Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Punca penyakit tekanan darah tinggi @ hypertension

GEJALANYA tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa. Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi.Dianggarkan 4.8 juta individu menghidap hipertensi di Malaysia. Hampir dua pertiga daripada individu yang menghidap hipertensi di Malaysia tidak menyedari mereka ada penyakit itu. 


 Hipertensi ialah kenaikan tekanan darah dalam arteri atau salur darah yang membawa darah dari jantung untuk dipam ke semua tisu dan organ badan kadar bacaan normal. Ada dua jenis tekanan darah iaitu sistolik (tekanan darah ketika kontraksi otot jantung / bacaan atas) dan distolik (ketika jantung berehat mengepam / bacaan bawah).Tekanan darah yang normal ialah bawah 120/80; tekanan darah di antara 120/80 dan 139/89 dipanggil ‘pra-hipertensi’, dan tekanan darah 140/90 ke atas dianggap tinggi.

Banyak faktor boleh mempengaruhi tekanan darah, termasuk:
  • Kandungan air dan garam di dalam badan
  • Keadaan buah pinggang, sistem saraf atau saluran darah
  • Tahap hormon badan yang berbeza
Risiko tekanan darah tinggi meningkat sekiranya:
  • Obesiti
  • Sering tertekan atau cemas
  • Minum alkohol terlalu banyak
  • Mengambil terlalu banyak garam dalam diet
  • Keluarga mempunyai sejarah kes tekanan darah tinggi
  • Menghidap diabetes
  • Merokok
Pilihan rawatan Tekanan Darah Tinggi
Beberapa jenis rawatan diguna untuk merawat tekanan darah tinggi, termasuk:
  • Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors
  • Angiotensin receptor blocker
  • Diuretik
  • Beta-blockers
  • Calcium channel blockers
  • Alpha-blockers
  • Alpha-agonists
  • Renin inhibitors
  • Gabungan ubatan
Rawatan tanpa ubatan ialah dengan mengubah gaya hidup terutamanya mengurangkan pengambilan garam, mengurangkan berat badan berlebihan memenerusi diet, mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat, lemak dan makanan berkalori tinggi dan senaman.

Selain itu, hentikan tabiat merokok agar tahap kesihatan meningkat secara menyeluruh, kurangkan stres dengan mengawal puncanya, bersenam dan uruskan masa dengan bijak.Diuretik sering disyorkan sebagai terapi utama bagi kebanyakan pengidap hipertensi.Bagaimanapun, rawatan selain diuretik mungkin ditetapkan sebagai terapi pertama jika pesakit mempunyai masalah perubatan tertentu.

Sebagai contoh, perencat ACE sering menjadi pilihan untuk pesakit diabetes.
Jika satu daripada ubat tidak berkesan atau tidak dipersetujui, jenis ubat lain boleh didapati.
Jika bacaan tekanan darah 20/10 mata lebih tinggi daripada sepatutnya, doktor mungkin mempertimbangkan untuk memulakan rawatan dengan dua ubat atau gabungan ubat.-MyMetro

Lelaki Lemah Tenaga Batin Punca Ubat Darah Tinggi @ Hypertension

Ramai pesakit hipertensi  perlu telan berpuluh biji pil-pil ubat kimia yang dikatakan boleh mengawal tekanan darah tinggi. Mereka "dipaksa" untuk mengambil ubat-ubat itu buat selama-lamanya kerana sejurus selepas mereka berhenti ambil ubat itu, tekanan darah akan melampung naik lagi.

Apa yang lebih menyedihkan adalah bilangan atau 'dosage' ubat mengawal tekanan darah tinggi yang perlu diambil itu cuma akan semakin bertambah dari tahun ke setahun. Apa logiknya? Bukankah ubat-ubat tersebut sepatutnya mengembalikan kesihatan kita? Kenapa makin makan, makin teruk keadaannya? 

Masalah tekanan darah tinggi yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Tekanan Darah Tinggi BUKAN satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan macam-macan bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini.


Kalau tekanan darah tinggi itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, tekanan darah tinggi TIDAK menjangkit! Tekanan darah tinggi bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apakah fungsi ubat-ubat hipertensi yang doktor bagi itu?


Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit tekanan darah tinggi:-


1. Diuretic
Ubat jenis ini merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk kurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan itu rendahkan tekanan darah.


2. Vasodilator 
Ubat jenis ini merangsang dinding kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran darah.


3. Alpha Blocker 
Ubut jenis ini mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang.


4. ACEs Inhibitor 
Ubat jenis ini memberhentikan penghasilan hormon yang merangsang saluran darah menjadi tegang.


Untuk tujuan pengawalan semasa tekanan darah anda menjadi tinggi, anda memang perlu ambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan tekanan darah, tetapi anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut buat selama-lamanya. Ini adalah kerana ubat-ubat kimia tersebut mungkin menimbulkan kesan-kesan sampingan yang jarang diberitahu. 

Antara kesan-kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubat hipertensi adalah:


1. Memori Lemah 
Anda perasan tak? Sejak anda mula mengambil ubat-ubat hipertensi, daya ingatan anda semakin merosot. Anda kerap lupa dimana anda letak kunci kereta atau perkara-perkara yang baru berlaku tidak lama.


2. Letih dan lesu
Ramai pesakit hipertensi kerap rasa letih dan lesu, mereka rasa tiada "Ohhm...!" untuk melaksanakan kegiatan harian. Malah, terdapat juga orang rasa kekuatan batin merosot dan kerap alami sakit kepala.


3.Emotional - Anda sendiri mungkin tidak perasan tentang perubahan ini. Sila tanya ahli keluarga yang telah lama hidup bersama anda, adakah anda telah menjadi senang marah dan 'moody' sejak kebelakangan ini.


Jadi, lain kali sebelum anda terima sebarang ubat atau suntikan daripada doktor, anda patut tanya pada beliau, apakah kesan sampingan ubat tersebut jika diambil berterusan buat jangka masa yang panjang? 

Adakah bahan-bahan kimia di dalam pil-pil ubat itu akan menyebabkan kegagalan buah pinggang jika kerap digunakan? Kenapa 'dosage' ubat tersebut menjadi semakin tinggi dan kenapa tekanan darah TIDAK nampaknya berkurangan pun? Sila minta beliau bagi jawapan yang jujur dan ikhlas, ia merupakan hak asasi anda untuk ketahui kebenarannya.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca