Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Jana pendapatan dari blog anda dengan Mobicow iaitu program pengiklanan melalui smartphone



Apa itu Mobicow ? Mobicow adalah satu pengiklanan yang menawarkan pendapatan sampingan kepada blogger yang menyertainya. Ianya amat mudah, berkesan dan paling cepat untuk menjana wang melalui blog anda.

Ia merupakan satu program yang membayar publisher berdasarkan eCPM. Secara ringkasnya model eCPM ini akan membayar publisher bagi setiap 1000 impresi.Kadar eCPM adalah antara USD 0.29 hingga USD 10 bergantung kepada lokasi. Kadar eCPM bagi Malaysia adalah antara USD 1.09 hingga USD 1.94. Pembayaran Pembayaran akan dilakukan melalui PayPal dan minimum pembayaran ialah USD5.00. Tempoh pembayaran ialah dalam masa 30 hari.


Kini anda sebagai blogger sepenuh masa atau apa sahaja boleh menjana pendapatan dari Mobicow. Anda tidak perlu risau untuk buat duit dengan Mobicow kerana ia tidak mengganggu iklan sedia ada yang mensasarkan pengguna PC, netbook atau laptop. Iklan Mobicow ini khusus kepada pengguna telefon pintar yang melayari blog anda. 

Oleh itu ia boleh digunakan bersama dengan iklan lain seperti Adsense, Nuffnang dan lain-lain.Dengan Mobico anda hanya perlu daftar dan biarkan sahaja. Bila cukup duit nanti pihak Mobicow akan hantar komisyen terus ke Paypal anda.

Klik link ini untuk daftar





Puas Hati menginap di Hotel Wess Inn Taiping dengan kadar serendah RM 58 semalam

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Admin berkesempatan menginap di sebuat hotel budget di Kamunting berdekatan dengan Tesco taiping dan Aeon Taiping dan  tidak jauh dengan Tune Hotel atas sebab urusan rasmi selama 3 hari.

Macamana admin boleh menginap di hotel ini ? Kebiasaanya admin akan cuba tempah hotel melalui Agoda,Booking.com dan Trivago namun hasil carian kadar harga hotel yang ditawarkan agak mahal bagi kawasan Taiping. Paling murah dalam RM 40 semalam tetapi admin rasa tak selesa sebab katil tilam jenis tingkat dan jenis berkongsi penginap yang lain dalam satu bilik.(4 orang satu bilik)

Admin google dalam internet dan menjumpai Hotel Wess Inn Taiping yang menawarkan kadar semalam yang agak berpatutan dengan kemudahan yang disediakan.Admin menginap dua malam di situ.Hari pertama admin kena bayar RM 100 bagi harga bilik starndar katil kelamin (harga bilik RM 68 + RM 32 (deposit) ). Hari kedua admin bayar RM 58 sahaja bagi harga bilik.

http://dattayamuthiah.blogspot.my/2012/08/new-hotels-in-taiping.html


Keadaan bilik agak luas dan mempunyai tingkap.Bilik hawa dingin dan mempunyai pancutan mandian air panas.Ada sabun mandi disediakan,tuala  dan 2 botol air minuman juga disediakan. Admin dapat bilik ditingkat satu dan terpaksa menaiki tangga.Tiada perkhidmatan lif disediakan.Parking pun juga disediakan.Kaunter hotel ada seorang petugas kaunter yang akan melayani keperluan anda. Apa apa keperluan barang lain admin boleh dapatkan di stesen minyak di sebelah hotel sahaja ataupun anda boleh berjalan kaki tidak sampai 100 meter ke Tesco Taiping.

Keseluruhan admin puas hati dengan layanan pihak hotel.Sekiranya anda ingin berjalan jalan di Taiping sebagai pelancong, hotel ini saya syurkan kepada anda bagi yang mempunyai budget yang kecil untuk penginapan.


Rasa serik sudah nak beli kat Guardian Malaysia Online shop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ingat tak post admin pasal beli barang online dari Guardian Online. Gara gara kerana sabun ketul Lifebuoy Clinic Care 10 yang menyebabkan admin sanggup mencari sejauh 200km hanya kerana ingin mendapatkan sabun ini di Guardian. 

Malangnya nasib admin kerana tinggal bukan di bandar besar tetapi agak terceruk di pendalaman.Jadi nak dapatkan sabun ini agak sukar kerana Guardian di bandar admin kedainya berskala kecil dan hanya jual jenis cecair sahaja.Itulah sebab admin ambil keputusan untuk membeli secara online memandangkan Guardian menyediakan perkhidmatan pembelian secara online.

Namun apa yang admin simpulkan bahawa langit tidak selalunya cerah. Tidak seperti pembelian admin secara online sebelumini seperti Lazada,Zalora,Lelong.com.my di mana rekod penghantaran barang adalah sangat memuaskan dan maklumbalas dari penjual sentiasa ada. Inilah pertama kali membeli di Guardian online.Selepas ini memang admin seperti trauma nak beli di Guardian Online lagi.



Bayangkan admin order 22.02.2016 sabun lifebuoy bernilai RM 14.50 (nilai tak mahal mana pun) baru 16.3.2016 baru barang yang dibeli sampai di tangan admin melalui khidmat courier GDEX.Itu pun berapa kali telefon tanya bahagian operator tentang status order dan seperti biasa jawapan klise  didengari.Selain admin call,ada juga admin tanya melalui Guardian Malaysia Facebook pada 1 Mac 2016 dan jawapan respon pada adalah "Hi Lilnaldo,  kami akan menyemak dengan E-store kami dan membalas anda secepat mungkin."

14.3.2016 baru dapat respon jawapan


Jawapan standart yang diberi selepas itu senyap sepi.Admin dah bengang dah waktu tuh..dok berkira nak report kat tribunal pengguna dah..tak kiralah nilai belian kecik pun asalkan puashati dapat suatu tindakan oleh pihak berkenaan berkiatan masalah admin.Tapi bila fikir-fikir balik admin batalkan hasrat itu.Admin cuba sekali lagi tanya status pada 11 Mac 2016 dan akhirnya jawapan yang dinantikan 14.3.2016 seperti sreenshot di atas.Susah benar nak bagi maklumbalas kapada pelanggan yang stok kehabisan. Akhirnya setelah menanti 23 hari barang yang ditunggu-tunggu telah selamat sampai di tangan.Alhamdulillah.



Kesimpulannya,bagi pendapat admin biarlah pembelian online melalui Guardian Online adalah yang terakhir dan tiada dah selepas ini.Mungkin nasib kita tak sama.Mungkin ada orang cakap ok je beli dan cepat aje diaorang hantar cepat aje.Semuanya bergantung kepada takdir.Apa-apapun Guardian.com.my kena tengok balik Syarat-syarat yang mengatakan penghantaran akan dibuat dalam masa 5 hari selepas pembayaran telah disahkan.

 

 

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca