Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Stress Punca Ramai Lelaki Lemah Tenaga Batin

Normal untuk mana-mana lelaki sihat dan mempunyai fungsi syahwat serta tenaga batin yang baik mencapai ereksi apabila dalam keadaan ghairah.

Dalam keadaan terangsang, jalanan darah meningkat ke dalam otot zakar dan zakar mengembang, memanjang, membesar dan menegang serta sesuai untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jika perkara sebaliknya berlaku, iaitu terangsang tetapi tidak mencapai ereksi atau dapat mencapai ereksi tetapi tidak kekal atau dapat meneruskan hubungan kelamin tetapi tidak dapat masuk ke dalam faraj kerana zakar tidak cukup keras dan mengendur atau 'mati' setengah jalan, lelaki itu mengalami Disfungsi Erektil atau DE.

Sebahagian besar lelaki yang mengalami DE ada masalah kesihatan, terutama yang berusia. Masalah kesihatan dimaksudkan ialah kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dalam darah dan penyakit jantung.

Jika lelaki itu sihat dan muda, kemungkinan masalah DE mereka ada kaitan dengan tekanan atau stres. Apabila tekanan itu kurang, keadaan menjadi pulih.

Kadangkala mereka perlu rawatan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam hubungan seksual dengan pasangan mereka.Jika DE berlaku sekali sekala dan berterusan hingga enam bulan, masalah ini dikenali DE awalan. Jika ia banyak kali berlaku dan berpanjangan enam bulan, ia dikenali DE pertengahan.

Jika ia terus berlaku dan terus gagal, DE ini dikenali DE tetap. DE tetap ini kadangkala digelar mati pucuk. Saudara mengalami masalah DE kerana tidak dapat mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan.
Jika ini hanya berlaku ketika isteri dalam keadaan subur, kemungkinan masalah anda ada kaitan dengan tekanan kerana perlu lakukan seks pada waktu subur isteri, walaupun saudara tiada mood.

Bagaimanapun, mustahak untuk anda mendapatkan rawatan moden bagi mengatasi masalah ini.

.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca