Sebenar niat nak buat laser mata lama dah tersemat impian di hati bertahun lamanya namun disebabkan ketika aku berusia 12 tahun di mana aku pernah mengalami anak mata hitam bernanah hingga meninggalkan parut pada anak mata. Sangkaan aku parut pada anak mata mungkin mematikan peluang aku untuk bebas rabun. Maka teruslah aku memakai cermin mata dengan kos yang makin meningkat setiap 2 tahun. Dari harga cermin mata ratus-ratus kemudian mula mencecah ribu dan apabila ada rabun dekat usia aku 40 an. Tahun 2022 aku buat cermin mata dengan kos RM2500 iaitu harganya bole buat lasik dah. Bila masuk tahun 2024 nih, mata aku dah mula tak selesa pakai cermin mata dengan pandangan kejap kabur kejap jelas seolah-olah memberi signal awal bahawa sudah masanya tukar cermin mata baru.
Kisah ini bermula 21.9.2024 apabila aku termasuk ‘live’ tiktok Ikonik Eye Specialist secara tidak sengaja. Time tuh tengah promosi pemeriksaan penuh mata dengan harga promosi RM500 sahaja. Terkesima dengan penerangannya untuk mengetahui tahap kesihatan mata kita. Selama 35 tahun aku memakai cermin mata belum lg dalam hidup buat buat full checkup mata. Tanpa fikir panjang aku terus rebut baucher live tersebut. Pihak Ikonik keesokannya contact aku melalui wasap dan terus booking full checkup pada tarikh 24hb 9 2024 pada jam 11.00 pagi. Berfikir panjang juga nak pi travel jauh ke KL sorang-sorang nih.Kebetulan masa berlepas ke KL Sentral ngam-ngam dengan masa temujanji pastu dok berfikir masalah tulang belakang yang ganggu aku nak berjalan kaki ke destinasi kelak. Aku hanya mampu berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan aku travel solo ke ibu kota. Untuk persiapan aku bawa pakaian extra kalau kena bermalam atas sebab-sebab tertentu.
Pada 24.9.2024 aku bangun awal pagi dan bersiap awal dan bertolak dari rumah menaiki kereta pada jam 6.45 pagi menuju ke KTM Kuala Kangsar dengan harapan aku akan sampai di sana pada jam 7.30 pagi. Keadaan trafik sesak dalam bandar kuala kangsar membuat aku gelabah biawak. Aku berjaya sampai di parking KTM dan bayar tiket parking untuk 2 hari RM 8 sahaja.
(Gambar ambik dari google)
Aku terus bergegas menaiki lif ke tingkat satu. Aku mula menunggu di bangku ruang menunggu selepas scan tiket. Jam 7.35 kebiasaaanya ada staf KTM untuk mengarah penumpang untuk turun lift ke bawah apabila masanya berlepas. Aku dah mula panik, tiba-tiba aku nampak seorang wanita dalam kelam kabut meluru masuk dan terus ke lift. Aku menyapa bertanya ke nak mana? Dia maklum kelewatan sampai, tiket ETS nya 7.40 pagi ke KL Sentral. Ya Allah sama dengan tempat aku nk tuju. Aku terus ikut dari belakang masuk lift bersama dan turun ke bawah menuju ke tempat menunggu. Di bawah bawahnya, sudah ramai penumpang berada di bawah menunggu . Nasib baik wanita tu jadi penyelamat keadaan, kalau tak jawabnya aku terlepas train lah..nyaris-nyaris terbang tiket RM59 tadi.Tepat jam 7.40 ETS sampai, aku masuk ke dalam KOC C iaitu
gerabak kesukaan bila naik ETS sbb dalam tuh ada kafeteria. Mudahlah nk beli
makanan nnti. Alhadulilah kali ini aku duduk kesorangan ke KL Sentral. Aku
lelapkan mata sekejap dalam sejam dan kemudian ke kafe beli air teh tarik panas
dan mee goreng mamak dengan harga RM 14 kalau tak silap. Jadilah habuan aku
mengalas perut sampai petang.
Aku sampai KL Sentral jam 10.30 pagi. Aku keluar menuju pintu utama untuk mencari teksi. Malas nk guna apps Grab, aku terus ke kaunter teksi KL sentral untuk ke Ikonik. Tambang bg jarak dalam 10 km RM 30. Hurm.. rasa mcm mahal plak. Takpalah nak buat cmna kan.. Aku sampai di Ikonik tepat jam 11.00 pagi.
Bangunan tersergam indah berwarna hijau n kuning. Nampak macam
hospital pun ada. Aku terus ke kaunter maklum ada temujanji dan staf bagi satu
borang untuk sesi pemeriksaan. Tak lama menunggu terdengar namaku dipanggil.
Aku dibawa ke bahagian pemeriksaan di tingkat bawah. Pemeriksaan mata aku
mengunakan alat sama macam kat kedai cermin mata. Dari satu bahagian ke
bahagian lain. Staf di situ bg penerangan bahawa sedang membuat pemeriksaan
ketebalan kornea mata, status salur minyak mata dan saraf mata.
Selanjutnya aku diarahkan naik ke tingkat satu untuk jumpa Optometrists. Aku
dibawa ke bahagian menilai kerabunan aku.. Mata kanan aku rabun teruk cecah
1100 lebih manakala mata kiri dalam 600 lebih
setelah dicampur dengan tahap silau. Selepas itu aku diarahkan ke
bahagian sebelah untuk pemeriksaan Sirius. Mesin mcm alat cek mata di kedai
cermin mata tp ada extra mcm kawah berbelang hitam putih. Cubaan aku meletakkan
dagu tidak berjaya kerana kepala aku tersangkut erti kata kepala aku tak muat
dalam mesin. Staf tuh terkejut katanya tak pernah jadi lagi sebelum nih.. Dia
nk kata kepala aku besar kot macam kepala alien. Staf td panggil ketua dia
maklum pemeriksaan tak berjaya. Jam dan menunjukkan jam 3.00 petang dah. Ketua
maklum supaya skip test Sirius dan sebab nak bagi ubat titis mata supaya urat
mata aku kembang untuk pemeriksaan seterusnya.
Sewaktu duduk ruang menunggu betul-betul pintu bilik dr. Muhaya.Tiba-tiba aku ternampak figure terkenal Dr Muhaya
keluar dari biliknya sambil melemparkan senyuman manis ke arah yang kami semua yang sedang menunggu di ruang menunggu. Dr muhaya keluar dr
bilik bersama pesakit sambil mengajak bergambar setelah
selesai konsultansi.
Wah.. Sopan santun betui Dr. Muhaya nih. Tiba2 Dr Muhaya
menyapa aku, tuan Fadzlil mari masuk ke bilik saya. Dia bertanya kabar dan cek
mata aku .Dia mula memberi keputusan hasil pemeriksaan sebelum ni dan pakej2
yang sesuai untuk pakej bebas rabun. Dia maklum aku mata aku sihat layak untuk
buat laser flapless tetapi bukan pada harga promosi RM2500 sebelah kerana
alasan aku gagal pada pemeriksaan Sirius. Kos
flapless mata akan naik jadi RM 9000 kalo tak silap dan bukan lg harga RM
5000.Aku jadi tak puas hati, aku maklum kat doctor pemeriksaan sirius tak buat
sbb mesin Sirius tak muat kat kepala aku. Lepas tuh Dr Muhaya akan minta staf
dia buat sekali pemeriksaan. Selepas konsult
aku dia ajak keluar bilik dan ajak bergambar bersama. Selepas itu Dr.
Muhaya hilang dari padangan mungkin balik dah kot.
Aku plak dipanggil oleh staf ke bahagian pemeriksaan Sirius
yang problem tadi. Ada seorang staf di situ memperkenalkan diri sebagai staf
paling senior dan dia akan cek mata aku. Lepas dia adjust mesin tuh, aikk lepas
plak kepala aku masuk terletak cantik utk pemeriksaan. Tapi malangnya urat anak
mata aku dah kembang sbb dah titisan ubat sbelum ni. Paling kurang kena tunggu
6 jam baru mata kembali normal untuk pemeriksaan. Staf senior tuh buat juga
pemeriksaan ke atas mata aku dan result tak rasmi keadaan mata layak untuk buat
flapless. Tetapi aku kena datang esok pagi untuk buat ujian Sirius nih sekali
lagi untuk result 100% kompom.
sambungan Part 2
No comments:
Post a Comment