Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Pelan Internet Termurah RM 28 sebulan (1GB data + Masa Panggilan 50 minit ) cukup berbaloi?

Pada 26 Ogos 2014 genaplah sebulan penghijrahan sementara admin daripada menggunakan perkhidmatan Celcom kepada UMobile.  Macam mana admin boleh  nak beralih angin adalah untuk merasai  pelan data yang boleh dikatakan termurah sekarang ini di pasaran berbanding yang lain. 

Untuk pengetahuan anda, admin masih mengekalkan nombor lama Celcom kerana handphone admin menyokong 2 simkad.

Jadi admin nak beri testimoni pasal pelan Unlimited Mobile Internet Umobile RM 28 (1 Gb Data, 50 minit masa panggilan dan 30 sms) yang  hampir sebulan admin menggunakannya.Seperti yang kita sedia maklum UMobile ni boleh dikatakan antara syarikat telekomunikasi yang tidak kurang hebatnya menawarkan pelan-pelan yang cukup berbaloi kepada pengguna jika nak dibandingkan dengan pesaingnya yang dah berkurun bertapak di Malaysia walaupun kawsan liputannya dia tak besar dan tertumpu kepada bandar besar.  Tapi pihak UMobile menjalinkan usahasama bersama syarikat Maxis sebagai partner mereka untuk menyediakan perkhidmatan ‘Domestic Roaming (DR)’ kepada pelanggan UMobile.

Dengan kata lain pengguna masih boleh nak call atau pun sms orang lain walaupun takde line UMobile kat kawasan itu sebab akan dicover oleh line Maxis tadi.  Kalau nak tau samada DR tu aktif atau tidak boleh tengok dekat skrin henset masing-masing.  Kalau keluar nama Maxis maknanya
Domestic Roaming sedang dalam keadaan aktif.

Memandangkan admin tinggal di daerah Hulu Perak,Perak dan setakat ni memang ada masalah dari segi liputan 3G.  Bagi kawsan luar bandar seperti temat tinggal admin line 2G memang ada cuma line UMobile3G agak terhad.Ini menyebabkan admin menjadi cukup hampa dengan liputan Umobile kerana 3G diperlukan untuk sambungan internet.


Pelan ni saya dibekalkan dengan kuota data internet sebanyak 1GB sebulan, 50 minit panggilan percuma dan 30 sms percuma.  Tapi kalau kuota data sudah sampai limit sebelum genap tempoh sebulan terlebih pakai maka kelajuan internet yang akan dikawal oleh Umobile kepada 64kbps. Sebab itulah ianya dipanggil Unlimited internet Pelan.  Untuk panggilan dan sms tu pulak kena bayar ikut kadar standard yang ditetapkan bila benda free tadi dah habis digunakan.

 
Pada pandangan admin,pelan ini memang cukup untuk penggunaan sebulan bagi yang mencari pelan berjimat iaitu tidak sampai RM 30 sebulan.  Dengan  melayari internet yang ringan , ber-whatsapp dan ber-Facebook. Dari segi kelajuan internet  memang laju bila berada dalam kawasan 3G dan sangat lembab dalam kawasan liputan 2G.

Kesimpulannya, bagi admin setakat ini pelan terbaik yang ditawarkan dan cukup berbaloi jika dibanding pelan Celcom yang admin pakai sekarang. Kebiasaaanya admin topup RM 30 untuk aktif airtime sebulan meliputi masa panggilan dan sms sahaja. Kalau nak langgan internet Celcom  kena  bayar lain dan pilih pelan mobile internet celcom iaitu RM 5 sehari/RM 17 seminggu dengan kuota ataupun Pelan Sosial Chat Celcom . Kesudahannyai kita sebagai pengguna kena keluar duit juga akhirnya. Itu yang frust sekali bagi admin. Yang pasti admin amat mengharapkan Celcom akan ada pelan macam Umobile ini.

Apa yang admin kongsikan adalah pandangan peribadi setakat yang admin guna dan pengalaman masing-masing mungkin berbeza untuk setiap individu.  Tapi kalau anda  tengah atau pun pernah guna UMobile, anda sangatlah dialu-alukan untuk share pengalaman masing-masing kat bahagian komen.Terima kasih.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca