Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kebaikan Cuka Epal Organik Disebalik Rasa Masam

 Adakah anda tahu cuka epal sangat baik untuk kesihatan?. Mungkin anda pernah dengar kawan-kawan mengesorkannya atau anda pernah mengambilnya tapi tidak tahan kerana rasanya yang masam. Sememangnya banyak penawar penyakit yang Allah jadikan rasanya sangat tidak sedap, pahit atau masam. Namun bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan secara semulajadi semua itu tidak menjadi alasan untuknya demi memperoleh kesihatan yang baik.

Saya telah mula mengambil cuka epal ini sejak 4 hari yang lalu memandangkan saya mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan telah meninggalkan ubat darah tinggi disyorkan oleh pihak hospital kerana bimbangkan kesan sampingan. Saya memilih untuk mengatasi masalah ini dengan cara penyembuhan semulajadi melalui cuka epal.Di samping itu juga cuka epal dapat membantu kita menurunkan berat badan di bahagian yang bermasalah.Insyaallah dengan dengan mengambilnya secara konsistan sebelum makan sahur mungkin di hari raya nanti bolehlah badan yang unggul.

Sesiapa yang ingin mengutamakan kesihatan ahli keluarganya maka hendaklah mememiliki sebotol  cuka epal organik di rumah. Sekiranya anda ingin membeli cuka epal organik disyorkan membeli yang tertulis ‘with mother’ yang bermaksud ibu cuka yang belum ditapis dan sangat bermanfaat untuk badan kita dan jangan beli yang telah ditapis atau dipastur yang tiada manfaat kalau meminumnya.

Di antara kebaikan cuka epal organik ialah :

  •     Menyembuhkan sakit tekak
  •     Kencing manis dan tekanan darah tinggi
  •     selsema
  •     Mengimbangkan kadar kolesterol
  •     Mengatasi  masalah kulit seperti jerawat
  •     Mengatasi masalah keracunan makanan
  •     Melawan allegik terhadap makanan atau haiwan
  •     Mengembalikan tenaga selepas melakukan aktiviti berat seperti bersukan
  •     Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  •     Meningkatkan stamina
  •     Meningkatkan tahap metabolisme seterusnya mengurangkan berat badan
  •     Memperbaiki sistem pencernaan dan masalah sembelit
  •     Mengurangkan masalah arthritis and gout
  •     Mencegah batu karang dan jangkitan saluran kencing

Kuruskan Badan Anda Sepanjang Ramadhan dengan Apple Cider Vinegar



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Admin ingin berkongsi dengan anda  semua tentang cuka epal kerana buat masa ini di bulan puasa admin ada membeli cuka epal untuk tujuan kesihatan di samping mengurangkan berat badan secara tidak langsung. Ungkapan 'sehari makan sebiji epal menjauhkan diri anda dari doktor' memang tepat sekali. Epal diketahui mempunyai pelbagai faedah kesihatan kepada kita. Ia mengandungi semua nutrien penting, termasuk pektin, vitamin, serat dan mineral. Ramai yang menganggap APPLE CIDER VINEGAR  adalah penyediaan terbaik dari buah epal.

APPLE CIDER VINEGAR  organik mengandungi ibu cuka (enzim berlendir yang terapung dalam cuka epal yang tidak dipastur) yang membuatkan cuka kelihatan seperti membeku. Ia adalah hasil pertumbuhan bakteria asetik yang menukarkan alkohol kepada cuka. Kebanyakan APPLE CIDER VINEGAR  yang anda dapati di kedai-kedai dan pasaraya telah dipastur dan ditapis. Ini memusnahkan ibu cuka dan lain-lain nutrien yang membuatkan ia tidak memberi apa-apa khasiat kecuali sebagai penambah perisa masakan. Kebanyakan daripada cuka ini dibuat daripada epal yang ditanam secara komersial menggunakan baja kimia dan racun perosak merbahaya.

Jika terdapat ibu cuka (biasanya pada botol APPLE CIDER VINEGAR  dilabelkan dengan perkataan ('with the Mother'), ia menandakan kehadiran faedah kesihatan yang tidak terkira. Ia menguatkan sistem pertahanan tubuh. Secara khususnya, ia membantu peredaran darah dengan penipisan sel darah dan memerangi kolesterol jahat, menghapuskan deposit mineral yang bertanggungjawab terhadap pembentukan asid urik yang menyebabkan penyakit arthritis.

Apabila diambil setiap pagi, APPLE CIDER VINEGAR  bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan luka. Apabila disapu pada kulit, ia boleh melegakan gatal-gatal dan ruam.

APPLE CIDER VINEGAR  juga boleh membantu menurunkan berat badan. Ia membantu mengurangkan lemak berlebihan di dalam sel-sel dan mengurangkan selulit. Adalah sangat baik jika mengamalkan kira-kira dua sudu teh APPLE CIDER VINEGAR  setiap pagi dicampurkan dengan segelas air dan sedikit madu lebah untuk mengurangkan rasa masam cuka. 

Untuk mendapat khasiat yang sebenar, anda mestilah memilih APPLE CIDER VINEGAR  yang mengandungi 'Mother' atau ibu cuka. Kehadiran bahan berlendir atau ketulan-ketulan yang kelihatan di dalam botol memberitahu pengguna bahawa ia mengandungi ibu cuka. Ia mungkin kelihatan meloyakan tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan. Inilah kaedah detox yang sebenar dan berkesan, bukan dengan merendamkan kaki ke dalam larutan garam dan melalukan arus elektrik.

Untuk panduan anda, APPLE CIDER VINEGAR  jenama Solana Gold dan BRAGG adalah disyorkan kerana kedua-duanya APPLE CIDER VINEGAR  ORGANIK dan boleh ditemui di rak barangan organik di pasaraya Jusco/AEON ataupun COSWAY di seluruh negara. Harga untuk botol setengah liter hanya RM12.  Kedua-duanya diimport dari USA.


Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca