Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Kenapa saya suka beli belah online melalui Lazada.com.my berbanding www.lelong.com.my

Mesti ramai yang tahu mengenai Lazada laman web membeli belah online yang popular. Pada zaman internet dan dunia tanpa sempadan ni membeli belah cara online amat mudah hanya di hujung jari saja. Bagi yang tak ada masa nak shopping di pusat beli belah, sibuk bekerja,  tak mahu terperangkap dengan traffic jam. 

Dalam beli belah online setakat ini hanya Lazada,Zalora dan lelong.com.my sahaja yang menjadi pilihan saya untuk beli online yang saya rasa selamat.Ebay.com juga menjadi pilihan saya kalau benda yang admin cari tiada dalam Malaysia tapi ada di luar negara.

SEBAB-SEBAB LAZADA.COM.MY MENJADI PILIHAN UTAMA?

1. Selalu ada kupon percuma ditawarkan  pembeli baru atau pembeliulangan.Biasanya kupon memberi diskaun dalam 5% -20% bagi setiap urusniaga.Kebiasaanya Lazada akan hantar kupon promosi kepada setiap pelanggannya melalui email.Jadi anda boleh ambil kod kupon bagi pembelian online seterusnya dan menikmati lebih penjimatan. 

Contoh Kupon Lazada


2. Penghantaran adalah percuma bagi pembelian RM 75 ke atas.Salah satu faktor utama admin memilih Lazada tempat membeli belah secara online.Admin selalu beli kat lelong.com.my tapi kos pos menjadikan harga barang yang dibeli menjadi tinggi dan sedikit sebanyak membebankan admin sebagai pembeli.Kadangkala terpaksa juga beli kat lelong.com.my sebab barang yang dicari tiada di Lazada.

3. Sistem tracking pembelian barang sehingga proses penghantaran barang boleh disemak di website.



4. Keselamatan transaksi pembelian.Hmmm...setakat ini admin rasa selamat dari segi pembayaran pembelian.Lazada memberi pilihan kepada kita untuk cara pembayaran samaada secara tunai,bank in dan kad kredit. terpulang pada pilihan masing-masing yang mana lebih sesuai.

Tak pernah lagi barang tak sampai ke tangan selepas pembayaran dibuat. Cuma baru-baru ni ada barang yg dibeli tak sama sesama order tapi admin tak ambil pusing sangat sebab bila semak balik barang yang dihantar nilai lebih tinggi dari barang yang admin bayar.Bukan apa kalau nak komplain barang tak sama akan jadi rumit kes nanti,akan buang masa,kos akan bertambah jika diminta tanggung kos pulang balik barang.So admin pilih diamkan sahaja sebab barang yang admin order sama cuma berbeza rekabentuk sahaja.

Kesimpulannya, Apapun terpulanglah kepada anda semua sebagai pembeli bijak di luar sana.Bagi admin, pengalaman bersama Lazada setakat ini amat baik.Masih ada kupon kupon promosi yang diberi melalui email oleh pihak Lazada untuk admin berbelanja.Hahaha...pandai Lazada pancing...semoga pengalaman saya ini memberi manafaat kepada anda semua.

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca