Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Fakta atau Auta? Bahaya Pengambilan Gula Secara Berlebihan.

Salam sejahtera,

Kini rakyat Malaysia dilaporkan mengambil purata 24 sudu teh gula sehari. Ini kerana gula terdapat dalam hampir semua jenis makanan yg diproses serta diambil bersama minuman di kedai dan di rumah. Minuman ini murah dan mudah diperolehi, serta mudah untuk diminum dan disasarkan kepada mereka yang mempunyai gaya hidup yang sentiasa sibuk. Setiap satu daripada minuman ini biasanya mengandungi sehingga 4.4 sudu teh gula atau kira 80 kca.

Menurut Garis Panduan Pemakanan Malaysia yg diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan pada 1999, untuk memastikan kita memperolehi semua kalori harian yang diperlukan oleh kita daripada makanan, apa yang diperlukan ialah memakan makanan seimbang daripada pelbagai jenis makanan dan memakannya secara sederhana. Ini sudah cukup untuk menyediakan kita dengan purata keperluan tenaga harian antara 1500 hingga 2500 kcal.

APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN? 

WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
Kandungan Gula Dalam Minuman Ringan
 APAKAH CORAK PENGAMBILAN GULA DI MALAYSIA?  
Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis.


Kandungan Gula dalam Minuman 3 +1
APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN? 
  • Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
  • Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
  • Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
  • Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
  • Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
Gula ini jika dibiarkan tanpa berkembang sebagai tenaga boleh dimetabolisme oleh hati dan kembali semula ke saluran darah sebagai lemak. Bagi mereka yang menyerap kalori tambahan dan tidak diperlukan ini daripada gula dan krimer yang juga dipenuhi dgn kalori dan lemak tepu serta mempunyai gaya hidup tidak aktif, berisiko berdepan dgn masalah obesiti dan penyakit kardiovaskular.
Penyakit Kencing Manis
 Gula juga turut memberi makan sel kanser dan dikaitkan dengan lebih drpd 60 penyakit lain. Ia memusnahkan tubuh dlm byk cara – menjejaskan kesihatan, menyemai penyakit dan memendekkan hayat kita. Ringkasnya, gula membunuh! 

Kesimpulannya, kita mampu mengubah corak kehidupan ke arah kurang gula untuk kehidupan yang sihat demi mengurangkan risiko kepada penyakit kencing manis dan penyakit-penyakit lain.


No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca