Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Admin ingin berkongsi dengan anda semua tentang cuka epal kerana buat masa ini di bulan puasa admin ada membeli cuka epal untuk tujuan kesihatan di samping mengurangkan berat badan secara tidak langsung. Ungkapan 'sehari makan sebiji epal menjauhkan diri anda
dari doktor' memang tepat sekali. Epal diketahui mempunyai pelbagai
faedah kesihatan kepada kita. Ia mengandungi semua nutrien penting, termasuk
pektin, vitamin, serat dan mineral. Ramai yang menganggap APPLE CIDER VINEGAR adalah penyediaan terbaik dari buah epal.
APPLE CIDER VINEGAR organik mengandungi ibu cuka (enzim berlendir yang terapung dalam cuka epal yang tidak dipastur) yang membuatkan cuka kelihatan seperti membeku. Ia adalah hasil pertumbuhan bakteria asetik yang menukarkan alkohol kepada cuka. Kebanyakan APPLE CIDER VINEGAR yang anda dapati di kedai-kedai dan pasaraya telah dipastur dan ditapis. Ini memusnahkan ibu cuka dan lain-lain nutrien yang membuatkan ia tidak memberi apa-apa khasiat kecuali sebagai penambah perisa masakan. Kebanyakan daripada cuka ini dibuat daripada epal yang ditanam secara komersial menggunakan baja kimia dan racun perosak merbahaya.

Jika
terdapat ibu cuka (biasanya pada botol APPLE CIDER VINEGAR dilabelkan dengan perkataan ('with the Mother'), ia menandakan
kehadiran faedah kesihatan yang tidak terkira. Ia menguatkan sistem pertahanan
tubuh. Secara khususnya, ia membantu peredaran darah dengan penipisan sel darah
dan memerangi kolesterol jahat, menghapuskan deposit mineral yang
bertanggungjawab terhadap pembentukan asid urik yang menyebabkan penyakit
arthritis.
Apabila diambil setiap pagi, APPLE CIDER VINEGAR bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan luka. Apabila disapu pada kulit, ia boleh melegakan gatal-gatal dan ruam.
APPLE CIDER VINEGAR juga boleh membantu menurunkan berat badan. Ia membantu mengurangkan lemak berlebihan di dalam sel-sel dan mengurangkan selulit. Adalah sangat baik jika mengamalkan kira-kira dua sudu teh APPLE CIDER VINEGAR setiap pagi dicampurkan dengan segelas air dan sedikit madu lebah untuk mengurangkan rasa masam cuka.
Untuk mendapat khasiat yang sebenar, anda mestilah memilih APPLE CIDER VINEGAR yang mengandungi 'Mother' atau ibu cuka. Kehadiran bahan berlendir atau ketulan-ketulan yang kelihatan di dalam botol memberitahu pengguna bahawa ia mengandungi ibu cuka. Ia mungkin kelihatan meloyakan tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan. Inilah kaedah detox yang sebenar dan berkesan, bukan dengan merendamkan kaki ke dalam larutan garam dan melalukan arus elektrik.
Untuk panduan anda, APPLE CIDER VINEGAR jenama Solana Gold dan BRAGG adalah disyorkan kerana kedua-duanya APPLE CIDER VINEGAR ORGANIK dan boleh ditemui di rak barangan organik di pasaraya Jusco/AEON ataupun COSWAY di seluruh negara. Harga untuk botol setengah liter hanya RM12. Kedua-duanya diimport dari USA.

No comments:
Post a Comment