Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kebaikan Vitamin B Complex

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya untuk mendapatkan faedah yang optimum.
Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Vitamin B-Complex terdiri daripada :-
  1. Vitamin B1 (thiamine)
  2. Vitamin B2 (riboflavin)
  3. Vitamin B3 (niacin or niacinamide)
  4. Vitamin B5 (pantothenic acid)
  5. Vitamin B6 (pyridoxine, pyridoxal, or pyridoxamine, or pyridoxine hydrochloride)
  6. Vitamin B7 (biotin)
  7. Vitamin B9 (folic acid)
  8. Vitamin B12 (various cobalamins; commonly cyanocobalamin in vitamin supplements)
 
Siapa sebenarnya yang perlu Vitamin B-complex ?
  • Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yangTerdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

Gejala kekurangan vitamin B:

  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress

Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.
Sumber Vitamin B

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  1. Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro
  2. Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  3. Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  4. Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  5. Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  6. Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  7. Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Cara yang paling meluas orang menambah kumpulan  vitamin B adalah dengan mengambil suplemen makanan tambahan yang boleh didapati di kedai-kedai dan pasar raya, serta minuman tenaga, yang bagaimanapun boleh membentuk satu ancaman kepada kesihatan. Ini adalah kerana pengambilan dos yang tinggi bagi vitamin B boleh menghasilkan kesan yang berbahaya, iaitu anafilaksis, kulit kemerahan, rasa loya dan ketoksikan hati, gatal-gatal dan sakit kepala, keadaan neurologi dan masalah kulit.

Logo baru Hari Merdeka 2012

Logo baru

Assalamulaikum...

Selepas Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan pembatalan logo Merdeka sebelum ini, yang baru pula telah muncul di akhbar-akhbar utama sejak minggu lepas.

Logo ini memaparkan unsur-unsur yang sama tetapi dengan grafik yang lebih baik berbanding dengan logo sebelumnya yang semata-mata dibuat melalui gabungan fon yang sedia ada pada editor grafik Photoshop.


Logo baru yang muncul di muka depan beberapa akhbar seperti 
Berita Harian, Utusan Malaysia dan New Straits Times sejak minggu lepas mempunyai nombor 55 dalam warna biru dan kuning dengan garis merah berombak di atasnya.
Logo Merdeka  2012 Yang Lama


Selain daripada itu, ia juga mempunyai logo 1Malaysia serta tulisan "Merdeka" dan "Janji Ditepati".


Nampaknya, logo kali ni nampak lebih menarik dan sesuai dengan tema merdeka negara ini

Edisi Mesti Baca : Basuh Tin Minuman Sebelum Minum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Menjadi kebiasaaan apabila haus kita akan membeli tin minuman dari kedai-kedai dan terus membuka dan meneguknya tanpa membasuhnya dahulu dengan anggapan secara mata kasar tin minuman tersebut bersih.

Cara Atasi Fail Dan Folder Tersembunyi Dalam Pendrive Akibat Virus Komputer

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tip komputer untuk kali ini adalah bagaimana untuk mendapatkan kembali fail/folder di dalam pendrive anda hilang disebabkan oleh virus komputer. Kebiasaaanya, reaksi spontan apabila pendrive anda yang sarat dengan fail/folder tiba-tiba kosong apabila pendrive anda dihubungkan dengan komputer.Ini adalah kerana pendrive anda telah terkena jangkitan virus yang menyembunyikan semua fail dan folder anda.
Jangan panik atau meroyan sorang-sorang ok. Di sini ada tips yang mudah untuk mengembalikan fail/folder anda yang hilang itu. Anda disyurkan untuk  menggunakan perisian USB Show untuk memulihkan fail/folder anda yang telah hilang itu.Ianya cukup mudah dan cepat.Walaupun ianya buatan Sepanyol namun perisian ini dibekalkan dengan version english.Just klik english version.

Muka depan Perisian USB Show



Ini adalah  USB Show yang akan membantu anda untuk mendapatkan kembali semua fail tersembunyi di dalam USB Drive anda akibat virus. Bagaimanakah untuk menggunakan perisian ini ? Senang sahaja.

  1. Muat turun perisian di SINI ke dalam komputer anda.(desktop komputer lebih baik)
  2. Masukkan pendrive anda/memory kad di dalam slot usb komputer.
  3. Klik untuk aktifkan USB Show.exe  dan pilih english version.
  4. Pilih drive mana yang ingin dipulihkan sebagai contoh H: (merujuk kepada Memory Kad)
  5. Klik Recovery the hide files (Butang)
Proses pemulihan sedang berlaku

Setelah selesai USB Show membuat pemulihan. .Cuba anda check pendrive anda sama ada berjaya atau tidak. Jikalau berjaya tahniah saya ucapkan. Semoga tips ini memberi manafaat kepada anda.Sila kongsikan maklumat ini bersama rakan anda dengan klik butang " f " yang berada dibawah post ini.

Contoh butang share to facebook

Selamat Mencuba dan terima kasih.

Download Koleksi Lagu Lagu Raya Terbaik Sepanjang Zaman

 Assalamualaikum.
Pastinya anda sinonim dengan lagu-lagu raya yang sering berkumandang sepanjang Ramadhan dan Syawal. Tanpa lagu-lagu raya kemungkinan besar raya yang disambut seakan tidak meriah seolah-olah ibarat macam kekurangan garam/perencah. Nikmatilah lagu-lagu raya yang disajikan kahs untuk anda semua.. :)



1. M. Nasir - Salam Dunia
2. Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa
3. Othman Hamzah - Gembira Bersama Di Hari Raya
4. Jamal Abdillah - Sampaikan Salamku Di Hari Raya
5. Dayangku Intan - Senandung Hari Raya Untukmu
6. Jamal Abdillah & Saleem - Lambaian Aidilfitri
7. Jay Jay - Gurindam Di Pagi Syawal
8. Jamal Abdillah - Maafkan Segala Keterlanjuran
9. Jamal Abdillah, Uji Rashid, Hail Amir, Khadijah Ibrahim - Bergembira Di Hari Raya
10. Khadijah Ibrahim - Bingkisan Untuk Perwira
11. Feminin - Kurniaan Di Hari Raya
12. Jay Jay - Hari Raya Bahagia
13. Uji Rashid & Hail Amir - Pengertian Hari Raya
14. Raihan,Nowseeheart, Ram & Ajai - Lebaran Ini
15. Ajai - Rindu Di Aidilfitri
16. Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri

Muat Turun

1. Black Dog Bone - Cahaya Aidil Fitri (3:43)
2. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya (2:25)
3. Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti (3:46)
4. Saloma - Selamat Hari Raya (2:36)
5. Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya (2:58)
6. Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf (3:46)
7. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya (2:34)
8. Junainah - Suasana Riang Di Hari Raya (3:14)
9. Sanisah Huri - Aidil Fitri (3:41)
10. Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya (3:04)
11. DJ Dave - Menjelang Hari Raya (3:24)
12. Fazidah Joned - Selamat Hari Raya (2:36)
13. Rosemaria - Di Pagi Aidil Fitri (3:42)
14. P Ramlee - Dendang Perantau (2:43)
15. Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang (3:31)
16. Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema (2:40)

Muat Turun



Sebenarnya Sardin Dalam Tin Selamat Dimakan

Assalamualaikum,

Terjumpa satu artikel ni  dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin kerana digembar gemburkan bahawa sardin dalam tin punca kanser dan penyakit fibroid bagi sesiapa yang selalu mengambil dalam menu pemakanan. Ada juga di dalam artikel tersebut mempertikaikan tulang ikan sardin yang reput seperti yang saya di bawah ini. " Kisah bermula Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal."

 Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin."

Berdasarkan email dan artikel yang tidak betul ini,telah menyebabkan orang ramai memandangkan serong terhadap makanan sardin dalam tin walaupun tiada bukti dan kajian bagi mengukuhkan dakwaan tersebut melainkan hanya cakap-cakap sahaja. Jadi melihatkan trend orang Malaysia mudah sangat percaya bulat-bulat kepada artikel di internet tanpa menyelediki terdahulu.

Bagi memperbetulkan keadaan ini saya sertakan maklumbalas dari syarikat sardin bagi menyangkal dakwaan emel internet yang mengatakan sardin dalam tin penyebab kanser.

Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tidak HALAL.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, tulang ikan menjadi lembut adalah kesan dari proses penyahkuman (sterilization) di mana ikan-ikan sardin yang telah di tinkan di masak di dalam sebuah dandang (atau “retort”) pada suhu mencecah 120°C selama satu jam. Ini perlu bagi memastikan semua kuman dan bakteria yang terdapat di dalam makanan dalam tin tersebut terhapus dan selamat untuk dimakan. Proses ini adalah wajib di dalam sebarang proses pengeluaran produk makanan dalam tin dan ianya tidak boleh disamakan dengan masakan di rumah walau menggunakan “pressure cooker” sekalipun.

Setakat ini tiada laporan klinikal atau saintifik yang mengaitkan sardin sebagai punca kepada ketumbuhan fibroid atau mana-mana jenis kanser. Sebaliknya Sardin Ayam Brand secara saintifiknya mengandungi minyak ikan Omega-3, kalsium dan bahan mineral lain yang kita perlukan.
Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan badan-badan pensijilan HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM mengikut negara-negara pengeluar produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang pemproses Sardin dalam Sos Tomato kami di Taiping, Malaysia, adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.
Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah kelolaan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand. Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,

Encik Mohammad Hisham bin Hj.Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line )

Penyelesaian Kepada Masalah Enjin Tanpa Perlu Top Overhaul Kenderaan Anda


Gambar Enjin Yang  Dileraikan Untuk
Proses Membuat Top Overhaul
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adakah Kenderaan Anda...

  • Melebihi 30,000 mileage?
  • Kurang 'Pick Up' @ 'Kuasa Memecut'?
  • Enjin terasa berat walaupun dah tekan pedal minyak dengan kuat?
  • Lemah mendaki bukit atau membawa bebanan?
  • Enjin selalu semput atau tersengguk-sengguk?
  • Kuat makan minyak petrol?
  • Sukar dihidupkan terutama pada waktu pagi?
  • Masalah penyalaan?


Kebiasaannya semua masalah ini memerlukan anda melakukan TOP OVERHAUL yang mana kosnya memang tinggi. MUNGKIN anda tidak mampu langsung untuk melakukan servis Top Overhaul ini.


Kini muncul satu penyelesaian hebat yang mana semua masalah kenderaan anda seperti yang telah kami nyatakan di atas daripada berlaku lagi. Apa yang boleh kami katakan adalah anda TIDAK PERLU...

  • Melakukan Top Overhaul yang mana kosnya memang TINGGI 
  • Mengeluarkan kos yang tinggi apabila masalah-masalah lain yang timbul berpunca daripada kerosakan pada enjin kereta anda.  
  • Membuka sebarang skru untuk ubah apa-apa perubahan pada enjin   
  • Penukaran minyak hitam  
  • Bersusah payah membawa kenderaan ke pusat servis dan perlu menunggu lama.



                             KLIK DI SINI TENTANG PRODUK.



Cara Buang Timeline Facebook atau Remove Timeline and Disable Timeline Facebook


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Kepada sesiapa yang tidak suka atau dalam erti kata lain MENYESAL menggunakan Facebook Timeline  dan nak kembali kepada asal. Ini kerana timeline yang baru ini kelihatan agak berserabut berbanding yang asal.
Salah seorang adalah saya yang tidak suka timeline FB yang baru ini...kerana lebih selesa yang lama.Saya terjumpa cara nak buang timeline FB. Tanpa buang masa,mari kita cuba bersam-sama langkah-langkah ini seperti di bawah ini.

Facebook Timeline



Peringatan langkah ini hanya berfungsi untuk  Google Chrome sahaja.


Langkah 1: First goto this link to install an addon for google chrome :

FB Timeline Remover and Disabler or FB timeline remover


Langkah 2: Click on ADD TO CHROME blue button at top right corner.

Langkah 3: Click on Install:


  • Now Google chrome shows that its checking the add-on to install:


  • After checking Google Chrome Install this add-on into Google chrome to disable time line of Facebook:

  • After successfully installed the add-on into Google chrome now it shows this is now installed:


Langkah 4 : Now open or refresh Now open or refresh the facebook profile to see that it has been successfully disabled the Facebook timeline:

Selepas install, FB anda kembali ke asal balik.

Selamat Mencuba.Sekiranya maklumat ini bagus..sila berkongsi dengan rakan-rakan FB.

Contoh Koleksi Ucapan SMS Hari Raya Idul Fitri

Assalamualaikum....

Berikut adalah contoh dari ucapan Hari Raya Idul Fitri atau Lebaran yang dikumpulkan dari berbagai sumber di media internet. Semoga beberapa contoh ucapan Hari Raya Idul Fitri atau Lebaran diatas dapat menjadi inspirasi bagi anda untuk membuat ucapan Hari Raya yang lebih kreatif lagi.

Tahukah Anda Perkara-Perkara Makruh Ketika Berpuasa



1. Memberus gigi selepas tergelincir matahari. 
Pendapat paling sahih ialah harus bersiwak (gosok gigi) pada setiap waktu ketika berpuasa sama ada sebelum gelincir matahari atau selepasnya. Mengenai pendapat yang memakruhkan bersiwak selepas matahari tergelincir berdasarkan hadis yang teramat dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Darulqutni. Sedangkan nabi s.a.w bersabda: Maksudnya:

"Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali berwuduk untuk mengerjakan solat." ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)-

2. Merasa Makanan dengan lidah

Menurut fatwa para ulama kontemporari, perbuatan itu tidak membatalkan puasa selagi hadnya tidak sampai kepada halkum. Hukumnya makruh begitu juga masalah berkaitan penggunaan ubat gigi. Abbas r.a berkata: Maksudnya:
"Tidak mengapa seseorang yang merasai cuka atau apa sahaja dalam keadaan berpuasa selagi ia tidak memasuki halkum." (Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah)-

3.Berbekam
Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalah di bolehkan dan tidak membatalkan puasa tersebut. Kerana Rasulullah s.a.w pernah berbekam ketika Baginda sedang berpuasa.Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa" (Hadis riwayat Bukhari)

4.Berkumur secara berlebihan

Berkumur-kumur secara berlebihan hukumnya makruh sahaja dan tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik. 
Berdasarkan hadith : 
"Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa. ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)

5.Terlalu kerap mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Namun, hukum makruh bagi orang yang terlalu kerap mandi.



 

Tahukah Hikmah Puasa di Bulan Ramadhan

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

                        Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
                        Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."


Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
                        Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca