Assalamualaikum,
Terjumpa satu artikel ni dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin kerana digembar gemburkan bahawa sardin dalam tin punca kanser dan penyakit fibroid bagi sesiapa yang selalu mengambil dalam menu pemakanan. Ada juga di dalam artikel tersebut mempertikaikan tulang ikan sardin yang reput seperti yang saya di bawah ini. " Kisah bermula Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal."
" Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.
Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin."
Berdasarkan email dan artikel yang tidak betul ini,telah menyebabkan orang ramai memandangkan serong terhadap makanan sardin dalam tin walaupun tiada bukti dan kajian bagi mengukuhkan dakwaan tersebut melainkan hanya cakap-cakap sahaja. Jadi melihatkan trend orang Malaysia mudah sangat percaya bulat-bulat kepada artikel di internet tanpa menyelediki terdahulu.
Bagi memperbetulkan keadaan ini saya sertakan maklumbalas dari syarikat sardin bagi menyangkal dakwaan emel internet yang mengatakan sardin dalam tin penyebab kanser.
Tuan / Puan,
Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser.
Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tidak HALAL.
Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, tulang ikan menjadi lembut adalah kesan dari proses penyahkuman (sterilization) di mana ikan-ikan sardin yang telah di tinkan di masak di dalam sebuah dandang (atau “retort”) pada suhu mencecah 120°C selama satu jam. Ini perlu bagi memastikan semua kuman dan bakteria yang terdapat di dalam makanan dalam tin tersebut terhapus dan selamat untuk dimakan. Proses ini adalah wajib di dalam sebarang proses pengeluaran produk makanan dalam tin dan ianya tidak boleh disamakan dengan masakan di rumah walau menggunakan “pressure cooker” sekalipun.
Setakat ini tiada laporan klinikal atau saintifik yang mengaitkan sardin sebagai punca kepada ketumbuhan fibroid atau mana-mana jenis kanser. Sebaliknya Sardin Ayam Brand secara saintifiknya mengandungi minyak ikan Omega-3, kalsium dan bahan mineral lain yang kita perlukan.
Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan badan-badan pensijilan HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM mengikut negara-negara pengeluar produk tersebut.
Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang pemproses Sardin dalam Sos Tomato kami di Taiping, Malaysia, adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.
Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah kelolaan Head of Ayam Brand Halal Department.
Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.
Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.
Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand. Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.
Wassalam.
Yang Benar,
Encik Mohammad Hisham bin Hj.Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line )
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada tahun 2011 Celcom telah memperkenalkan pelan panggilan baru untuk para pengguna Xpax, dimana ...
-
Dunia seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penyanyi "Cinta Melankolia" yang popular sekitar tahun 80...
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment