Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

4 Jenis Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Ke Neraka

Pertama:- 'Ayahnya' -
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - 
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' -
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' -
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata,semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN


Cara Untuk Mengetahui Madu Sama ada Asli Atau Tiruan

MADU digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi. Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh. Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser. Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.

Bahan-bahan yang terdapat di dalam madu lebah bertindak sebagai:

1. Zat yang bernilai tinggi
2. Agen penjagaan kesihatan
3. Ubat kepada pelbagai penyakit

Ibnu Juraij ra. pernah menyebutkan perkataan Imam Az-Zuhri ra. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata: “Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan”.

Menurut Ibnu Qaiyyim dalam Tib an-Nabawi (Kitab Perubatan Nabawi dan Tabi-ie):
“Madu merupakan makanan bersama makanan yang lain, ubat bersama ubatan yang lain, minuman bersama minuman yang lain, manisan bersama manisan yang lain, bahan adunan bersama bahan adunan yang lain dan memberi kezalatan kepada hidangan-hidangan yang lain”.

Madu juga berperanan menghilangkan lendir atau kahak dalam dada dan kerongkong, yang menyebabkan lupa. Sering meminum madu akan menghilangkan lendir tersebut dan ingatan menjadi kuat.

Di dalam kitab Bainal Tib wal Islam, Doktor Hamid al-Ghawabi menulis bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa ingin menghafal, hendaklah minum madu. Ia adalah penyembuh segala penyakit, manakala al-Quran adalah penyembuh penyakit jiwa (hati) , kerana itu hendaklah kamu selalu menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan al-Quran (pembacaan dan pengubatannya)”.

Cara makan madu lebah:

1. Dimakan terus.

2. Madu boleh dijadikan minuman apabila dicampur dengan air atau minuman lain.

3. Bagi mereka yang sukar tidur malam (insomnia) amalkan minum 1 sudu besar madu lebah sebelum tidur malam.

Menurut Imam Adz-Dzahabi:
“Adalah Nabi SAW pada setiap hari minum segelas madu yang telah dicampur dengan air kosong sebelum sarapan”.

Cara Untuk Mengetahui Madu Samaada Asli Atau Tiruan


Manakah yang tulen dan tidak? Boleh bezakan?

 
A) Madu asli dituangkan larut elok pergi ke dasar gelas.

Gambar B dan C adalah Madu yang dicampur dengan manisan. Apabila ada campuran 70% sucrose, tuangan cecair menyebabkan larutan tidak turun dengan elok. Keselerakan berlaku serta-merta. Sirap madu turun ke dasar secara berselerak.

Gambar D adalah 70% sirap gula (sucrose). Kadar selerakan adalah lebih banyak berbanding B & C..

Kesimpulannya, Madu (A) adalah madu yang asli.

Khasiat Kismis Merangsang Perkembangan Minda Kanak-kanak

Kismis Hitam
Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek. 

Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.
"Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.

"Berlainan dengan kismis. Dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.
Katanya, kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah."Bila mereka tengok TV, jangan bagi mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah," katanya.

Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu pagi, petang dan malam. "Mereka mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan mempelbagaikan masakan.

"Anda boleh campur kismis ke dalam bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak," kata Ruth yang mengakui ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa.Ruth yang menerima reaksi daripada ibu bapa yang memberi kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang diperoleh amat positif.
Nasi Beraini Kismis
Kek Lapis Kismis

"Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.

"Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan makanan anggur kering itu," jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis sejak kecil lagi.

Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam diet mereka.

Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural. Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.

Nabi Muhammad SAW bersabda: 
 "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Masalah Perut Buncit Boroi Memendekkan Umur Anda???

Sudah menjadi ‘trend’, terutama bagi lelaki dalam lingkungan umur lewat 30-an atau selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga mempunyai perut ke depan atau perut buncit

Masalah perut buncit tidak mengira jantina – ia boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Bagaimanapun, kebanyakan wanita mempunyai bentuk badan ‘buah pir’ di mana pengumpulan lemak lebih tertumpu pada pinggul dan paha.

Malah, wanita yang lebih sensitif terhadap penampilan akan berusaha mengekalkan bentuk badan. Baik lelaki atau wanita, berperut buncit bukan perkara membanggakan. Namun apabila usia meningkat, usaha mengurangkan lemak di pinggang dan menurunkan berat badan biasanya payah dan mengambil masa lebih lama.

Mengapa perlu hilangkan lemak di pinggang? 
Lemak di pinggang atau kegemukan sentral (tengah) adalah petanda kurang baik kerana ia boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Lemak ini dipanggil lemak viseral. Cuba cubit lemak di pinggang anda. Lemak yang boleh dipegang ini di namakan lemak subkutaneus iaitu lemak di bawah kulit. Lemak viseral ialah lemak yang kita tidak dapat lihat; yang terkumpul di keliling organ.

Orang gemuk biasanya mempunyai banyak lemak yang mengisi ruang di antara dan mengelilingi organ. Ia perlu ‘dihilangkan’ kerana boleh menjejaskan fungsi organ dan dalam kes serius, ia menyebabkan organ gagal berfungsi. Lemak viseral ada di lapisan lebih dalam, tetapi ia lebih mudah dibakar berbanding lemak subkutaneus melalui senaman, kata pensyarah pemakanan Universiti Penn State, Dr Penny Kris Etherton.

Lemak viseral dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi, trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi dan terlalu banyak insulin. Pakar perubatan juga menggelarnya ‘lemak pembunuh’. Lemak di pinggang lebih berbahaya berbanding tempat lain. Lemak viseral meningkatkan risiko untuk mendapat:

    * Penyakit jantung
    * Kencing manis
    * Sindrom metabolik
    * Masalah pundi kencing
    * Tekanan darah tinggi
    * Kanser usus
    * Merangsang keradangan
    * Dikaitkan dengan proses pengerasan salur darah ( masalah jantung)

Kanser Payu Dara
Penyelidik mendapati sel lemak di pinggang adalah sel aktif. Ia boleh menghasilkan hormon dan bahan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.Contohnya, ada sel menghasilkan hormon yang merangsang masalah kerintangan terhadap insulin (menyebabkan sel tidak sensitif kepada insulin yang bertugas mengangkut gula dari darah ke dalam sel).

Ada pula sel lemak menghasilkan hormon estrogen yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Bagaimanapun, penyelidik masih mencari jawapan bagaimana hormon berlebihan ini boleh menjejaskan kesihatan tetapi yang pasti, berlebihan sel lemak di pinggang mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.

Siapa yang berisiko mengalami masalah ini? 
Seseorang itu dikatakan mempunyai simpanan lemak viseral jika ukuran pinggangnya melebihi 98 sentimeter (40 inci) bagi lelaki dan 83 sentimeter (33 inci) bagi wanita.Walaupun orang yang gemuk dan obes mempunyai lebih banyak lemak viseral, tidak bermakna individu dengan berat badan normal tidak mengalami masalah ini. Ada ramai orang yang tidak gemuk tetapi berperut buncit.


Kajian menunjukkan lelaki dan wanita berusia 70 tahun ke atas dengan berat badan normal tetapi mempunyai banyak lemak viseral berisiko tinggi mendapat kencing manis.Walaupun kajian itu ke atas warga tua, ia juga boleh dijadikan peringatan kerana kini ramai golongan muda menghidap kencing manis.

Cara terbaik untuk mengurangkan lemak di pinggang ialah:

    * Bersenam – Senaman aerobik seperti berjalan cepat, menari, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau berenang boleh membantu membakar lemak di pinggang dengan cepat. Untuk lebih berkesan, lakukan senaman lima kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 60 minit setiap sesi.Lebih lama dan bersungguh-sungguh anda bersenam, lebih banyak lemak di pinggang akan hilang. Senaman yang tertumpu pada bahagian tertentu tidak akan membantu. Senaman ini perlu mampu meningkatkan degupan jantung anda.

Kajian Pusat Kanser Fred Hutchinson di Seattle menunjukkan wanita gemuk yang bersenam secara teratur boleh mengurangkan antara 3.4 peratus hingga 6.9 peratus lemak viseral (bergantung kepada kelasakan senaman) tanpa mengubah pemakanan mereka dengan penurunan berat badan sebanyak dua kilogram. Lebih cergas senaman dilakukan, lebih banyak lemak viseral dapat dihilangkan.

    * Makan makanan mengandungi banyak serat. Serat bukan saja membuat anda cepat kenyang, tetapi kenyang lebih lama. Ia akan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan. Elak makanan ringan dan banyak lemak.

    * Dapatkan tidur secukupnya. Tidur terlalu sedikit (kurang enam jam) atau terlalu banyak (lebih lapan jam) menyebabkan badan menghasilkan berlebihan hormon tekanan, kortisol. Hormon ini merangsang penyimpanan lemak di pinggang.

    * Belajar mengawal tekanan melalui pelbagai pendekatan, termasuk bersenam. Ia dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang sekali gus membantu memudahkan anda mengatasi masalah kegemukan secara keseluruhan.

Kewajipan Yang Perlu Diketahui Oleh Individu Yang Menjadi Imam Dalam Solat


 Kewajipan imam sebelum solat terbahagi enam perkara iaitu:


  1. Jangan mara untuk menjadi imam dari kaum yang membencinya atau tidak disukai mereka. Beri keutamaan kepada orang yang lebih pandai dalam keagamaan, kecuali orang itu menolak dengan menganggap seseorang itu lebih baik untuk menjadi imam. Tetapi, perbuatan menolak itu adalah makruh.
  2. Imam perlu menjaga waktu solatnya, jadi hendaklah dia sembahyang di permulaan waktu supaya memperolehi keredaan Allah. Imam tidak patut menunggu sehingga ramai orang datang untuk berjemaah, sebaliknya hendaklah segera bersolat pada permulaan waktu.
  3. Ketika menjadi imam, seseorang itu hendaklah berniat dengan ikhlas kerana Allah s. w. t. serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat Tuhan, baik dari segi bersuci serta segala syarat solatnya.
  4. Jangan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan jemaah yang berada di belakangnya tersusun rapi dan rapat. Jadi, sebaik-baiknya, imam terlebih dulu menoleh ke kanan dan ke kiri, sekiranya ada tempat yang kosong, hendaklah dia menyuruh mereka mengisinya.
  5. Imam hendaklah bersuara dengan lantang ketika takbir, sama ada takbiratul ihram atau takbir yang lain-lain. Bagi makmum pula, usah terlampau menguatkan suara, melainkan cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri.
  6. Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan (menjadi bilal) atau menjadi imam, hendaklah dia memilih untuk menjadi imam saja sekiranya sudah mencukupi syaratnya. Setiap tugas itu mempunyai keutamaan sendiri dan tidak elok hanya seorang memikul tugas itu kerana hukumnya makruh.

Tugas imam ketika mengucapkan bacaan solat terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Dia tidak perlu menguatkan suara ketika membaca doa iftitah dan taawwudz tetapi melakukan seperti seorang yang sedang bersembahyang sendirian. Tetapi, ketika membaca al-Fatihah dan surah lain selepas itu seperti solat Subuh, dua rakat pertama solat Maghrib dan Isyak, dia hendaklah menguatkan suaranya, walaupun bersembahyang sendirian.
  2. Ketika berdiri, imam hendaklah menjaga tiga kali perhentian (diam sebentar) iaitu selepas takbiratul ihram sebelum membaca doa iftitah. Selepas selesai membaca al-Fatihah dan selepas membaca surah selepas al-Fatihah sebelum rukuk.
  3. Imam hendaklah meringankan amalan solatnya iaitu bacaan yang tidak terlampau panjang terutama ketika berjemaah dengan ramai makmum.



Kewajipan imam berkaitan dengan rukun solat juga terbahagi kepada tiga perkara iaitu:

  1. Imam hendaklah meringankan rukuk dan sujudnya. Jadi, bacaan tasbihnya seelok-eloknya tidak lebih daripada tiga kali.
  2. Makmum tidak boleh mendahului imam ketika rukuk atau sujud, tetapi sebaiknya ada jarak waktu untuk mengikutinya. Jadi, makmum tidak digalakkan turun untuk sujud melainkan imam sudah benar-benar meletakkan dahinya di tempat sujud.
  3. Imam tidak digalakkan menambah doa tasyahhud lebih daripada kadar tahsyahhud yang diperlukan. Imam tidak digalakkan mengkhususkan kepada dirinya sendiri ketika mengucapkan doa tetapi hendaklah menggunakan pengertian yang merata untuk keseluruhan seperti kita atau kami.



Kewajipan imam untuk bertahallul iaitu menyelesaikan dan setelah selesainya solat ada tiga perkara iaitu:

  1. Hendaklah dia berniat ketika mengucapkan dua kali salam untuk memberikan salamnya kepada malaikat serta kaum Muslimin yang hadir.
  2. Hendaklah dia duduk secara tetap di tempatnya selepas salam itu, terutama sekali apabila wanita juga turut bersolat jemaah di belakangnya. Jangan berdiri dulu sebelum mereka berlalu.
  3. Jika duduk selepas selesai solat, hendaklah menghadapkan mukanya ke arah orang ramai.

Manafaat Apabila Kita Mendapat Waktu Tidur Yang mencukupi

Tidur adalah suatu nikmat yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Tidur adalah suatu nikmat yang akan dirasai oleh seluruh umat manusia. Tidak ada manusia yang tidak pernah tidur. Nikmat tidur yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah sebagai tanda kekuasaanNya, kerana hanya Allah yang tidak mengantuk dan tidak tidur. Kita hendaklah berusaha agar amalan tidur yang kita lakukan setiap hari akan mendapat pahala dari Allah.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan Kami jadikan tidurmu untuk rehat.” (An-Naba’, ayat 9)
Waktu tidur yang baik adalah sudah tentunya pada waktu malam hari. Ini kerana waktu malam adalah waktu yang sesuai untuk manusia berehat setelah banyak melakukan aktiviti pada siang harinya. Kita hendaklah menggunakan waktu tidur malam ini dengan sebaiknya bagi mengelak rasa mengantuk di siang hari. Jika tidak sudah tentu anda akan mengantuk semasa dalam kelas bagi yang masih belajar, atau anda akan mengantuk semasa berada ditempat kerja. Sudah tentu anda akan dimarahi oleh bos anda kerana tidur di tempat kerja.

Banyak manfaat yang akan diperolehi dengan jika anda mendapat tidur yang baik dan mencukupi.

1) Menenangkan Fikiran Yang Banyak Masalah
Setiap hari anda pasti akan dibebani dengan pelbagai masalah dalam hidup ini. Itu sememangnya menjadi lumrah kehidupan seorang manusia yang tidak dapat lari dari sebarang masalah. Ianya bergantung kepada seseorang itu bagaimana mereka akan menangani masalah yang dihadapi itu. Jadi anda perlu merehatkan fikiran anda dengan mendapat tidur yang secukupnya. Jika mendapat tidur yang cukup fikiran anda akan merasa lebih tenang. Dan anda sudah tentu akan mempunyai keyakinan dalam diri untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi apabila dapat berfikir dalam keadaan yang tenang.


2) Merehatkan Tubuh Badan Yang Keletihan
Badan kita akan merasa penat apabila banyak melakukan kerja. Waktu siang hari adalah waktu untuk anda keluar mencari rezeki bagi menampung kehidupan anda. Sudah tentu anda kadang-kadang tidak sempat untuk berehat kerana bekerja kuat untuk mencari rezeki. Ambillah waktu untuk merehatkan tubuh badan anda yang keletihan dengan mendapatkan tidur yang secukupnya pada waktu malam. Jangan sia-siakan waktu rehat anda di malam hari ini dengan melakukan aktiviti yang menyebabkan anda berjaga sehingga larut malam. Elakkan dari menonton televisyen sehingga larut malam. Akibatnya, tubuh badan anda akan bertambah penat jika tidak mendapat tidur yang mencukupi.


3) Mengembalikan Semula Tenaga
Tenaga yang ada dalam diri kita pasti akan berkurang apabila kita banyak melakukan kerja. Biasalah semakin banyak anda melakukan kerja mesti tenaga banyak digunakan. Sudah tentu tenaga anda akan semakin berkurang. Takkan  la tenaga akan semakin bertambah kan?
Tidur adalah masa terbaik untuk berehat dan mengembalikan tenaga dalam diri kita. Satu amalan tidur yang baik adalah tidur sekejap pada waktu tengahari akan dapat mengembalikan tenaga anda untuk terus bekerja dalam keadaan yang baik sehingga ke petang. Pada waktu malam pula adalah waktu yang paling baik untuk memulihkan tenaga dalam diri anda supaya dapat memulakan hari baru pada keesokannya berada dalam keadaan yang kembali bertenaga.


4) Mengatasi Stress Dalam Diri
Stress ataupun tekanan yang muncul dalam diri seseorang adalah disebabkan oleh masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka. Contoh masalah yang biasa dihadapi adalah masalah kewangan, masalah perkerjaan, masalah pelajaran, hubungan dengan pasangan masing-masing dan banyak lagi.
Ada banyak cara untuk anda menangani stress yang berlaku dalam diri anda. Salah satu cara untuk mengurangkan stress adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup. Tidur adalah penting bagi merehatkan badan dan fikiran anda. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, badan dan otak anda akan dapat berfungsi dengan baik. Jika kedua-dua ini dapat berfungsi dengan baik, ia akan mampu memberikan satu kekuatan yang hebat dalam diri anda yang akan dapat membantu anda menangani masalah stress yang anda hadapi.


6) Mengelakkan Masalah Sakit Kepala
Apabila tidak mendapat tidur yang cukup, masalah utama yang boleh berlaku adalah masalah sakit kepala. Namun awas, jangan terlebih tidur dalam tempoh masa yang agak lama. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.
Waktu tidur yang ideal bagi seseorang adalah diantara 6-7 jam pada malam harinya. Ianya bergantung kepada  keperluan seseorang individu itu juga. Apabila mendapat tidur yang cukup anda akan bangun dalam keadaan yang segar dan dapat mengelakkan dari mendapat sakit kepala. Disamping itu mendapat tidur yang cukup adalah penting untuk mengelakkan diri anda dari sebarang masalah penyakit lain yang boleh berlaku berpunca dari masalah tidur anda.

CARA TIDUR YANG PALING BAIK.




Adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Baginda tidur dengan berbaring ke kanan menghadap kiblat dan baginda meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Apabila kamu hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhuklah seperti wuduk kamu untuk solat kemudian berbaringlah ke sisi sebelah kanan.”
Tidur juga boleh menjadi suatu ibadah jika kita meniatkannya dengan betul. Baca doa sebelum tidur. Niatkan tidur kita adalah untuk merehatkan badan dan fikiran kita serta memulihkan kekuatan agar dapat bangun kembali untuk beribadah kepada Allah. InsyaAllah tidur kita akan diberkati dan mendapat pahala dari Allah.

Sebagai kesimpulan, kita hendaklah menjaga kesihatan diri kita dengan mendapat tidur yang secukupnya supaya dapat memberikan kebahagiaan dalam hidup kita. Manfaatkan waktu tidur yang kita ada dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak akan membawa sebarang masalah kepada diri kita di kemudian hari.

Tahukah Anda ? Jumlah Waktu Tidur Sebenarnya Mempengaruhi Prestasi Anak-anak

Tidur merupakan suatu keperluan untuk boleh melakukan aktiviti di hari berikutnya. Tempoh tidur pada malam hari ternyata sangat mempengaruhi kesihatan tubuh seseorang, apatah lagi pada kanak-kanak.


Sebuah kajian yang melibatkan 142 pelajar sekolah rendah dilakukan untuk membandingkan jumlah jam tidur dengan prestasi kemahiran akademik. Bila jam tidur kanak-kanak kurang dari sembilan jam biasanya mendapati kesukaran dalam belajar di sekolah keesokan harinya. Kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun yang kurang tidur cenderung akan sukar berkomunikasi dan mengerjakan matematik. Kemahiran mengeja, tata bahasa yang digunakan, serta pemahaman mereka juga terganggu. Memori dan kemampuan belajarlah yang terpengaruh. 


Kanak-kanak leka bermain 
Kajian ini juga mendapati bahawa semakin ramai anak yang dibenarkan menggunakan komputer dan televisyen di bilik tidur mereka. Padahal, kemudahan ini menyebabkan kurangnya tidur. “Saat ini ada kebimbangan besar mengenai kebiasaan anak-anak menonton televisyen, bermain game komputer atau video pada malam hari yang membuat mereka tidak tidur pada waktu yang sama setiap malamnya,” kata Ramon Cladellas dari Universiti Autonomous di Barcelona.


“Kebanyakan kanak-kanak waktu tidurnya kurang dari yang disyorkan, padahal ini penting untuk intelektual mereka. Bahkan, ini tidak boleh diperbaiki,” tambah Cladellas. Profesor Russell Foster, ketua ilmu saraf di Universiti Oxford mengatakan, “Sudah jelas bahawa tidur mulai pukul 9 malam hingga pukul 9 pagi dapat mengoptimumkan prestasi kognitif kanak-kanak.” Kebiasaan tidur pada larut malam mempengaruhi prestasi anak dalam tugas sehari-hari, dan membuat mereka sukar mencari penyelesaian dari masalah yang lebih kompleks.
Peringatan : Oleh itu pasti anak-anak anda memperolehi jumlah tidur yang mencukupi dalam membentuk pembesaran tubuh yang sempurna selain akal pemikiran yang sihat dan bijak. Yang pastinya, anak-anak anda memerlukan masa tidur selama 9 – 11 jam manakala orang dewasa pula hanya perlu 5 – 8 jam saja.Tidak ada manusia yang tidak pernah tidur. Nikmat tidur yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah sebagai tanda kekuasaanNya.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

 


Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.


Penyanyi Ann Yang Popular Lagu Cinta Melankolia Meninggal Dunia


Dunia seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penyanyi "Cinta Melankolia" yang popular sekitar tahun 80-an yang dikenali sebagai Ann. Menurut sumber iaitu dari blog Zarul Umbrella, Aan meninggal dunia pada 12.2.2012 dan telah selamat dikebumikan selepas waktu Zohor pada hari yang sama juga.
Aan berbaju putih-credit gambar to http://wwwenche.blogspot.com/

Sama-sama kita doakan supaya rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah

Menjijikkan Apabila Telur Ayam Tidak Dibasuh Dahulu Sebelum Digunakan

Salam sejahtera,
Pernah beli murtabak atau roti canai telur? Pernah perhati bagaimana makanan itu dimasak? Agak-agak anda rasanya tukang masak basuh ke tak telur yang digunakan? Pasti menjijikan kalau anda perasan yang telur yang digunakan tidak dibasuh terlebih dahulu. Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila sesetangah penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telor yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telor yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.Begitu juga dengan tukang masak yang menggunakan telur ayam sebagai salah satu bahan dalam masakkannya.
Dinasihatkan juga kepada sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telor dalam masakan, hendaklah membasuh telor terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.

Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
Telur ayam ada kesan tahi ayam
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.” Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: "setiap daging yang tumbuh daripada yang haram,maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)".
Pastikan makanan kita bersih dan suci tanpa was-was.
Wallahu a’lam

Penyanyi Ratu Pop Legenda Whitney Houston Ditemui Mati Pada 11 February 2012.

Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat pada sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills.

Penyanyi berbakat itu dipercayai terbabit dalam penggunaan dadah disahkan mati pada jam 3.55 pagi di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton.

“Pada pukul 3:55 petang (semalam), Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata jurucakap polis, Mark Rosen.

Beliau yang dipetik AFPberkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat empat ketika usaha dibuat untuk memulihkan beliau.

“Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,” kata jurucakap itu.

Sementara itu, AP pula melaporkan pegawai peribadi Whitney, Kristen Foster, berkata punca kematian penyanyi pop itu masih tidak diketahui.

Mayat penyanyi legenda itu masih berada di hotel berkenaan dan anggota polis sedang menyiasat punca kematiannya.

Mendiang pernah memenangi enam Anugerah Grammy, termasuk rekod untuk tahun itu bagi lagu "I Will Always Love You".




Filem Sumpahan Kum Kum (2012)

Poster Filem
Sumpahan Kum Kum (2012) /RMVB/ – 213MB
Genre: Horror
Runtime: 88 min
User Rating: N/A
Country: Malaysia
Language: Malay
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt2203909/

PLOT MOVIE
The story begins when Mila, a girl plagued with acne, becomes too ashamed with her looks that she goes to see a local shaman to obtain a charm needle treatment. However, the treatment comes with the condition that Mila cannot look into the mirror for 44 days, to which she agrees. At work, Mila experiences a huge change in her life when men start giving her second looks and attention. Elated, Mila runs home to look into the mirror to see the change that has come over her, only to realise that she has broken the condition that she had been given. Her face then becomes uglier than before, and Mila returns to the shaman to restore her face, only to be given another condition much worse than before.

Download Link Part 1 : Sumpahan Kum Kum (2012) PPVRip RMVB
Download Link Part 2 : Sumpahan Kum Kum (2012) PPVRip RMVB

Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih HARAM Disambut Oleh Umat Islam



Sejarah Sambutan Hari Valentine


Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan “supercalis” bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi “acara keagamaan” yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.Hari “kasih sayang” yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut “Valentine Day” amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islamik hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine.


Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil, ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen, sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

ASAL USUL VALENTINE DAY
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:-


Pendapat Pertama
Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi  masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.


Pendapat kedua 
Menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.


Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.


Pendapat Ketiga 
Mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.


Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.


KESIMPULANNYA VALENTINE DAY ADALAH UNTUK SIAPA?
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.


Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.


Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.


Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.


Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut,seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park,Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St.Valentine Church di Buffalo, New York.


Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.


Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.




Sumber rujukan : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Fakta atau Auta? Bahaya Pengambilan Gula Secara Berlebihan.

Salam sejahtera,

Kini rakyat Malaysia dilaporkan mengambil purata 24 sudu teh gula sehari. Ini kerana gula terdapat dalam hampir semua jenis makanan yg diproses serta diambil bersama minuman di kedai dan di rumah. Minuman ini murah dan mudah diperolehi, serta mudah untuk diminum dan disasarkan kepada mereka yang mempunyai gaya hidup yang sentiasa sibuk. Setiap satu daripada minuman ini biasanya mengandungi sehingga 4.4 sudu teh gula atau kira 80 kca.

Menurut Garis Panduan Pemakanan Malaysia yg diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan pada 1999, untuk memastikan kita memperolehi semua kalori harian yang diperlukan oleh kita daripada makanan, apa yang diperlukan ialah memakan makanan seimbang daripada pelbagai jenis makanan dan memakannya secara sederhana. Ini sudah cukup untuk menyediakan kita dengan purata keperluan tenaga harian antara 1500 hingga 2500 kcal.

APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN? 

WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
Kandungan Gula Dalam Minuman Ringan
 APAKAH CORAK PENGAMBILAN GULA DI MALAYSIA?  
Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis.


Kandungan Gula dalam Minuman 3 +1
APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN? 
  • Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
  • Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
  • Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
  • Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
  • Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
Gula ini jika dibiarkan tanpa berkembang sebagai tenaga boleh dimetabolisme oleh hati dan kembali semula ke saluran darah sebagai lemak. Bagi mereka yang menyerap kalori tambahan dan tidak diperlukan ini daripada gula dan krimer yang juga dipenuhi dgn kalori dan lemak tepu serta mempunyai gaya hidup tidak aktif, berisiko berdepan dgn masalah obesiti dan penyakit kardiovaskular.
Penyakit Kencing Manis
 Gula juga turut memberi makan sel kanser dan dikaitkan dengan lebih drpd 60 penyakit lain. Ia memusnahkan tubuh dlm byk cara – menjejaskan kesihatan, menyemai penyakit dan memendekkan hayat kita. Ringkasnya, gula membunuh! 

Kesimpulannya, kita mampu mengubah corak kehidupan ke arah kurang gula untuk kehidupan yang sihat demi mengurangkan risiko kepada penyakit kencing manis dan penyakit-penyakit lain.


Tips Dalam Memilih Minyak Wangi / Perfume Brand Yang Sesuai

Salam Sejahtera,

Pernah anda membeli perfume sebelum ini?Baik lelaki mahupun wanita, masalah yang sering dihadapi mereka ialah kesukaran memilih minyak wangi sesuai disebabkan kemunculan pelbagai jenis aroma di pasaran dalam perisa berbeza.

Menghilangkan Kesan Lebam di Peha dan Lengan Akibat Gigitan Jin

Salah satu koleksi ceramah-ceramah agama dari Ustaz Kazim Elias  ada diselitkan cara-cara untuk elakkan dari mendapat lebam-lebam ini yang sebenarnya berpunca dari gangguan jin.

Tips Hilangkan Kesan Lebam Akibat Lovebite

Satu  tips buat suami isteri atau pasangan kekasih yang tengah hebat melayari badai berahi. Sebut sahaja ciuman pasti ramai yang menggambarkan ciuman yang penuh ghairah sama ada di mulut, di leher mahupun di buah dada isteri.

Khasiat Minyak Buah Zaitun Dalam Penjagaan Kesihatan

Buah Zaitun
Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasil tani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan Palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.


Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, sebanyak 7 ayat dalam surah An-Nur-35, Al Mu'minuun-20, At Tiin-1, Al An'aam-99 & 141, An Nahl-11, dan ´Abasa-29. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.


KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
  1. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  2. Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  3. Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  4. Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  5. Antioksidan dan antikanser
  6. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  7. Membekal vitamin E
  8. Kecantikan (kulit dan rambut)
  9. Kestabilan asid lemak
  10. Memberi kesuburan kulit wajah
  11. Membantu mencegah keracunan
  12. Menyingkir parasit pada usus   dan membantu menjauhkan kanser usus
  13. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur
  14. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi
  15. Mengandungi bahan anti penuaan dan membantu mengatasi kesan melecur
  16. Membantu menguatkan tenaga batin
  17. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit
  18. Membantu melegakan athritis dan sciatica
Di pasaraya akan ada pelbagai jenis minyak ini. Yang mana perlu dipilih? Dalam mana-mana jenama pun, ada 3 kategori minyak zaiton.


Jenis-jenis Minyak Zaiton
Extra Virgin Olive Oil
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.


Pure Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.


Extra Light Olive Oil 
Minyaknya adalah hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.


Note: Anda perlu memilih yang dilabel Extra Virgin kerana itulah kualiti terbaik jika kita ingin mendapatkan segala manfaat dari minyak ini terutama menjaga kesihatan badan. 


Cara penggunaan minyak zaitun:
  • Campurkan 2 sudu ke dalam setiap masakan
  • Sapukan ke muka bagi kecantikan wajah dan menghilangkan parut jerawat
  • Ambil secara mentah sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari
Selamat Mencuba. :)

Kisah Gempar: Kelisa Paling Besar Dijumpai Terlekat Di Longkang Besar di Malaysia



Kelisa Terlekat Di Longkang Besar
Salam Sejahtera,


Sekadar ingin merenggang urat-urat muka anda dengan satu foto yang agak melucukan. Rasa simpati pun ada kepada tuan empunya kereta.

Software Wajib Yang Perlu Ada Dalam PC/Lapop Anda

Salam sejahtera,


Selepas memasang sistem operasi atau memasang semula sistem operasi (dalam bahasa biasa kita panggil reformat) maka sesebuah komputer akan mula beroperasi dengan keadaan kosong, maka bermulalah satu perosalan “Apa perisian yang perlu saya pasang selepas reformat komputer?”


Untuk kali ini,disenaraikan perisian yang wajib / perlu ada dalam komputer anda bagi pengguna Windows.Setiap software semua adalah versi percuma dan ada juga yang kena beli. Oleh itu, pilihlah perisian yang berkeprluan sahaja dan pastikan yang original.




PERISIAN-PERISIAN WAJIB YANG PERLU ADA DALAM KOMPUTER/LAPTOP ANDA ADALAH :-


1. Software Antivirus - berfungsi sebagai pertahanan bagi komputer anda.Kalau komputer/Laptop anda tiada anti-virus, saya gerenti komputer anda problem dan terpaksa dihantar kedai baiki komputer kerana apa;virus,malware buat sarang dalam komputer anda. So pilihan anti-virus yang disyurkan adalah seperti dibawah ini:-


Microsoft Security Essentials atau,
Avira Free Antivirus atau,
AVG Free Antivirus atau,
Avast Free Antivirus


Note: Jangan install kesemua antivirus ini dalam komputer/laptop anda. Ia boleh menyebabkan komputer/laptop anda jadi hang sebab ia akan jadi pening kerana ketiga-ketiga antivirus telah aktif. Install salah satu antivirus seperti diatas. Pastikan juga anda selalu update antivirus anda.




2. Ccleaner - Software yang clean segala-gala fail-fail sementara dalam komputer/laptop anda seperti:
  • Internet Explorer
  • Firefox
  • Google Chrome
  • Opera
  • Safari
  • Windows - Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files dan Log files.
  • Registry cleaner
  • Third-party applications
  • 100% Spyware FREE
Note: Pastikan anda dapatkan yang terkini.




3. Mozilla FirefoxGoogle Chrome dan Opera - Ketiga-tiga browser ini mempunyai kelebihan dan kehebatan sendiri.Salah satu dari keperluan yang paling penting dalam komputer hari ini ialah internet, untuk melayari internet anda memerlukan satu perisian iaitu pelayar web (web browser). Mozilla Firefox, salah satu pelayar web terbaik dengan mempunyai pelbagai Add-ons yang menjadikan ia lebih pelbagai. Dari segi keselamatan juga ia adalah antara yang terbaik dengan fitur Private Browsing dan ianya boleh ditambah baik dengan Add-ons Cocoon. Dari segi kualiti, terbaik (Chrome vs. Mozilla?)

4. Adobe Reader atau Foxit Reader - Software yang wajib perlu ada dalam komputer/laptop anda. Ia ditugaskan untuk membaca fail pdf.


5. Real Alternative + K-Lite Codec Pack + Media Player Classic – Home Cinema
Real Alternative dan K-Lite Codec Pack sememangnya memberi pilihan untuk anda memasang bersama MPC-HomeCinema yang membolehkan anda memainkan pelbagai format fail multimedia dari AVI, 3GP, WMV hinggalah FLV. Dua pakej ini perlu digabungkan kerana terdapat beberapa masalah yang dilapurkan sebelum ini bahawa K-Lite Codec Pack gagal menyokong dalam memainkan fail Real Media. Dari segi kualiti, ianya adalah diantara pemain multimedia yang terbaik.



6. Adobe Flash Player 
Software ini adalah benda yang paling wajib anda install di komputer anda kerana jika software tidak ada, anda akan gagal untuk memanikan Youtube, Facebook dan sebagainya.. Install browse dulu, baru anda boleh install software ini.



6. WINRAR
Ia adalah software yang digunakan untuk membaca fail berformat zip dan rar.. Jika anda ingin mengirim banyak dokumen melalui email, software ini amat berguna untuk mengumpulkan seberapa banyak dokumen dalam satu masa dengan menggunakan WinRar..



8. Internet Download Manager (IDM) 
Software ini sangatlah terkenal. Hampir setiap orang yang penulis temui di berbagai forum menggunakan software ini untuk aktivitas downloadnya. Walaupun sebenarnya masih ada beberapa macam software downloader lain yang bisa Anda jadikan alternatif seperti Download Accelator Plus (DAP). IDM ini memiliki kemampuan mendownload file dalam bentuk program (exe, msi, dsb), image (jpg, png, gif, dsb), compress (rar, zip, 7z, dsb), dokumen (doc, pdf, txt, dsb), video (flv, mpg, avi, dsb), dan music (mp3, wav, dsb). Dapatkan versi terbaru dari IDM 




9. Microsoft Office- Kebanyakan komputer hari ini biasanya dah ada microsoft office kerana ia mempunyai microst word yang mudah digunakan. Jika komputer anda tidak mempunyai microsoft office, lebih baik anda install.Perisian ini anda kena beli lesennya namun begitu terdapat perisian lain yang berfungsi seumpamanya iaitu Openoffice.Perisian ini adalah percuma.


10. Adobe Photoshop CS- Jika anda seorang blogger atau seseorang yang minat bergambar, software ini dikategorikan sebagai wajib ada. Memberikan anda kuasa untuk mengedit gambar mahupun mencipta efek dan gambar menarik.




11. Advanced SystemCare Free (System Maintenance)
ACS Free menyediakan sebuah cara mudah untuk anda yang awam komputer untuk melakukan pemeliharaan rutin dan melalukan optimalisasi sistem. Semua menjadi satu untuk melindungi, membersihkan, memperbaiki, dan mempercepat PC anda.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca