Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Celcom Broadband SKMM Dengan Bulanan RM25 Pilihan Terbaik Untuk Penjimatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kenapa perlu bayar lebih RM60 sebulan untuk bil broadband jika anda boleh berjimat? Sesuai untuk pengguna internet tahap sederhana seperti pelajar-pelajar sekolah dan universiti. Dengan kelajuan sehingga 384 kbps (3G) dan jika berada di dalam liputan HSDPA, kelajuan sehingga 1.5 Mbps. Kuota download 800MB data namun setakat ini testimoni pengguna pek SKMM Malaysia memberi maklumbalas bahawa ia tanpa had – unlimited.Jadi, inilah peluang terbaik untuk bertukar kepada pakej yang lebih murah dan berbaloi dengan nilai wang anda.
BROADBAND SKMM 1MALAYSIA : -

Produk apa ini ? Nampak macam menarik jer? Stater pack/broadband SKMM kerjasama dengan Celcom ( Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ).

Jika beli broadband ini, apa yang anda dapat?
Dapat Starter Pack ( macam sim card ) tanpa modem.

Jenis modem apa yang boleh digunakan bersama sim card ini?
Pelbagai jenis modem seperti Huawei, sebaiknya modem Celcom. Modem Maxis/Digi boleh digunakan sekiranya telah di unlock.

Hanya dapat Stater pack sahaja?
Selain starter pack dapat PERCUMA 30 hari penggunaan internet.

Di manakah boleh dapat modem?
Modem ada dijual di kedai-kedai komputer. Lebih mudah beli jenama yang telah di unlock ( boleh digunakan semua line telco ). Harga antara RM100 - RM200.

Broadband ini jenis postpaid atau prepaid?
Prepaid.

Berapa sebulan kena bayar?
Hanya RM25 / sebulan / 30 hari.

Jika habis prepaid mesti topup semula?
Ya, topup hanya RM25 untuk sebulan / 30 hari. Sebaiknya topup hari ke 31. Nombor sim anda akan dilupus sekiranya tiada topup sehingga hari ke 50 selepas habis kredit.

Di manakah dijual topup RM25 ini?
Reload topup di mana-mana kedai topup. Boleh beli kad topup RM30. Baki RM5 boleh ditambah bulan depan RM20. Boleh juga RM50 untuk surf internet selama 2 bulan. 


Mesti bayar/topup RM25 setiap bulan ke? Ada syarat tambahan?
Ya, jika ingin surf internet. Cuma RM25 untuk sebulan. Jika tidak, internet anda disekat. Tiada caj tersembunyi dan sebarang syarat. Tiada juga ikatan perjanjian.

Kelajuan 384kbps je?
Kelajuan adalah berdasarkan 384kbps. Boleh laju lagi bergantung pada keupayaan modem yang digunakan. Ramai pelanggan yang dapat kelajuan menjejah 1.5mbps. Kelajuan ini terhad pada 800MB, selepas 800MB ni tetap boleh connect sebab unlimited broadband. Ramai pelanggan mendapat lebih 2GB data.

Boleh buat panggilan/SMS/MMS ?
Tidak boleh. Hanya data sahaja. Maksudnya, guna untuk surf internet sahaja.

Boleh guna pada handphone / galaxy tab ?
Boleh digunakan pada handphone/ galaxy tab jika tidak mahu guna pada laptop/pc.

Bagaimana tentang coverage ?
Coverage bergantung pada broadband. Coverage menggunakan line Celcom.

Apabila sudah beli sim pack ini, jika tidak mahu guna, boleh simpan sampai bila?
Jika beli, mesti activate sebelum tarikh tamat di pack . Pada pack ada ditulis tarikhnya (Contohnya Jun 2013 ).

Siapa boleh pakai pek ini?
Mereka yang berumur diantara 13 tahun sehingga 25 tahun.



CARA PENGAKTIFAN Celcom Broadband SKMM RM25

1. Type “BROADBAND ACTIVATE” and send to 28882
2. You will receive a message stated “free internet access for one month”

 
Selepas tamat internet sebulan percuma, reload RM25 dan ikuti cara dibawah ini:

1. Type sms “broadband skmm” send to 28882
2. Reply “YES”
3. Now enjoy surfing again for another month.


Nota kaki : Kalau nak topup, selok-eloknya tunggu hari ke -31 atau sehari selepas tempoh kredit expired.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca