Skip to main content

Rawatan Radiofrequency Intradiscal (IDRFDD) bagi Penyakit cakera tergelincir atau slipped disc alternatif kepada pembedahan

Sakit belakang badan, terutama pada bahagian tengkuk atau pinggang, adalah perkara biasa, lebih-lebih kepada individu yang aktif dan sibuk bekerja. Namun, ada juga sakit disebabkan masalah serius dan memerlukan rawatan lanjut atau pembedahan.


Tulang belakang manusia bukan tulang yang berterusan memanjang daripada leher ke pinggang, tetapi membabitkan tulang berbentuk kiub.Tulang ini disusun bertingkat antara satu sama lain dan ada cakera lembut antaranya bertujuan menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang di bawahnya.Di bahagian belakang tulang belakang ini pula terletaknya saraf tunjang manusia.

Cakera ini melekat kuat pada tulang belakang.Ia dipegang oleh ligamen pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya.Namun, ia boleh ‘bergerak’ atau terbonjol ke belakang dalam keadaan tertentu, seterusnya boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komplikasi yang tidak diingini.

Keadaan slipped disc biasa berlaku pada usia 30 tahun hingga 40-an, terutama membabitkan golongan lelaki.Kebanyakan kes berlaku pada tulang belakang di bahagian pinggang, selebihnya pada bahagian tengkuk.
Individu yang berisiko ialah mereka yang bekerja mengangkat benda berat, perlu duduk untuk jangka masa panjang, terlalu aktif pada usia muda atau yang pernah mengalami kecederaan atau kemalangan membabitkan tulang belakang.



Simptom awal masalah ini ialah sakit belakang yang biasanya dirawat sebagai sakit urat.Namun, sakit ini berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun ubat tahan sakit diambil.Jika cakera ini tergelincir atau terbonjol jauh ke belakang, ia akan menyebabkan saraf tunjang terganggu.

Bergantung kepada keterukan sakit anda, rawatannya juga akan berbeza. Anda perlu tahu bahawa kebanyakan pesakit (80-90%) akan beransur sembuh dalam setahun hanya dengan rawatan konservatif (tanpa pembedahan). Hanya 10% pesakit yang mengalami cakera tergelincir memerlukan pembedahan sebagai rawatan muktamat akhirnya.


Di negara maju seperti Singapura, semua kes cakera tergelincir akan di rujuk kepada pakar kesakitan kronik dahulu untuk rawatan konservatif sebelum pakar bedah orthopedic memutuskan untuk pembedahan.Tetapi senario ini tidak berlaku di Malaysia. Banyak pesakit  dilakukan pembedahan dengan  justifikasi yang agak longgar. Pastikan anda mendapat rawatan konservatif yang betul sebelum akhirnya setuju untuk melakukan pembedahan. Pakar kesakitan kronik boleh membantu anda.
 


Pakar Bius dan Kesakitan Kronik, Hospital Perdana Kota Bharu, Kelantan Dr Nizar Abdul Jalil, mencadangkan kaedah Radiofrequency Intradiscal (IDRFDD) atau kaedah Nucleoplasty yang dapat mengecutkan cakera hanya dengan suntikan. Kaedah ini menggunakan haba daripada elektrik radiofrequency untuk mengecutkan cakera yang tersembul keluar. Suntikan dilakukan dalam bilik bedah dengan kawalan X-ray yang pastinya selamat dan tepat.

Tiada pembedahan dilakukan dan risikonya amat rendah jika dibandingkan dengan kaedah pembedahan. Kesan sampingan yang boleh berlaku ialah perdarahan, jangkitan kuman dan kecederaan pada akar saraf jika prosedur ini dilakukan oleh doktor yang kurang mahir.Kejayaannya menghampiri 80 peratus dengan kelegaan sakit pada skala 80 hingga 100 peratus.

Malah berdasarkan pengalaman Dr Nizar, hanya kurang daripada 10 peratus pesakit datang kembali dengan sakit yang sama. Kelegaan besar daripada sakit akan dinikmati sehari selepas rawatan. Penyakit lumbar facet syndrome juga boleh dirawat dengan kaedah rawatan radiofrequency, di mana suntikan dibuat bertujuan untuk 'membius' saraf sendi faset dan hasilnya, sendi tidak akan terasa sakit lagi apabila bergerak.

Biasanya Dr Nizar melakukan kedua-dua rawatan ini secara serentak sekiranya pesakit mengalami kedua-dua penyakit. Apa yang pasti, anda pasti kagum apabila boleh bergerak bebas dan duduk lama tanpa rasa sakit lagi keesokan harinya setelah dirawat.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Game : Ketagih bermain game Clash of Clan @ Kedah Sempoi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak memakai smartphone android banyak permainan yang admin sudah main dan salah satu daripadanya adalah Candy Crush . Awal permainan memang best tetapi sejak asyik sangkut level menjadikan game cepat membosankan. Lepas itu admin beralih dengan game Button and Scissors iaitu satu permainan yang santai dan tak stress macam game candy crush. Tetapi lama ke lamaan ianya menjadi boring sebab asyik menggunting butang kain sahaja setiap level. Selepas itu admin beralih kepada game strategi online. Game yang menjadi tumpuan awal adalah Castle of clash dan menjadi fanatik pula pada game ini. Berjaya juga hasut adik bongsu main game ini.Tetapi tak lama kemudian admin jadi boring sebab salah satunya puncanya apabila mereka update grafik yang huduh terus hilang selera untuk bermain.  Dalam mencari games online yang sesuai admin tertengok video iklan game clash of clan seperti di atas. Terus tangkap lentuk untuk main games ini. Perm...

Plan Celcom X2 Dimansuhkan digantikan Celcom Xpax24 yang tidak berbaloi-baloi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada tahun 2011  Celcom telah memperkenalkan pelan panggilan baru untuk para pengguna Xpax, dimana melaluinya Celcom X2 menawarkan panggilan serendah 28 sen untuk setiap 10 minit.

Kegilaan terhadap Oat Choco dengan RM 5 sebungkus

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik. Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung. Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat! Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar ...

Labels

Show more