Ramai pesakit hipertensi
perlu telan berpuluh biji pil-pil ubat kimia yang dikatakan boleh
mengawal tekanan darah tinggi. Mereka "dipaksa" untuk mengambil
ubat-ubat itu buat selama-lamanya kerana sejurus selepas mereka berhenti
ambil ubat itu, tekanan darah akan melampung naik lagi.
Apa yang lebih menyedihkan adalah bilangan atau 'dosage' ubat mengawal
tekanan darah tinggi yang perlu diambil itu cuma akan semakin bertambah
dari tahun ke setahun. Apa logiknya? Bukankah ubat-ubat tersebut
sepatutnya mengembalikan kesihatan kita? Kenapa makin makan, makin teruk
keadaannya?
Masalah tekanan darah tinggi yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Tekanan Darah Tinggi BUKAN
satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan
dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan macam-macan
bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini.
Kalau tekanan
darah tinggi itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia
patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, tekanan
darah tinggi TIDAK menjangkit! Tekanan darah tinggi bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apakah fungsi ubat-ubat hipertensi yang doktor bagi itu?
Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit tekanan darah tinggi:-
1. Diuretic
Ubat jenis ini merangsang buah pinggang supaya meningkatkan
pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk kurangkan kandungan
cecair di dalam darah dan dengan itu rendahkan tekanan darah.
2. Vasodilator
Ubat jenis ini merangsang dinding kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran darah.
3. Alpha Blocker
Ubut jenis ini mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang.
4. ACEs Inhibitor
Ubat jenis ini memberhentikan penghasilan hormon yang merangsang saluran darah menjadi tegang.
Untuk tujuan pengawalan semasa tekanan darah anda menjadi tinggi, anda memang perlu
ambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan tekanan darah, tetapi anda
tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut buat selama-lamanya.
Ini adalah kerana ubat-ubat kimia tersebut mungkin menimbulkan
kesan-kesan sampingan yang jarang diberitahu.
Antara kesan-kesan
sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubat hipertensi adalah:
1. Memori Lemah
Anda perasan tak? Sejak anda mula mengambil ubat-ubat hipertensi,
daya ingatan anda semakin merosot. Anda kerap lupa dimana anda letak
kunci kereta atau perkara-perkara yang baru berlaku tidak lama.
2. Letih dan lesu
Ramai pesakit hipertensi kerap rasa letih dan lesu, mereka rasa tiada
"Ohhm...!" untuk melaksanakan kegiatan harian. Malah, terdapat juga
orang rasa kekuatan batin merosot dan kerap alami sakit kepala.
3.Emotional -
Anda sendiri mungkin tidak perasan tentang perubahan ini. Sila tanya
ahli keluarga yang telah lama hidup bersama anda, adakah anda telah
menjadi senang marah dan 'moody' sejak kebelakangan ini.
Jadi, lain kali
sebelum anda terima sebarang ubat atau suntikan daripada doktor, anda
patut tanya pada beliau, apakah kesan sampingan ubat tersebut jika
diambil berterusan buat jangka masa yang panjang?
Adakah bahan-bahan
kimia di dalam pil-pil ubat itu akan menyebabkan kegagalan buah pinggang
jika kerap digunakan? Kenapa 'dosage' ubat tersebut menjadi semakin tinggi dan kenapa tekanan darah TIDAK nampaknya berkurangan pun? Sila minta beliau bagi jawapan yang jujur dan ikhlas, ia merupakan hak asasi anda untuk ketahui kebenarannya.
No comments:
Post a Comment