Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Amalan duit raya kepada kanak-kanak menjadikan mereka mata duitan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ketika admin sedang sibuk memasukkan duit raya ke dalam sampul maka terdetik hati pasal duit raya ini. Sedia maklum bahawa, memberi duit raya sudah menjadi satu tradisi yang telah lama wujud dan terus diamalkan hingga ke hari ini.

Jika tahun 80 an dan 90 an, nilai duit raya kecil, mungkin 5 sen, 10 sen , 20 sen, 50 sen atau paling mahal RM1 dan terhad hanya untuk kanak-kanak. Namun hari ini nilai duit raya yang diberi semakin meningkat RM2, RM3, RM 5 dan ada juga RM10 bergantung kepada kemampuan seseorang.Malah kalau sekarang ini kalau duit raya diberi RM 1, mesti ada kanak-kanak yang mencebik mulut dan merungut-rungut tidak puas hati seolah-olah orang yang memberi duit raya macam pesalah pulak.Hehehehehe

Trend peningkatan jumlah pemberian duit raya dari tahun ke tahun menunjukkan graf kemampuan untuk memberi duit raya semakin meningkat.Kini duit raya tidak lagi untuk kanak-kanak sahaja, remaja dan golongan dewasa juga kadangkala turut menerima duit raya pemberian ahli keluarga yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Ada yang berpendapat semakin meningkat umur, semakin berkurang jumlah kutipan duit raya. Ada juga yang mengatakan bahawa semakin meningkat dewasa, nilai duit raya yang diterima semakin besar contohnya sanak saudara terdekat memberi aku duit raya bernilai RM5 atau RM10 berbanding RM1 ketika admin kanak-kanak.Kanak-kanak pula kalau dilihat daripada reaksi dan tingkah laku mereka, hari raya sememangnya waktu untuk mengumpulkan duit. Apabila bertandang ke rumah sanak saudara duit raya pasti akan jadi keutamaan. Tapi satu perkara yang aku kurang senang ialah, kanak-kanak sekarang dah pandai meminta-minta. Jika dahulu ibu bapa kita mengajar supaya jangan meminta-minta. Kalau orang beri, barulah kita ambil.

Lain pula yang jadi pada masa kini. Ada segelintir kanak-kanak yang gemar meminta-minta duit raya apabila berkunjung ke rumah-rumah. Apabila kanak-kanak mengungkapkan "duit raya takde ke?"  sambil menghulur tangan bersalam.Walaupun mereka masih mentah, usianya baru 5 atau 6 tahun tetapi sikap itu tidak seharusnya ada pada diri mereka. Ibu bapa perlu tegah anak-anak daripada bersikap demikian. Cuma aku terpikir, mungkin ada segelintir ibu bapa yang mengajar anak mereka sedemikian.

 Sebagai ibu bapa kita kena didik anak-anak bahawa ziarah ketika beraya bukan semata-mata untuk duit raya tetapi untuk merapatkan hubungan siratulrahim sesama insan dan saling bermaafan itu yang penting sebenarnya.Jika orang memberi kita terimalah dengan senang hati. Anak-anak perlu didik supaya tidak berkelakuan meminta-minta. Sesetengah orang sangat tidak suka dengan sikap tersebut kerana ia dikatakan satu sikap yang kurang sopan.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca