Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Rawatan Radiofrequency Intradiscal (IDRFDD) bagi Penyakit cakera tergelincir atau slipped disc alternatif kepada pembedahan

Sakit belakang badan, terutama pada bahagian tengkuk atau pinggang, adalah perkara biasa, lebih-lebih kepada individu yang aktif dan sibuk bekerja. Namun, ada juga sakit disebabkan masalah serius dan memerlukan rawatan lanjut atau pembedahan.

Tulang belakang manusia bukan tulang yang berterusan memanjang daripada leher ke pinggang, tetapi membabitkan tulang berbentuk kiub.Tulang ini disusun bertingkat antara satu sama lain dan ada cakera lembut antaranya bertujuan menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang di bawahnya.Di bahagian belakang tulang belakang ini pula terletaknya saraf tunjang manusia.

Cakera ini melekat kuat pada tulang belakang.Ia dipegang oleh ligamen pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya.Namun, ia boleh ‘bergerak’ atau terbonjol ke belakang dalam keadaan tertentu, seterusnya boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komplikasi yang tidak diingini.

Keadaan slipped disc biasa berlaku pada usia 30 tahun hingga 40-an, terutama membabitkan golongan lelaki.Kebanyakan kes berlaku pada tulang belakang di bahagian pinggang, selebihnya pada bahagian tengkuk.
Individu yang berisiko ialah mereka yang bekerja mengangkat benda berat, perlu duduk untuk jangka masa panjang, terlalu aktif pada usia muda atau yang pernah mengalami kecederaan atau kemalangan membabitkan tulang belakang.



Simptom awal masalah ini ialah sakit belakang yang biasanya dirawat sebagai sakit urat.Namun, sakit ini berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun ubat tahan sakit diambil.Jika cakera ini tergelincir atau terbonjol jauh ke belakang, ia akan menyebabkan saraf tunjang terganggu.

Bergantung kepada keterukan sakit anda, rawatannya juga akan berbeza. Anda perlu tahu bahawa kebanyakan pesakit (80-90%) akan beransur sembuh dalam setahun hanya dengan rawatan konservatif (tanpa pembedahan). Hanya 10% pesakit yang mengalami cakera tergelincir memerlukan pembedahan sebagai rawatan muktamat akhirnya.


Di negara maju seperti Singapura, semua kes cakera tergelincir akan di rujuk kepada pakar kesakitan kronik dahulu untuk rawatan konservatif sebelum pakar bedah orthopedic memutuskan untuk pembedahan.Tetapi senario ini tidak berlaku di Malaysia. Banyak pesakit  dilakukan pembedahan dengan  justifikasi yang agak longgar. Pastikan anda mendapat rawatan konservatif yang betul sebelum akhirnya setuju untuk melakukan pembedahan. Pakar kesakitan kronik boleh membantu anda.
 


Pakar Bius dan Kesakitan Kronik, Hospital Perdana Kota Bharu, Kelantan Dr Nizar Abdul Jalil, mencadangkan kaedah Radiofrequency Intradiscal (IDRFDD) atau kaedah Nucleoplasty yang dapat mengecutkan cakera hanya dengan suntikan. Kaedah ini menggunakan haba daripada elektrik radiofrequency untuk mengecutkan cakera yang tersembul keluar. Suntikan dilakukan dalam bilik bedah dengan kawalan X-ray yang pastinya selamat dan tepat.

Tiada pembedahan dilakukan dan risikonya amat rendah jika dibandingkan dengan kaedah pembedahan. Kesan sampingan yang boleh berlaku ialah perdarahan, jangkitan kuman dan kecederaan pada akar saraf jika prosedur ini dilakukan oleh doktor yang kurang mahir.Kejayaannya menghampiri 80 peratus dengan kelegaan sakit pada skala 80 hingga 100 peratus.

Malah berdasarkan pengalaman Dr Nizar, hanya kurang daripada 10 peratus pesakit datang kembali dengan sakit yang sama. Kelegaan besar daripada sakit akan dinikmati sehari selepas rawatan. Penyakit lumbar facet syndrome juga boleh dirawat dengan kaedah rawatan radiofrequency, di mana suntikan dibuat bertujuan untuk 'membius' saraf sendi faset dan hasilnya, sendi tidak akan terasa sakit lagi apabila bergerak.

Biasanya Dr Nizar melakukan kedua-dua rawatan ini secara serentak sekiranya pesakit mengalami kedua-dua penyakit. Apa yang pasti, anda pasti kagum apabila boleh bergerak bebas dan duduk lama tanpa rasa sakit lagi keesokan harinya setelah dirawat.

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca