikasi android.

Aplikasi yang dimaksudkan ialah Music Ringtone Editor Pro


Cukup mudah sekali kalau guna aplikasi ini walaupun pertama kali menggunakannya.

Langkah menggunakan aplikasi ini.
1. Buka aplikasi ini
2. Pilih lagu yang hendak di buat ringtone.
3.Gerak butang seperti gambar di atas mengikut kemahuan anda.- bahagian mana yang dipilih dan panjang mana rintone tersebut. Semuanya dengan mengubah butang seperti di atas
4. Setelah anad apuas hati keratan lagu yang ini dibuat ringtone.
5. Klik save.

Setujukah Had Laju DIkurangkan 10 KM/J pada Musim Raya 2013? Sila beri komen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesuatu yang megejutkan apabila admin dimaklumkan oleh rakan kadar had laju pemanduan di jalan raya sempena perayaan adil fitri dan diminta berhati-hati semasa memandu kerana operasi speed trap. Berdasarkan maklumat berita dimaklumkan kadar Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10km sejam (km/j) dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan ‘balik kampung’ untuk menyambut Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pengurangan kadar had laju itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos.Katanya sehubungan itu had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.


"Langkah ini diambil bagi memberi kesedaran pada orang ramai mengenai keselamatan jalan raya yang mana kelajuan tinggi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan angka kemalangan saban tahun.
“Justeru kerajaan berharap bahawa tindakan dan intervensi ini akan membawa impak positif dalam usaha mengurangkan kemalangan, kadar kecederaan parah serta kematian akibat kemalangan jalan raya,”

 Sebagai langkah peringatan kepada pemandu, 

Papan tanda pemberitahuan ‘Zon Operasi Kamera’ yang mencukupi akan dipasang dalam lingkungan dua kilometer daripada lokasi kamera.Sistem itu yang akan dilaksanakan di 825 kawasan berisiko kemalangan dan kawasan lampu isyarat pada mulanya dijangka dilaksana sepenuhnya di seluruh negara bermula 12 Ogos ini.

Berdasarkan kenyataan Menteri Pengangkutan, adakah anda bersetuju dengan langkah -l angkah yang cuba dilaksanakan ini bagi mengatasi kemalangan pada musim perayaan.




Yang pasti admin melihat langkah ini,membebankan para pemandu terutama yang balik jauh.Bagi had kelajuan biasa,ada pemandu pulang ke kampung mengambil masa 8 -10 jam .Tapi bayangkan langkah pengurangan had laju dibuat.Berapa masa akan diambil oleh pemandu tersebut untuk sampai ke destinasi. Yang pasti tak ramai akan bersabar dengan perjalanan seumpama ini,bayang 8-10 jam di dalam kereta. Penat dan keletihan badan pasti akan menjejaskan pemanduan.Kebarangkalian tinggi kemalangan pasti terjadi.





Selain itu,admin melihat pengurangan had laju nanti satu situasi kesesakan luar biasa akan berlaku.Anda pernah mengekori treler panjang tidak? Cuba anda bayangkan treler panjang itu membawa kelajuan 80 km sejam dan kereta anda berada di belakang treler dan kelajuan anda pasti kurang 80 km sejam bukan.Dan bayangkan ada lagi kenderaan -kenderaan lain mengekori belakang anda.Sudah pasti kelajuan kereta mereka  pun akan berkurang dari kereta dihadapan.Situasi ini tidak ubah seperti kepala keretapi dan gerabak -gerabaknya. Sanggupkah anda melayan situasi begini dengan berkhemah. Mungkin 30 minit pertama anda akan akur..namun apabila badan sudah letih dengan rengekkani anak-anak dalam  kereta kerana bosan mungkin anda menjadi stress dan luar kawalan dan cuba memotong kenderaan di hadapan. Kalau tidak bernasib baik mungkin pertembungan kenderaan akan berlaku maka kemalangan terjadi.



Dan yang penting sekali,setiap langkah pengurangan had laju ini pasti operasi had kelajuan dijalankan.Yang pasti ribuan saman akan dikeluarkan.Dengan kelajuan yang baru ini rasanya kadar saman akan meningkat 2 kali ganda. Rasanya had laju 80km/j ke 70 km/j yang banyak kena saman. Maksud tersirat pengurangan had kelajuan ini, yang pasti kerajaan akan memperolehi keuntungan dari saman dikelaurkan.Oh ! tidak sebenarnya bukan kerajaan tetapi syarikat -syarikat AES yang untung lebih berdasarkan perjanjian pembahagian kutipan saman.

"Menurut jawapan Menteri Pengangkutan, sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya dikutip. Agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 menyaksikan sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan. Ia adalah berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi."


Yang pasti kemalangan akan tetap berlaku sekiranya tidak berkurang malah bertambah dengan banyaknya.Bagi pemandu yang kena saman tetap kena bayar saman tetapi bagi kena saman tetapi terbabit dengan kemalangan maut maka automatik terlepaslah ia.Nasihat admin kepada sesiapa saja yang akan memandu balik ke kampung halaman,berhati-hati di jalan raya.

Sila beri komen anda di ruangkan komen.  

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca