Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula menunjukkan kesan pedih mata dan air mata mengalir. Rasa mata aku ada pasir. Aku berkedip kedip mata sambil order Grab untuk ke KL Sentral. Jam 11 pagi aku sampai pintu masuk utama KL Sentral. Mata ku dah pedih macam kupas bawang. Penglihatan aku terjejas akibat pedih.




Aku ke kaunter ETS nk order tiket malangnya kena pi mesin layan diri untuk beli tiket. Aku dah panik aku skrin tak jelas.Kebetulan ada staf KTM tengah bantu auty cina beli tiket dan terus aku minta tolong belikan tiket kat mesin layan diri maklum aku baru lepas laser mata dah mata berair tak berapa nampak. Tiket ETS ke Kuala Kangsar pada jam 1.40 petang tapi jam baru 11.30 pagi. Kena tunggu 2 jam  lagi dengan mata pedih dan sambil mengesat air mata di sebalik cermin mata hitam aku ditambah plak dengan hidung aku mula berhingus.. Aku mencari bangku besi dekat pintu betul-betul kat pintu utama sambil menenangkan diri.



Aku dah macam kassim selamat sorang diri di KL Sentral. Aku terkebil kebil mencari tandas dan terjumpa ada mini kedai sebelah tandas. Aku beli air dan roti habuan alas perut. Nak beli tisu habis la pulak dah. Hidung nih dah berair nih nak lap guna apa. Takkan nak lap sapu tangan aku guna lap peluh dan air mata. Aku mencari bangku dekat pintu masuk. Di situlah aku disidai dekat kat KL Sentral dekat 2 jam lebih sebelum naik train. Hidung aku berhingus aku buat macam mana? Apa lagi tshirt aku pakai semalam la jadi mangsa. Lantaklah orang lalu lalang memandang aku semacam je. Jam 1.15 tengahari staf ETS mula buat pengumuman untuk berkumpul. Barulah aku bergerak menuju ke tandas untuk buang apa yang patut.

Aku masuk dalam train terus cari tandas. Aku kutip tisu tandas banyak dan lipat dalam kocek seluar habuan lap hingus nanti. Aku masih beruntung dapat seat di KOC C tapi  dok sebelah Uncle cina. Aku tegur apek maklum aku baru laser mata dan mau balik rumah di Kuala Kangsar. Sekarang mata banyak pedih dan air mata banyak keluar. Selama 3 jam lebih aku pejam mata dan hanya memasang telinga mendengar pengumuman stesen berikutnya sehingga sampai stesen Kuala Kangsar. Ada sesekali aku cuba buka mata tapi air mata mengalir laju. Aku terus lap sampai tak sedar tisu bertaburan di baju.

 

Dalam 5.30 sampai KTM Kuala Kangsar,sebaik saja dengar pintu ETS dibuka aku terus buka mata dan sepantas kilat meluru keluar dan menuju ke bangku menunggu. Paksa juga buka mata pada masa yang sama menahan pedih dan air mata mengalir membasahi pipiku. Itu belum lagi masalah kaki dok sakit kebas yang habis habis..Aku duduk di bangku dalam 10 minit sehingga tiada orang barulah aku naik lif untuk ke parking kereta. Di situlah terngiang-ngiang staf Ikonik berpesan digalakkan bawa peneman supaya dapat drive balik anda dengan selamat.

 Aku call bini maklum sudah sampai kuala kangsar tapi tak bole drive keta sbb mata pedih. Time tuh lah bini aku baru tahu aku buat laser mata bukan setakat buat pemeriksaan sahaja. Bini aku maklum dia dah lost wasap ngn aku lepas jam 10.30 pagi. Mana tak nya time tuh mata dah mula pedih, hpon pun tak nampak butir huruf nak reply wasap cmna.

Sambil  menunggu dalam kereta mcm orang baru lepas menangis bergaduh  besar.  Bini aku call kata dah sampai. Rasa dalam 6.00 petang kot itupun bini aku tumpang rakan sekerja dia yang nak balik di kuala kangsar. Bini drive aku balik dan selamat sampai rumah aku dipimpin mcm orang buta.Anak-anak tertanya kenapa abah serupa orang buta.Anak bini la tolong titis ubat mata setiap 8 jam selama 4 hari. 3 hari MC aku tidur ja dan ada sesekali tgk wasap itulah masih tak nampak lagi.


Hari keempat sudah ada perubahan aku penglihatan aku tidak pedih lagi. Mata pun dah nampak bulat bundar berbanding sebelum nih mata sepet. Aku boleh drive keta tapi kena selalu spek mata hitam untuk selama 3 bulan.

Hari ke 5 aku pergi lagi ke Ikonik seorang diri parking keta di Kuala Kangsar naik ETS untuk temujanji untuk perkembangan mata aku dan buang contact lens  dan diberi temujanji susulan terakhir pada awal bln Disember nih. Masalah kaki kebas itu normal tak boleh nk elak. Tapi penglihatan aku bertambah baik dari hari ke hari.



Hampir genap sebulan aku laser mata. Aku boleh tgk dan baca wasap handphone. Penglihatan jauh masih dalam progress cuma tidak setajan dan ada kala tulisan nmpak berlapis lapis. Apa apa pun alhamdulilah syukur aku telah berjaya membuat perubahan dalam hidup. Tiada lagi spek mata berat dan berlapis lapis. Tiada lagi spek mata senget dan berat sebelah sebab rabun jauh tak balance. Andai ku tahu nikmatnya hari ini dirasai sebegini sudah pasti dah lama aku buat laser mata dari dulu.



Bagi sesiapa yang hidup berpuluh tahun berkaca mata dengan kadar rabun yang tinggi. Cubalah bebaskan diri anda dari rabun dengan kaedah ini..hanya perlu keberanian dan poket tebal sikit. 

Sekian.

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part 2

 Aku bergegas ke kaunter bayaran untuk booking rawatan flapless. Staf kaunter pembayaran menyatakan kos semua RM 5 ribu dan aku keluar kad harimau. Dia maklum kad harimau ni bole buat ansurans 12 bulan dengan kadar RM 416.00 sebulan. Apa lagi aku terus bersetuju sambil ketawa lah..pucuk dicita ulam mendatang.Selesai bab bayaran dan aku buka apps Agoda cari hotel paling dekat dengan Ikonik dapatlah hotel jarak 8 km dr Ikonik. Aku naik grab ke Mokka Hotel dan buat bayaran RM 100 semalam bg bilik katil single. 

(Gambar ambik dari google)

(Gambar ambik dari google)


Aku merehatkan diri kemudian mandi
 dan selesai solat. Selepas dah segar sikit, jam menunjukkan 6.30 petang aku turun hotel cari kedai 7E cari roti sambal-sambil cari kedai cermin mata berdekatan hotel tp malangnya tak jumpa. Kaki aku dah mula buat perangai dengan pinggang mula lengguh dan kemudian kebas kebas dan menyukar aku untuk berjalan. Terpaksa berhenti setiap 20 meter berjalan. Peluh di dahi mula keluar macam hujan membasahi tubuhku. Aku tak mampu nak berjalan dah, aku duduk di tembok batu sambil cari port makan terdekat. Aku naik grab ke Pavalion walaupun jaraknya tak sampai 1.5 km. Pertama kali aku jejak dalam hidup masuk Pavalion punya la besar bangunannya. Aku sorang diri naik turun naik escalator ke setiap tingkat  mencari kedai cermin mata.Akhirnya aku jumpa kedai cermin mata iaitu 68C Optic dan terus beli spek mata hitam untuk kegunaan esok.

(Gambar ambik dari google)

Aku mula sesat dalam Pavalion untuk cari jalan keluar iaitu tempat mula2 Grab turunkan aku di pintu utama. Kaki aku mula sakit dan kebas terpaksa aku berpaut pada tiang atau bangku. Peluh aku kesat ngn sapu tangan dah basah lencun siap boleh perah lagi. Aku berpeluh-peluh  dalam suasana sejuk dalam pavalion. Perut dah mula lapar dan terketar aku sbb last makan pagi dalam ETS. Aku heret kakiku mencari pintu keluar sehingga sampai ke restauran Nandos. 

(Gambar ambik dari google)

Aku tekad masuk cari meja untuk 2 orang pastu order makan ayam panggang, roti bakar n sup dan sayur campur. Air jus oren berapa kali dah aku refill secara percuma.. Aku tengah makan separuh.. Aku pergi refill air lagi. Bila sampai meja aku.. Tgk2 staf dah kemas pinggan aku.. Aku tegur kata aku belum habis mkan lagi.. Ahh.. Sudah.. Gamak betui staf Nandos layan aku mcm tuh.Dia minta maaf sbb ingat aku dah selesai makan. Aku terdiam dan duduk di meja itu lalu sambung makan apa yg tinggal.

(Gambar ambik dari google)

(Gambar ambik dari google)

Selepas makan malam adalah sedikit kekuatan. Aku pun berjalan mencari jalan keluar dalam gedung yg bertingkat. Mencari arah Exit aku mengatur langkah perlahan. Setiap 20.meter aku akan berhenti. Penyesalan dah mula berakar di hati.. Jalan keluar masih tak jumpa. Dari tingkat atas ke tingkat bawah. Akhirnya aku dah tak mampu berjalan dengan berpeluh dengan banyaknya aku mencari tempat duduk berdekatan kedai Rotiboy bagi hilangkan rasa kebas. Setiap saat mengelap peluh  di dahi yang tak mau berhenti mengalir.

(Gambar ambik dari google)

Gerombolan manusia yg lalu lalang yang bukan sebangsa memandang aku semacam atau tak menghiraukan
  aku berada di situ. Aku dah pasrah nak balik hotel tetapi tak jumpa pintu keluar. Tiba tiba aku Nampak seorang perempuan melayu mcm staf Pavalion lalu depan aku. Aku terus tegur meminta arah yang betul untuk keluar Pavalion.. Dia simpati melihat aku tak henti mengesat peluh dan memberi panduan arah yang betul. Dia panggil aku pakcik.. Tak palah pakcik pun pakcik lah asalkan aku dapat balik hotel.

Selepas perempuan tuh berlalu pergi, aku terus naik escalator ke tingkat 3 kalo tak silap  terus maju dan belok kanan sehingga jumpa pintu keluar. Aku berjaya keluar dan terus order Grab balik ke hotel.. Ada cerita di sebalik Grab aku malas nk cerita.. Dugaan banyak betui aku lalui dalam satu hari. Selamat sampai hotel aku rasa lega sangat. Sambil duduk atas katil aku mula picit pinggang yang sakit dan kaki yang kebas. 


25 September 2024 - Aku terus check out hotel jam 7.30 pagi dan nekad cari kedai 7E berdekatan hotel. Rupanya kedai 7E memang depan mata sebenarnya tapi aku tak perasan. Masuk kedai 7E aku beli roti dan air tin sebagai sarapan pagi  sbb temujanji aku jam 8 pagi. Aku order Grab depan kedai 7E dan sampai ke Ikonik tepat jam 8 pagi.

(Gambar ambik dari google)

 Aku ke kaunter kata ada temujanji sambung pemeriksaan Sirius. Staf senior menyambut kedatangan aku dan membuat pemeriksaan sekali lagi dan akhirnya result sama macam semalam mata sihat utk buat flapless dengan harga promosi RM 5000. Aku diminta menunggu di ruang menunggu bersama pesakit yang lain yang akan menjalani rawatan flapless. Ada sesi penerangan sebelum dan selepas flapless oleh staf.setiap pesakit diberi satu plastic berisi Panadol dan 3 ubat titis dan pedakap mata. Aku diminta telan ubat panadol yg dibekalkan sebelum buat rawatan flapless.. Ada staf tanya aku nk buat video interview tak lepas rawatan. Aku jawab tidak sbb aku malu dan tak mau orang tahu. Tapi aku tgk ramai je datang bersama peneman bagi memudahkan urusan balik ke rumah. Nama aku dipanggil untuk giliran seterusnya. Aku dipakai pakaian plastik mcm kena covid pun ada.



Jam 10.15 pagi aku dibawa bilik pembedahan.. Aku dibaringkan dan diminta selawat ke atas nabi dan diminta fokus pada cahaya hijau. Laser pada mata dimulakan dan bau hangit mula menusuk hidung.. 26 saat berlalu.. Siap sebelah mata. Lagi 26 saat siap mata sebelah kiri. Doktor titis ubat dan mataku ditutupi ngan contact lens untuk selama 5 hari. Aku mula dapat melihat jelas berbanding sebelum ini dan selepas laser penglihatan aku pulih 85% dan akan pulih sepenuhnya dalam masa 3 bulan. Aku diminta pakai spek hitam dan diberi tarikh temujanji selepas 5 hari dan diberikan MC seminggu.

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku lepas buat laser mata flapless. 


sambung PART Akhir

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part 1

Sebenar niat nak buat laser mata lama dah tersemat impian di hati bertahun lamanya namun disebabkan ketika aku berusia 12 tahun di mana aku pernah mengalami anak mata hitam bernanah hingga meninggalkan parut pada anak mata. Sangkaan aku parut pada anak mata mungkin mematikan peluang aku untuk bebas rabun. Maka teruslah aku memakai cermin mata dengan kos yang makin meningkat setiap 2 tahun. Dari harga cermin mata ratus-ratus kemudian mula mencecah ribu dan apabila ada rabun dekat usia aku 40 an. Tahun 2022 aku buat cermin mata dengan kos RM2500 iaitu harganya bole buat lasik dah. Bila masuk tahun 2024 nih, mata aku dah mula tak selesa pakai cermin mata  dengan pandangan kejap kabur kejap jelas seolah-olah memberi signal awal bahawa sudah masanya tukar cermin mata baru.



Kisah ini bermula 21.9.2024 apabila aku termasuk ‘live’ tiktok Ikonik Eye Specialist secara tidak sengaja. Time tuh tengah promosi pemeriksaan penuh mata dengan harga promosi RM500 sahaja. Terkesima dengan penerangannya untuk mengetahui tahap kesihatan mata kita. Selama 35 tahun aku memakai cermin mata belum lg dalam hidup buat buat full checkup mata. Tanpa fikir panjang aku terus rebut baucher live tersebut. Pihak Ikonik keesokannya contact aku melalui wasap dan terus booking full checkup pada tarikh 24hb 9 2024 pada jam 11.00 pagi. Berfikir panjang juga nak pi travel jauh ke KL sorang-sorang nih.Kebetulan masa berlepas ke KL Sentral  ngam-ngam dengan masa temujanji pastu dok berfikir  masalah tulang belakang yang ganggu aku nak berjalan kaki ke destinasi kelak. Aku hanya mampu berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan aku travel solo ke ibu kota. Untuk persiapan aku bawa pakaian extra kalau kena bermalam atas sebab-sebab tertentu.

Pada 24.9.2024 aku bangun awal pagi dan bersiap awal dan bertolak dari rumah menaiki kereta pada jam 6.45 pagi menuju ke KTM Kuala Kangsar dengan harapan aku akan sampai di sana pada jam 7.30 pagi. Keadaan trafik sesak dalam bandar kuala kangsar membuat aku gelabah biawak. Aku berjaya sampai di parking KTM dan bayar tiket parking untuk 2 hari RM 8 sahaja. 

(Gambar ambik dari google)

Aku terus bergegas menaiki lif ke tingkat satu. Aku mula menunggu di bangku ruang menunggu selepas scan tiket. Jam 7.35 kebiasaaanya ada staf KTM untuk mengarah penumpang untuk turun lift ke bawah apabila masanya berlepas. Aku dah mula panik, tiba-tiba aku nampak seorang wanita dalam kelam kabut meluru masuk
 dan terus ke lift. Aku menyapa bertanya ke nak mana? Dia maklum kelewatan sampai, tiket ETS nya 7.40 pagi ke KL Sentral. Ya Allah sama dengan tempat aku nk tuju. Aku terus ikut dari belakang masuk lift bersama dan turun ke bawah menuju ke tempat menunggu. Di bawah bawahnya, sudah ramai penumpang berada di bawah menunggu . Nasib baik wanita tu jadi penyelamat keadaan, kalau tak jawabnya aku terlepas train lah..nyaris-nyaris  terbang tiket RM59 tadi.

Tepat jam 7.40 ETS sampai, aku masuk ke dalam KOC C iaitu gerabak kesukaan bila naik ETS sbb dalam tuh ada kafeteria. Mudahlah nk beli makanan nnti. Alhadulilah kali ini aku duduk kesorangan ke KL Sentral. Aku lelapkan mata sekejap dalam sejam dan kemudian ke kafe beli air teh tarik panas dan mee goreng mamak dengan harga RM 14 kalau tak silap. Jadilah habuan aku mengalas perut sampai petang.


Aku sampai KL Sentral jam 10.30 pagi. Aku keluar menuju pintu utama untuk mencari teksi. Malas nk guna apps Grab, aku terus ke kaunter teksi KL sentral untuk ke Ikonik. Tambang bg jarak dalam 10 km RM 30. Hurm.. rasa mcm mahal plak. Takpalah nak buat cmna kan.. Aku sampai di Ikonik tepat jam 11.00 pagi.


(Gambar ambik dari google)

Bangunan tersergam indah berwarna hijau n kuning. Nampak macam hospital pun ada. Aku terus ke kaunter maklum ada temujanji dan staf bagi satu borang untuk sesi pemeriksaan. Tak lama menunggu terdengar namaku dipanggil. Aku dibawa ke bahagian pemeriksaan di tingkat bawah. Pemeriksaan mata aku mengunakan alat sama macam kat kedai cermin mata. Dari satu bahagian ke bahagian lain. Staf di situ bg penerangan bahawa sedang membuat pemeriksaan ketebalan kornea mata, status salur minyak mata dan saraf mata.

(Gambar ambik dari google)

Selanjutnya aku diarahkan naik ke tingkat satu untuk jumpa Optometrists. Aku dibawa ke bahagian menilai kerabunan aku.. Mata kanan aku rabun teruk cecah 1100 lebih manakala mata kiri dalam 600 lebih  setelah dicampur dengan tahap silau. Selepas itu aku diarahkan ke bahagian sebelah untuk pemeriksaan Sirius. Mesin mcm alat cek mata di kedai cermin mata tp ada extra mcm kawah berbelang hitam putih. Cubaan aku meletakkan dagu tidak berjaya kerana kepala aku tersangkut erti kata kepala aku tak muat dalam mesin. Staf tuh terkejut katanya tak pernah jadi lagi sebelum nih.. Dia nk kata kepala aku besar kot macam kepala alien. Staf td panggil ketua dia maklum pemeriksaan tak berjaya. Jam dan menunjukkan jam 3.00 petang dah. Ketua maklum supaya skip test Sirius dan sebab nak bagi ubat titis mata supaya urat mata aku kembang untuk pemeriksaan seterusnya.   Sewaktu duduk ruang menunggu betul-betul pintu bilik dr. Muhaya.Tiba-tiba aku ternampak figure terkenal Dr Muhaya keluar dari biliknya sambil melemparkan senyuman manis ke arah yang kami semua yang sedang menunggu di ruang menunggu. Dr muhaya keluar dr bilik bersama pesakit  sambil mengajak bergambar setelah selesai konsultansi.



Wah.. Sopan santun betui Dr. Muhaya nih. Tiba2 Dr Muhaya menyapa aku, tuan Fadzlil mari masuk ke bilik saya. Dia bertanya kabar dan cek mata aku .Dia mula memberi keputusan hasil pemeriksaan sebelum ni dan pakej2 yang sesuai untuk pakej bebas rabun. Dia maklum aku mata aku sihat layak untuk buat laser flapless tetapi bukan pada harga promosi RM2500 sebelah kerana alasan aku gagal pada pemeriksaan Sirius. Kos  flapless mata akan naik jadi RM 9000 kalo tak silap dan bukan lg harga RM 5000.Aku jadi tak puas hati, aku maklum kat doctor pemeriksaan sirius tak buat sbb mesin Sirius tak muat kat kepala aku. Lepas tuh Dr Muhaya akan minta staf dia buat sekali pemeriksaan. Selepas konsult  aku dia ajak keluar bilik dan ajak bergambar bersama. Selepas itu Dr. Muhaya hilang dari padangan mungkin balik dah kot. 


Aku plak dipanggil oleh staf ke bahagian pemeriksaan Sirius yang problem tadi. Ada seorang staf di situ memperkenalkan diri sebagai staf paling senior dan dia akan cek mata aku. Lepas dia adjust mesin tuh, aikk lepas plak kepala aku masuk terletak cantik utk pemeriksaan. Tapi malangnya urat anak mata aku dah kembang sbb dah titisan ubat sbelum ni. Paling kurang kena tunggu 6 jam baru mata kembali normal untuk pemeriksaan. Staf senior tuh buat juga pemeriksaan ke atas mata aku dan result tak rasmi keadaan mata layak untuk buat flapless. Tetapi aku kena datang esok pagi untuk buat ujian Sirius nih sekali lagi untuk result 100% kompom.

sambungan Part 2

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin melawat pesta pulau pinang ini pada tahun 2012.Alhamdulillah tahun 2018 admin berkesempatan melawat pesta pulau pinang bersama keluarga. Tak sangka pesta pulau pinang 2018 mencatat pengalaman ngeri buat admin.Huhuhuhu...

ETS Platinum tiada lagi sediakan snack rail untuk penumpang ?

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ni admin balik Alor Setar naik ETS kerana tak larat bawa kereta selama 3 jam setengah untuk sampai Alor Setar.So ETS menjadi pilihan hati. Bila admin semak kekosongan yang ada,hanya ETS Platinum yang tinggal hanya 2 seat sahaja.

Pengalaman rawatan resdung tanpa asap Safespabeauty di Alor Setar Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali terakhir admin buat rawatan resdung 10 tahun yang lalu. Kini muka admin rasa gatai merenyam tak tau nak habaq.Muka rasa benda dok merayap-rayap  atas muka kira dah tahap kronik dan ditambah pula dengan gatal telinga. 

Rawatan Ghurah Resdung CikJidah Jalan Langgar, Alor Setar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini admin nak berkongsi buat rawatan resdung di Alor Setar Kedah.Rawatan resdung ini iaitu ghurah resdung.Anak admin selalu berhingus tanpa sebab.Bila bercakap seolah-olah macam hidung tersumbat.

ABC paling sedap di alor setar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cuti sekolah ni balik kampung memang seronok terutama anak-anak.Bila balik kampung di alor Setar ini secara automatik lidah pun tiba-tiba nak makan macam-macam.Salah satunya ABC iaitu ais batu campur.Kat mana ABC yang paling sedap di alor setar?

Saluran Air Ke Mesin Basuh Samsung 7.0 kg Perlahan cara mengatasinya

air masuk perlahan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini admin nak berkongsi masalah mesin basuh problem.
Problem di mana air masuk ke dalam mesin menjadi sangat perlahan sehinggakan mesin basuh berhenti sendiri (apabila masa yang diberikan air dalam mesin tak juga penuh-penuh). 

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca