Canberra: Banyak cara untuk anda menikmati keseronokan seksual.
Tetapi memasukkan garpu ke dalam kemaluan bukan satu daripadanya.
Doktor di Canberra, Australia baru-baru ini berjaya mengeluarkan garpu
besi sepanjang 10 sentimeter dari kemaluan seorang lelaki yang
memasukkan benda asing itu, kononnya untuk menikmati cara baru
keseronokan seks Lelaki berusia 70 tahun itu mengunjungi jabatan
kecemasan Hospital Canberra mengadu kemaluannya berdarah.
Dia mengaku memasukkan garpu itu ke dalam uretranya. Malangnya,
keseronokan yang diimpikan menjadi mimpi ngeri baginya apabila garpu
berkenaan tersekat menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau.
Meskipun begitu, dia mengambil masa hingga 12 jam sebelum membuat
keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Menurut laporan dalam keluaran terbaru Jurnal Pembedahan Antarabangsa,
garpu itu tersekat begitu teguh di dalam kemaluan mangsa hingga doktor
berdepan dengan kesukaran untuk mengesannya.
Sebaik berjaya menentukan kedudukannya, pelbagai cara digunakan untuk
mengeluarkan garpu itu dan akhirnya berjaya selepas mengguna forsep
serta pelincir yang banyak.
Lelaki tua itu kemudian dibenarkan pulang dan dijangka tidak berdepan dengan masalah jangka panjang.
Menurut artikel itu yang berjudul “Benda asing yang aneh dalam uretra,’
kes benda asing tersekat di bahagian saluran kencing jarang berlaku.
Pengarang laporan itu berkata, bagaimanapun, ini bukan kali pertama
seseorang lelaki cuba memasukkan benda asing ke dalam kemaluan mereka.
Pada masa lalu, kabel telefon, kokain, penyedut, guli, mentol lampu dan
ular adalah antara yang pernah dikeluarkan dari kemaluan lelaki.
Doktor Krishanth Naidu, Maurice Mulcahy dan Amanda Chung berkata, mereka
memilih untuk menerbitkan kes luar biasa itu supaya ia boleh
dibincangkan di kalangan pengamal perubatan memandangkan kes memasukkan
garpu ke dalam kemaluan jarang berlaku.
Menurut laporan itu, dalam 20 kes sepanjang sembilan tahun lalu,
perbuatan memasukkan objek asing ke dalam kemaluan tidak banyak berlaku
dengan lelaki 1.7 kali lebih ramai terbabit dalam perbuatan itu
berbanding wanita. - Daily Mail
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Dalam keseronokan mendengar lagu di radio dalam kereta...terdetik di hati admin nak tahu siapakah...
-
Baru-baru ini kereta admin mengalami kejadian overheat.Ket ika itu admin dalam perjalan ke pekan di mana secara tiba-tiba ekon tak se juk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment