Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kebaikan Cuka Epal Organik Disebalik Rasa Masam

 Adakah anda tahu cuka epal sangat baik untuk kesihatan?. Mungkin anda pernah dengar kawan-kawan mengesorkannya atau anda pernah mengambilnya tapi tidak tahan kerana rasanya yang masam. Sememangnya banyak penawar penyakit yang Allah jadikan rasanya sangat tidak sedap, pahit atau masam. Namun bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan secara semulajadi semua itu tidak menjadi alasan untuknya demi memperoleh kesihatan yang baik.

Saya telah mula mengambil cuka epal ini sejak 4 hari yang lalu memandangkan saya mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan telah meninggalkan ubat darah tinggi disyorkan oleh pihak hospital kerana bimbangkan kesan sampingan. Saya memilih untuk mengatasi masalah ini dengan cara penyembuhan semulajadi melalui cuka epal.Di samping itu juga cuka epal dapat membantu kita menurunkan berat badan di bahagian yang bermasalah.Insyaallah dengan dengan mengambilnya secara konsistan sebelum makan sahur mungkin di hari raya nanti bolehlah badan yang unggul.

Sesiapa yang ingin mengutamakan kesihatan ahli keluarganya maka hendaklah mememiliki sebotol  cuka epal organik di rumah. Sekiranya anda ingin membeli cuka epal organik disyorkan membeli yang tertulis ‘with mother’ yang bermaksud ibu cuka yang belum ditapis dan sangat bermanfaat untuk badan kita dan jangan beli yang telah ditapis atau dipastur yang tiada manfaat kalau meminumnya.

Di antara kebaikan cuka epal organik ialah :

  •     Menyembuhkan sakit tekak
  •     Kencing manis dan tekanan darah tinggi
  •     selsema
  •     Mengimbangkan kadar kolesterol
  •     Mengatasi  masalah kulit seperti jerawat
  •     Mengatasi masalah keracunan makanan
  •     Melawan allegik terhadap makanan atau haiwan
  •     Mengembalikan tenaga selepas melakukan aktiviti berat seperti bersukan
  •     Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  •     Meningkatkan stamina
  •     Meningkatkan tahap metabolisme seterusnya mengurangkan berat badan
  •     Memperbaiki sistem pencernaan dan masalah sembelit
  •     Mengurangkan masalah arthritis and gout
  •     Mencegah batu karang dan jangkitan saluran kencing

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca